SL 7

7.4K 64 9
                                        

"Aku takkan menyerahkanmu kepadanya. Tidak akan aku biarkan mana-mana lelakipun untuk menyentuh apatah lagi memilikimu-Adryan Aryan"

Adryan Aryan's POV

Pagi-pagi lagi sudah terdengar ketukan pada pintu bilik Soffyana. Aku menoleh pada jam di skrin telefon bimbitku. Baru sahaja menunjukkan pukul 6.30 pagi. Masih terlalu awal. Soffyana bukan orang gaji di rumah ini. Bagiku tidak perlu dia diminta bangun awal setiap pagi.

"Soffy! Soffy!" Ketukan kini diiringi oleh suara pembantu rumah yang memanggil nama Soffyana berulang kali.

Aku sengaja tidak mahu mengejutkan Soffyana. Malah aku memeluknya kian erat. Aku tahu pasti tubuhnya letih kerana hampir semalaman dia belayar bersamaku.

Semalam, aku langsung tidak membiarkan Soffyana tidur. Aku memiliki tubuhnya sepuasku. Lima pusingan kami bercinta. Tidak dapat ku hitung berapa kali Soffyana mencapai puncaknya.

"Soffy! Soffy!" panggilan dan ketukan yang berterusan di pintu akhirnya membangunkan Soffyana. Tubuh kecilnya mengeliat dalam pelukanku.

"Adryan..," matanya yang layu memandangku.

Senyuman kecil terbit di wajahnya. Namun senyuman itu, walau sekecil mana tetap membuat hatiku kembang seribu. Senyuman itu terlalu bererti bagiku.

"Hai!" ku kucup bibirnya sekilas.

"Adryan," diiringi pipinya yang merona.

"I love you," ku kucup bibirnya sekali lagi. Kali ini kucupanku bertukar menjadi ciuman yang mendamba.

Sang junior terus mencanak. Ingin sekali rasanya aku membenamkan junior ku ke dalam Miss-V nya. Andai sahaja aku tidak memikirkan dia pasti masih keletihan.

" I love you too, Adryan," ucapnya malu-malu.

Suaranya begitu perlahan namun terdengar begitu jelas di gegendang telingaku. Pengakuannya membuatku memeluknya kian erat.

"Thanks, Soffy," ucapku. Dia hanya tersenyum malu sebelum menyusupkan wajahnya ke dadaku.

♥️♥️♥️

Aku terpinga-pinga tika kakiku menapak ke ruang tamu. Ternyata rumah ibuku sedang menerima tetamu. Entah siapa, aku tidak mengenali mereka.

Aku tidak melihat Soffyana di ruang tamu itu. Ke mana dia? Hatiku tertanya. Aku mengatur langkah untuk mencarinya. Mungkin sahaja dia sedang berada di dapur. Namun belum sempat melangkah, ibuku sudah memanggil namaku.

"Aryan, ke mari," pinta ibuku.

Aku menoleh. Saat itu pandanganku bertemu dengan pandangan seseorang. Seorang gadis. Cantik orangnya. Aku tidak mengenalinya kerana ini kali pertama aku melihatnya.

"Aryan," ibuku melambaikan tangannya.

Aku menghampiri ibuku, melabuhkan punggung di atas sofa kosong di sebelahnya. Saat sudah duduk, aku mengangkat wajah. Sekali lagi pandanganku bertemu dengan pandangan gadis itu.

"Hai," tanpa sedar mulutku menyapanya.

"Hai," lembut sahaja suaranya menjawab, menusuk gegendang telingaku.

Aku memandangnya, mengamati wajah bujur sirih itu. Kulitnya licin sekali. Putih melepak tanpa cela. Bibirnya tipis dan terlihat seksi.

"Hmmm," terdengar dehaman ibuku. Aku cepat-cepat melarikan mata.

"Ini gadis yang mummy pilih untuk jadi menantu mummy," kata ibuku.

Ku lihat gadis itu tersenyum sambil menunduk malu. Persis tingkah gadis Melayu dalam cerita telenovela yang sering ku tonton. Tertunduk malu, tanda hatinya menerima dengan rela.

Secret LoverTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang