"Andai kamu memilih untuk mencintai yang lain, aku hanya mampu berserah dan menyerah-Soffyana Ayanna"
_______________________________________
Soffyana Ayanna's POV
Aku lemah, benar-benar lemas. Seluruh tenagaku bagaikan habis terkuras. Adryan mengemudikan kapal asmara kami meredah lautan berahi lagi dan lagi hingga aku terkulai layu dalam pelukannya.
"Kamu buas," kataku dengan nada sedikit merajuk.
"Kamu juga mahu dan menikmatinya," jawabnya tertawa kecil seraya meletakkan tubuhku di tengah-tengah katil di tempat tidurku.
"Tiga round. Dalam keadaan berdiri. Pinggangku terasa hampir tercabut," aku belum berpuas hati.
Aku tidak menafikan bahawa percintaan kami sebentar tadi memang amat mengasyikkan. Namun aku sedikit kesal kerana Adryan memilih ruang dan posisi yang membuat tubuhku rasa tersiksa.
"Kalau ikutkan kehendakku, tiga round tidak cukup, honey," Adryan ikut berbaring di sebelahku.
"Tapi untuk sekali ini, aku memberikan diskaun lima puluh percent. Lain kali aku menggunakan nett price," Adryan menarik tubuhku merapat padanya. Tangannya merangkulku dengan erat dan rapat.
Minit-minit berikutnya, Adryan tidak lagi mengatakan apa-apa. Hanya hembusan nafasnya yang terasa berhembus menyapu ubun-ubunku.
Aku merapatkan wajah pada dada bidangnya. Bau peluh yang masih membasahi tubuhnya aku hirup perlahan. Baunya menenangkan. Sejati bau tubuh lelaki yang telah mengurung seluruh hatiku.
"Tidur, sayang. Kamu perlu tidur untuk memulihkan tenagamu," Adryan berbisik perlahan.
Tangan Adryan mengelus rambut dan belakangku berulang kali. Terasa begitu lembut hingga tanpa sedar mataku semakin berat untuk ku buka.
♥️♥️♥️
Aku melangkah perlahan menuju altar. Di hujung sana, Adryan sedang menungguku. Lelaki itu tersenyum lebar sambil matanya tidak lepas dari memandang ke arahku.
Aku juga tidak dapat menyembunyikan senyuman bahagiaku. Hatiku membuncah bahagia kerana impian terindah kami akhirnya menjadi kenyataan.
"Sebentar lagi papa akan menyerahkan kamu pada lelaki yang kamu cintai," ucap ayahku yang sedang mengganding tanganku.
Aku mengangguk. Masih tetap tersenyum sambil berjalan di atas kelopak-kelopak mawar yang ditaburkan oleh flower girls yang berjalan di hadapan kami.
" Berjanji pada papa yang kamu akan selalu bahagia. Dan berjanji pada papa, pada saat kamu merasa tidak bahagia dengan suamimu, ingat bahawa kamu masih ada papa dan mama," sambung ayahku.
"Terima kasih, papa," aku merangkul erat lengan papa.
Tidak terasa, akhirnya aku kini berada pada jarak kurang setengah meter daripada Adryan. Hmm..jantungku berdegup kencang memandang wajahnya.
Dia terlihat sangat tampan dan gagah. Betapa bertuahnya aku kerana dia telah memilihku untuk menjadi pendamping hidupnya.
"Papa serahkan Soffy pada kamu. Jaga dan sayangi dia. Jangan sia-siakan hidupnya. Jika kamu sudah tidak menginginkannya lagi, kembalikan dia pada papa," ucap papa seraya menyerahkan tanganku pada Adryan.
"Saya sangat mencintainya, pa. Sampai bila-bilapun perasaan cinta saya kepadanya takkan pernah berubah," Adryan menjawab tanpa ragu.
Agak lama ayahku menatap ragu pada Adryan. Namun, meski dengan tatapan berat, akhirnya ayahku melangkah pergi, meninggalkan aku dan Adryan di situ.
YOU ARE READING
Secret Lover
Romance*** Untuk bacaan dewasa sahaja ( banyak mengandungi unsur dewasa.) Mohon bijak membuat pertimbangan sebelum membaca cerita ini. Soffyana..seorang gadis biasa yang hanya mengimpikan kehidupan biasa yang sederhana namun bahagia. Soffyana tidak perna...