Soumin POV'
"Woi, badak! Cepatlah. Dah lambat ni." jerit Han yg ada kat tingkat bawah. Aku yg dalam bilik masih lagi sikat rambut aku.
"Jap2. Dahnak siap!"
"Aku kena denda sebab lambat.....aku stopkan bekalan makanan kau sebulan."
"Overlah kau. Jap... aku nak turun ni."
Aku terus capai bag aku yg ada atas katil dan tinggalkan bilik aku yg bersepah macam sarang tikus. Biasalah.....aku kan kawan tikus.
Eeuwwww! Gelilah!
Aku berlari turun tangga cepat2 sebab aku dah nampak Han tengah berdiri kat bawah sambil peluk tubuh dia. Garanglah pulak cousin kita ni.
"Opocot mak kau!"
Aku melatah sebab kaki aku tersangkut kat pemegang tangga. Nasib sempat aku tahan tangan aku. Klu tak, mati jatuh tangga aku nanti. Sapelah nak bayar keranda aku nanti?
"Elok2 lah turun tangga tu."
"Dah kau suruh cepat. Aku rushinglah."
Han mengeluh perlahan sambil menggulingkan matanya keatas. Dia mencapai begnya yg ada kat sofa pastu bergerak ke arah pintu.
Aku just follow belakang dia and capai kasut aku yg ada kat rak. Aku pakai kasut tu bersebelahan Han. Lepas pakai, kitaorang terus gi sekolah.
"Kau ni.....hari first....dah lambat." kata Han tetibe.
Aku hanya tersengih macam ketam biru masak gulai yg dah basi kat situ. Kepala aku pun aku garu macam orang tak basuh rambut setahun.
"Alorhhhh...kau ni marah aku cam kau ni pengetua pulak. Lek2 sudah....."
"Hangoklah lek2. Aku ni pengawas tau. Kau tahu apa? Tercemar air muka aku yg jernih cam air zam-zam ni." balas Han.
"Helloooooo? Muka kau ni nak samakan ngan air longkang pun tak sama tau? Bakteria kat longkang pun tak sanggup nak tengok muka kau."
Aku perli habis2. Dahlah perasan je lebih. Dia pikir dia tu malaikat ke nak suci cam air zam-zam. Mati hidup balik pun takkan jadi.
Btw, aku baru pindah dari busan ke Seoul. Jadi aku duk rumah cousin aku yg single mingle ni iaitu Han. Mak aku suruh. Aku follow jelah.
Anak mendengar katalah katakan. Hebat tak saya? ٩(・ิᴗ・ิ๑)۶
"Woi, kau ingat tak jalan ni? Besok klu kau lambat aku tinggal. Kau jalanlah sesorang." kata Han tetibe.
"Ingat.....aku ni takdelah makan kerengga banyak sangat pun. Setakat ni aku ingat lagilah muka kau yg macam simen yg berlumut kat longkang tu."
Han terus pelangkung kepala aku guna tangan dia yg besar tu. Terus terbang aku kedepan. Nasib tak tersungkur kat situ. Cam haram.....lah dia ni.
"Ah....dah sampai sekolah. Aku cau lu. Pepandailah kau hidup." kata Han lalu pergi meninggalkan aku seorang diri.
Aku hanya mengeluh perlahan. Pastu aku pegang tali beg aku. Aku nak semangat. Sekolah baru.....azam pun kena baru.
"Huuuuuaaaa.....ngantuklah."
Aku menguap pastu gosok mata aku. Belum pape aku dah ngantuk. Cane nak buat azam baru? Anak bertuah!
Aku melangkah perlahan menuju ke kelas aku. Aku pegang kertas pendaftaran aku kat tangan. Aku nak tengok aku kelas apa.
Jalan punya jalan, sampai gak akhirnya. Kelas 4-2. Aku masukkan kertas aku kat dalam poket kot aku dan melangkah ke pintu hadapan.
Kelas tu sumpah bising nak babun. Zoo negara yg masuk mahal tu pun tak bising camtu tau. Aku sumpah terkejut. Aku ingat aku je beruk simpanan kerajaan bila masuk kelas ni tapi tulah. Jumpa yg sama spesies pulak.
Aku mengintai sedikit kepala aku melalui pintu lalu ketuk pintu tu. Semua yg tengah main2 berhenti dan pandang aku yg tengah berdiri tegak cam mannequin kat kedai baju.
"Neo.....Han Soumin? Jinjja?" tanya seorang budak lelaki.
Aku angguk kepala aku perlahan. Dia tetibe menepuk tangannya kuat. "Aku dah cakap....muka dia lain dari Han. Aku dah cakap."
Han? Apa tetibe je ni? Nape budak longkang tu kena mention? Apa yg berlaku?
"Diaorangkan cousin je? Memanglah muka lain."
"Tapi Jaemin kata sama..."
"Sape suruh kau caye aku, bodoh."
Aku hanya menggaru kepala aku perlahan. Aku tak faham. Apa yg diaorang gaduhkan? Muka aku ngan Han? Mestilah lain. Aku ni gojes tau. Han tu apa ada? Pipi pau dia adalah.
"Soumin. Masuklah. Kau tengok diaorang gaduh ni, sampai mati tak habis." ajak seorang budak perempuan yg tengah duduk.
Aku buka langkah aku masuk ke kelas dan pergi ke arah meja kosong yg ada kat budak perempuan yg ajak aku tadi tu.
"Aku Chaewon. Selamat berkenalan."
"Selamat berkenalan. Hmmmm....kelas ni memang bising eh?" bisik aku.
"Hari ni kira senyap tau. Klu hari lain, lagilah. Bergegar gegendang telinga aku ni. Lelagi ada Seungmin ngan Yangyang tu. Pergh...bapak hebat kotak suara dia." balas Chaewon.
Aku angguk kepala aku perlahan. Tapi okay gak dapat classmate bising daripada senyap je. Kena depression aku jap gi.
"Tapi nape dia mention Han tadi?" tanya aku semula.
"Ohhhh....kitaorang dapat khabar angin yg cousin dia nak masuk sekolah ni. Jadi diaorang ni berdebat, nak cakap muka kau sama ke tak ngan Han. So....result dia ni." dia tunjuk aku. "... muka korang lain."
Memanglah muka aku lain.Nak samakan aku ngan muka longkang busuk tu. Ya Tuhan.....sian Han.....kena perli je.
"Tapi diaorang ada cakap, klu muka kau sama ngan Han, mesti tak lawa." kata Chaewon kemudian tergelak. Aku pun ikut tawa dia sekali.
Tak sangka diaorang pun berfikiran cam aku gak. Cakap yg Han tu tak......jahat sangat. Kurang handsome. Nasiblah muka aku tak sama ngan Han. Aku terhibur....
"Wooo....beronok-ngonok korang ye saya masuk lambat."
"Woiiii, saem dah masuk. Duduk." kata Chaewon sambil pandang mereka yg tengah berkumpul tu.
Lepas dah sedar ada saem masuk, baru diaorang duduk tempat memasing.
"Wei, Jaemin. Hari ni kelas apa?"
"Jadualkan ada? Bengonglah kau ni."
"Aku ada jadual kelas sebelah je."
"Pahal kau ada jadual kelas sebelah pulak? Giler ke?"
Aku yg terdengar diaorang berborak terus tergelak. Apalah hebat sangat perangai diaorang ni?
YOU ARE READING
(C) One Scar, One Kiss ; Huang Renjun || NCT Dream
Fanfic"Woi, kau dah janji an? Jangan nak banyak songeh!" "Saya tak cakap pape pun tau!" "Tkde2. Kau sini. Aku nak cium kau."