SL 28

3.6K 77 32
                                    

Author's POV

" Jika hatimu tak pernah teguh mencintaiku, sebaiknya kamu lupakan aku - Soffyana Ayannya"
_________________________________________

Wanita yang dipanggil ' mummy ' itu tersenyum lebar sebaik Adryan melangkah keluar dari wad VVIP itu. Dia menyibak selimut yang menutupi dan bingkas turun dari katil.

" Mummy!" Nilia membelalakkan mata.

" Aku belum nazak lagi," katanya seraya membetulkan rambutnya yang kelihatan tidak terurus.

" Hasrat mummy sudah tercapai," katanya tanpa rasa bersalah.

Di satu sudut bilik itu, Lisa turut tersenyum lebar. Lihatlah, dia tidak perlu bersusah- payah untuk mendapatkan Adryan. Ibu lelaki itu menjadikannya mudah untuknya.

" Mummy kejam," tanpa sedar kata-kata itu terucap dari bibir Nilia.

Sebagai seorang anak, dia sedar seharusnya kata-kata itu tidak diucapkannya. Namun, perbuatan mummy nya membuat kesabaran dan rasa hormat kepada wanita itu hampir hilang.

" Mummy puas, Nilia," sahutnya sambil menarik tangan gadis yang baru sebentar tadi sah menjadi menantunya.

" Mari kita pulang, sayang," katanya kepada Lisa tanpa menghiraukan Nilia yang menatapnya dengan marah.

" Apa salah Soffy pada mummy ?"

Pertanyaan Nilia membuat wanita itu menghentikan langkahnya dan berpaling menghadap Nilia.

" Kamu mahu tahu kesalahannya, sayang ?" Dia bergerak mendekati Nilia.

" Kesalahannya cuma satu..dia lahir dalam keluarga orang miskin. Mummy tidak membencinya. Tetapi mummy tidak akan pernah mengizinkan Aryan untuk menikah dengan perempuan miskin," ucapnya seraya tersenyum sinis.

" Termasuk laki kamu juga, sayang. Mummy tak suka," wanita itu menambah.

" Bagus kamu sudah bercerai. Lain kali, cari lelaki yang kaya untuk dijadikan suami.

Mummy mahu cucu-cucu mummy lahir dari baka keluarga berada. Jangan lupa pesan mummy, Nilia. Ingat..kata atau miskin dimiliki secara turun-temurun," lalu wanita itu melangkah pergi.

Nilia terduduk di atas kerusi di tepi katil yang sebentar tadi terbaring ibunya dalam keadaan nazak. Rupa-rupanya ibunya cuma berpura-pura, hanya semata-mata berlakon agar Adryan mahu menikah dengan Lisa.

❤️❤️❤️❤️❤️

Soffyana Ayanna's POV

Aku membuka mata tika merasakan grab yang aku tumpangi sudah tidak bergerak lagi.

" Di mana kita ? Kenapa membawa saya ke sini?" Aku bertanya perlahan.

Mataku melilau memerhati sekelilingku. Aku langsung tidak mengenali tempat ini. Seketika bulu romaku meremang.

" Kenapa awak membawa saya ke tempat ini ? Awak ada niat tak elok terhadap saya ?" Aku menatap lelaki yang duduk di sebelahku.

Pertanyaanku membuat riak wajahnya berubah.

" Saya minta awak bawa saya ke tempat yang selamat. Saya berjanji akan membayar awak berapapun yang awak minta. Tapi...kenapa...awak...,"

" Sabar, kak. Saya tak tahu mahu membawa kakak ke mana. Cuma ini sahaja tempat yang saya rasa selamat, kak," pemuda itu cuba menjelaskan.

Secret LoverWhere stories live. Discover now