"Kehidupan kita jauh berbeza. Ibarat langit dan bumi. Tarafku rendah. Berada di bawah dan sentiasa dipijak-pijak. Sedangkan kamu.... ibarat langit. Tinggi, indah dan tidak tergapai oleh tanganku.
Selamanya aku hanya layak mengagumimu dari kejauhan. Memandangmu tanpa mampu menyentuh apatah lagi memilikimu-Soffyana Ayanna".
_______________________________________Soffyana Ayanna's POV
Aku ingin menangis. Tetapi aku tahu aku tidak layak untuk menangisi sesuatu yang tidak layak untuk aku miliki. Adryan mengatakan dia mencintaiku dan hanya akan menikah denganku.
Tetapi cinta hanya sekadar perkataan. Kata cinta tiada makna jika dibandingkan dengan harta dan status. Aku bukan sesiapa di dalam keluarga ini.
Aku hanya seorang pekerja. Tugasku sama tarafnya dengan seorang pengasuh atau seorang pembantu rumah. Jika berbezapun, hanya sedikit sahaja. Aku cukup sedar aku bukan gadis yang layak untuk mendampingi Adryan.
Kehidupan kami jauh berbeza. Ibarat langit dan bumi. Tarafku rendah. Berada di bawah dan sentiasa dipijak-pijak. Sedangkan Adryan....dia ibarat langit. Tinggi, indah dan tidak tergapai oleh tanganku.
Selamanya aku hanya layak mengaguminya dari kejauhan. Memandang permukaannya yang berseri di suluh cahaya mentari. Tanpa mampu untuk aku menyentuh apatah lagi memilikinya.
"Soffy," suara itu memutuskan menungku yang panjang.
"Kamu di sini rupanya," Wanita yang aku panggil mummy itu melabuhkan punggung di sebelahku.
Aku menutup novel Beyond Fantasy karya Billy Douglas yang sedari tadi hanya ku selak berulang kali tanpa membacanya.
"Ya, mummy," aku senyum padanya. Senyuman yang ku buat-buat.
Aku senyum di luar. Terlihat turut tumpang gembira dengan khabar pernikahan Adryan yang bakal berlangsung dalam masa dua minggu lagi. Sedangkan dalam hati aku menangis.
"Temankan mummy," kata wanita itu.
Wanita itu meletakkan beg tangannya di atas meja kusyen di hadapanku.
" Bersiap, Soffy. Temankan mummy," katanya.
Dia meraba ke dalam beg tangannya, mencari sesuatu. Sejurus kemudian, dia menghulurkan kunci kereta Grand Livina miliknya kepadaku.
"Ke mana? Mummy mahu shopping lagi?" Seingatku baru dua hari aku dan Adryan menemaninya shopping. Takkan nak shopping lagi.
" Ya, Soffy. Kita pergi shopping. Survey butik pengantin untuk Adryan dan Lisa," dia menjawab dengan mata berbinar. Terlihat gembira sekali.
" Oh..okey," hanya itu jawapanku.
Hati terasa sakit. Terasa pedih sekali. Belum pernah aku merasa sesakit ini. Sakitnya terasa lebih pedih berbanding tika jariku terhiris pisau NT. Tanpa sedar, aku mengeratkan genggaman, seerat-eratnya.
"Soffy..kamu kenapa?" Ibu Adryan menyentuh lenganku.
"Tiada apa, mummy," aku menggelengkan kepala.
Agak lama wanita itu memandangku. Mungkin ingin membaca rahsia yang tersembunyi di sebalik senyuman tawar yang aku berikan kepadanya.
"Saya okey, mummy. Hanya teringat keluarga di kampung," aku mereka alasan.
Terpaksa aku mereka alasan kerana air mataku sudah jatuh tanpa dapat aku bendung lagi. Mataku yang tidak mahu memberikan kerjasama terus merembeskan cairan jernih yang akhirnya mengalir perlahan melewati pipi dan jatuh menimpa baju yang ku pakai.
YOU ARE READING
Secret Lover
Romantizm*** Untuk bacaan dewasa sahaja ( banyak mengandungi unsur dewasa.) Mohon bijak membuat pertimbangan sebelum membaca cerita ini. Soffyana..seorang gadis biasa yang hanya mengimpikan kehidupan biasa yang sederhana namun bahagia. Soffyana tidak perna...