🌸maaflah ye klu ada typo.
🌸Enjoy!
🌸Jgn lupa vote tau.
---------------------------------
Han berdiri di hadapan pintu hospital. Otaknya ligat berfikir kat manalah Soumin ni pergi. Nak taknak dia kena cari jugak.Tetibe ada satu tempat ni muncul di fikiran Han. Rumah Renjun. Mana lagi dia nak pergi klu tak kat situ.
Han berlari sepantas yg mungkin untuk sampai ke sana. Nasiblah rumah Renjun ni tak jauh sangat. Bolehlah dia pergi sana tanpa naik kenderaan.
>>>>>>
Sampai di rumah Renjun, Han terus masuk sebab dia nampak pintu terbuka. Masa dia masuk dalam tu, dia tak nampak sape2 pun. Jadi dia terus pergi tingkat atas.
Dia pergi tingkat atas dan masuk bilik Renjun lalu ternampak Chaewon berdiri dipintu tandas.
Han pergi ke arahnya lalu berdiri bersamanya di pintu tandas."I love you, Huang Renjun."
Han tersenyap dan Chaewon terus terkaku dihadapan pintu tandas lepas dengar ayat tu keluar dari mulut Soumin. Tangan Chaewon digenggam kuat kerana tengah menahan sebak.
Han pun tak tahu nak respon apa sebab diaorang dah berpelukan kat situ. Han hanya memandang Chaewon yg ada kat sebelah dia je.
Mata Chaewon berkelip-kelip ketika memandang mereka. Han agak pelik dengan kejadian tu tapi dia hiraukan saja.
"Chaewon.........suka Renjun ke?"
>>>>>>
"Tangan awak ni.....Soumin, condition dia dah makin teruk. Nak taknak awak kena stop hobi awak. Hobi melukis." kata Doktor yg ada dihadapan Soumin dan ommanya.
Soumin mengetap bibirnya dan ommanya menggenggam tangannya yg terletak di paha dan diusap perlahan.
"Habis tu doktor, takde rawatan ke?" tanya ommanya.
"Setakat ni surgery je yg boleh membantu. Tapi klu Soumin surgery pun, tangannya tak dapat berfungsi 100%. Peratus yg paling tinggi pun hanya 30% saja. Jadi Soumin yg kidal ni, perlu belajar tulis gunakan tangan kanannya. Agak sukar untuk Soumin sebab tu bukan tangan dominant dia." jelas doktor.
"Melukis takleh ke doktor?" tanya Soumin.
"Maaf saya cakap Soumin.....tapi tak boleh. Klu awak teruskan, tangan kanan awak pulak akan effect."
Soumin melepaskan nafas berat sambil memandang pahanya. Ommanya yg perasan dia begitu hanya mengusap tangannya untuk menenangkan Soumin.
"Okay. Terima kasih,doktor." kata ommanya dan mereka pun keluar dari bilik tu.
>>>>>>
"Kau nak jumpa Soumin ke?" tanya Han yg tengah berjalan dihadapan Renjun, keluar dari balai polis.
"Boleh jugak kot." balas Renjun lalu mencepatkan langkahnya mengekori Han dan berjalan di sebelah Han.
"Okay. Kau gi lah. Aku ada perjumpaan kat sekolah hari ni. Btw, tadi okay tak? Dia tanya apa."
"Okay je. Dia tanya pasal Hyojen, apa hubungan dengan dia, mana parents yg betul."
"Eh, yg kat rumah sebelum ni, yg hilang tetibe hari tu, bukan appa kau?" tanya Han sambil memberhentikan langkahnya.
Renjun memandang Han, "Bukan. Appa saya......hmmmm.....tak tahu pergi mana."
"Ohh....Mianhae."
"Gwaenchana. Dah biasa." balas Renjun.
"Nanti kau jumpa Soumin, cakap aku kirim salam. Aku gi sekolah dulu." kata Han lalu menepuk bahu Renjun lembut dan meninggalkan Renjun di situ.
>>>>>>
Satu keluhan yg berat dilepas dari mulut Soumin. Air matanya yg masih bersisa di pipi dibiarkan saja.
Dia memandang ke arah meja kecil dan mengambil pensil dan kertas yg ada kat situ. Dia berkeras juga untuk melukis wlupun dia tahu dia tak boleh.
Baru saja dia nak melukis, tangannya berhenti. Fikirannya cuba memberhentikan niatnya tu tetapi hatinya masih lagi mahu melukis.
Dia terus mencampak pensil dan kertas tu dari tangannya ke lantai. Habis patah pensil tu dibuatnya.
"Aku nak tangan aku balik!" jerit Soumin. Dan pada waktu yg sama, ada seorang nurse masuk ke dalam biliknya untuk bagi makan tengahhari.
Nurse tu terkejut dengan Soumin kerana dia menjerit. Tapi tugasnya sebagai nurse, dia pergi ke arah Soumin untuk menenangkannya.
Soumin hanya menangis dan meronta ketika nurse cuba tenangkan dia. Tak pasal2 je nurse tu kena tolak dengan dia.
Nurse tu bangun dari jatuhnya dan keluar dari bilik untuk mintak pertolongan orang lain. Tak lama lepas tu, ada seorang lagi nurse datang.
"Tenang dik....tenang." pujuk nurse tu sambil cuba sedaya upaya untuk menahan tangan Soumin yg tengah meronta dan memukul tangan kirinya sendiri.
"Lepaslah!" jerit Soumin lalu menolak nurse tu ketepi.
"Soumin!"
Nurse tu pandang ke arah pintu lalu ternampak seorang lelaki dengan beg yg tergantung di bahunya. Lelaki tu terus campak begnya ketepi dan pergi ke arah Soumin.
Lelaki tu memeluk badan Soumin dari belakang. "Soumin, sabar."
"Lepaslah!"
Wlupun Soumin memberontak macam orang gila dah kat situ, laki tu masih memeluk belakangnya.
"Soumin, ni aku Yangyang. Sabar Soumin. Jgn macam ni." pujuk Yangyang lalu memegang tangannya yg tak duduk diam dari tadi.
"Aku tahu kau sedih. Tapi jgn macam ni, Soumin." sambung Yangyang.
Soumin yg mengamuk tadi dah semakin redha selepas Yangyang memujuknya sambil mengusap lengannya tetapi air matanya makin mengalir di pipi.
Dia menolak tangan Yangyang yg memeluknya dan memusingkan badannya menghadap Yangyang. Kali ni dia pulak yg memeluk leher Yangyang dan Yangyang hanya membalas.
"Aku nak tangan aku balik, Yangyang. Aku nak melukis." kata Soumin dengan esakannya.
Yangyang hanya mengusap belakang Soumin perlahan dan menyentuh rambutnya. Dia biarkan saja Soumin menangis di bahunya. Asalkan perempuan yg dia sayang sekarang dapat tenangkan dirinya dalam pelukan hangatnya.
《《 to be continued 》》

YOU ARE READING
(C) One Scar, One Kiss ; Huang Renjun || NCT Dream
Fanfiction"Woi, kau dah janji an? Jangan nak banyak songeh!" "Saya tak cakap pape pun tau!" "Tkde2. Kau sini. Aku nak cium kau."