🌸maaflah ye klu ada typo.
🌸Enjoy!
🌸Jgn lupa vote tau.---------------------------------
"RENJUN!"
Renjun yg tengah tidur tu terus tersedar lepas ada orang panggil dia dari luar bilik. Dia menggosok matanya perlahan kemudian bangun dari baringnya.
Dia memandang Hyojen disebelahnya yg jugak tersedar dari tidur dan merengek kecil. Renjun betulkan rambutnya dan mengangkat Hyojen ke pangkuannya.
"Sian dia eh. Sape pulak jerit nama aku pepagi ni?" kata Renjun dengan suara serak dia.
Dia turun dari katil dan bergerak ke arah pintu. Dia membuka pintu biliknya sedikit dan mengintai keluar. Takde sape.
Dia pun keluar dari bilik tu lalu mencari sesiapa yg panggil nama dia tadi. Tengah dia mencari tu, tetibe badannya ditolak kuat kedinding membuatkan dia jatuh terduduk kat situ.
Dia mengusap kepalanya perlahan lalu mengangkat mukanya untuk melihat siapa yg menolaknya.
"Kau.......anak mamat ni kan?" tanya orang yg tolak dia tadi sambil menunjukkan appanya yg ditahan oleh kawan-kawannya. Hyojen yg masih terletak dalam pelukannya dipeluk erat.
"Kau sape?" tanya Renjun.
"Takyah tahu. Yg aku nak tahu sekarang ni, kau ada duit tak?"
"Kenapa mintak duit pulak?"
"Bapak kau tu pinjam tak geti nak bayar. Dia takde duit so aku mintaklah kau."
Renjun memandang appanya tajam. Sejak bila pulak jantan tak guna ni pinjam along gemuk tak sedar diri ni.
"Takde." balas Renjun.
"Kau tipu!" kata ayahnya.
"Aku cakap takde, takdelah!" jerit Renjun.
Tetibe along tu menyepak kaki Renjun kuat membuatkan Renjun mengetap bibirnya untuk menahan sakit.
"Baik kau bagi aku duit. Sebelum aku bunuh bapak kau." kata along lalu mengacu pistol le arah appanya.
"Bunuh jelah. Dia bukan bapak aku pun." balas Renjun sambil mengeratkan pelukannya sebab Hyojen dah mula teresak-esak kecil.
Along tu memandang appa Renjun. "Kau dengar tak dia cakap apa? Kau cakap ngan aku dia anak kandung kau? Kau tipu aku ke?" tanya along tu.
Appanya dah mula resah gelisah kat situ. Muka dan lehernya pun berpeluh teruk sebab gementar.
"Oh.....budak kecik tu!" Appanya menunjuk Hyojen yg ada dalam pelukan Renjun. "Dia anak aku. Kau ambiklah dia."
Mata Renjun terbuntang lepas dia dengar pernyataan tu. Dia terus memandang along yg kat depan dia tu dengan anak mata yg berketar.
"Bukan.....ni bukan anak dia." kata Renjun.
"Kau ambik budak kecik ni. Susahlah orang tua ni." arah along tu kepada kawannya.
Renjun memeluk erat badan Hyojen ketika kawannya berjalan ke arahnya. Dia pun bangun dari duduknya dan ingin lari tapi sempat ditahan.
"Bagi budak tu."
"TAKNAK! DIA BUKAN ANAK LELAKI TU!" jerit Renjun.
"Jgn nak degil boleh tak?" balas lelaki tu kemudian menumbuk perut Renjun dan mengambil Hyojen dari Renjun.
Renjun terus terduduk kat situ lepas ditumbuk tapi ditabahkan jugak dirinya untuk mengejar lelaki tu semula.
Renjun cuba menahan lelaki tu tapi apakah daya. Lelaki tu bukan lawan Renjun habis Renjun kena tumbuk free kat situ. Habis berdarah muka dia.
Along dan gengnya meninggalkan ayahnya disitu dan keluar dari rumah tu bersama Hyojen.
"HYOJEN!" jerit Renjun sambil memandang mereka keluar dari rumah. Dia tak larat nak bangun. Dia dah terlalu lemah untuk bangun.
Tapi disebabkan Hyojen, dia bangun dari baringnya lalu cuba mengejar mereka.
Tapi.....dia baru je melangkah keluar dari pintu rumah, mereka dah mula masuk kereta. Dicepatkan jugak langkah Renjun untuk mengejar tapi malangnya dia tak sempat.
"Hyojen!" jerit Renjun sambil berlari dan pada masa yg sama, kereta tu mula memecut laju, meninggalkan rumah tu.
Renjun terus jatuh terduduk di hadapan pagar sambil menangis teresak-esak. Air matanya dah habis turun membasahi mukanya yg mulus tu.
Dia memeluk sisi pagar tu kuat dengan tangannya yg menggigil. "Mianhae, Hyojen. Jongmal mianhae." kata Renjun dengan nafasnya yg tidak cukup akibat tangisannya yg terlalu kuat.
>>>>>>
"Soumin." panggil Han. Soumin hanya mengalihkan pandangan dia pada Han dengan pandangan yg kosong.
"Kau dengar tak apa doktor cakap tadi?"
"Aku kena tahan wad. Doktor nak pantau." kata Soumin sambil melipat bajunya yg dipakai tadi sebab dia dah tukar jadi baju hospital.
"Nanti pasal cuti sekolah kau, aku uruskan okay." kata Han.
Soumin hanya mengangguk kepalanya perlahan dan mengeluh perlahan. Tetibe kena tahan wad. Macam mana dia nak siapkan lukisan dia tu.
"Kau duduk sini diam2. Jgn lari pulak. Mak kau tu risau pasal kau tau." pesan Han.
"Tak. Jgnlah risau. Dahlah keluar.aku nak tidur. Dah pukul 2 petang. Waktu tidur aku." kata Soumin lalu menolak Han keluar.
Selepas Han dah keluar, dia pergi ke arah katil kemudian membaringkan badannya, memandang siling yg kosong.
"Haaaa....sendulah macam ni. Dahlah bosan. Nasiblah fon boleh main."
Dia mencapai fon miliknya di meja kecil sebelah katilnya. Baru saja dia nak hidupkan telefonnya, tetibe telefonnya berbunyi.
Chaewon.
"Eh? Pahal pulak dia call aku ni?" kata Soumin sendiri lalu menjawab panggilannya.
"Soumin! Kau kat mana?" tanya Chaewon.
Soumin tak tahu nak jawab apa. Chaewon pun tak tahu keadaan dia macam ni. Takkan nak cakap dia kat hospital pulak.
"Aku......kat rumah." tipu Soumin.
"Kau tahu rumah Renjunkan? Kau datang rumah dia sekarang boleh?" tanya Chaewon dengan nada yg gelisah.
"Kenapa? Kenapa dengan rumah Renjun?"
Soumin sendiri dah tak sedap hati lepas Chaewon tanya camtu kat dia. Mesti ada pape jadi ngan Renjun ni.
"Rumah dia.....ada orang datang. Tapi cam gangster je."
"Hah? Kau call polis tak?"
"Eh? Haahlah. Kenapa aku call kau?"
"Ya tuhan ku. Bodoh sangat ni."
"Ye2, aku call. Bye."
Dia tutup call dan Soumin duduk dari posisi baringnya. Tangannya pun diusap bersama.
Kenapa dengan Renjun? Sape datang rumah dia? Dia okay tak?
Soumin nak keluar tapi dia kat hospital. Mesti susah dia nak keluarkan. Dia pun dah janji ngan omma dengan Han.Macam mana ni?
Lepas lama dia berfikir disitu, dia mengeluh perlahan dan memandang ke arah pintu.
"Mianhae, omma, Han." katanya sendiri lalu mencapai bajunya tadi dan menukarnya.
《《 to be continued 》》
YOU ARE READING
(C) One Scar, One Kiss ; Huang Renjun || NCT Dream
Fanfiction"Woi, kau dah janji an? Jangan nak banyak songeh!" "Saya tak cakap pape pun tau!" "Tkde2. Kau sini. Aku nak cium kau."