"Kamu hanya milikku. Forever. Aku akan memastikan hanya kita yang layak untuk saling memiliki - Adryan Aryan"
_______________________________________Soffyana Ayanna's POV
Mummy kelihatan happy saja. Dalam seminggu ini, dia tidak berhenti menguntum senyum. Maklum saja, mummy bakal mendapat menantu baru.
Sedangkan aku, pedihnya kian terasa. Luka yang tidak berdarah, hanya sakitnya yang terasa. Menusuk dan menikam begitu dalam.
" Kenapa Soffy nampak sedih?" Nilia, kakak Adrian menyentuh bahuku.
"Tiada apa, kak. Cuma teringatkan keluarga di kampung," untuk kesekian kalinya aku berbohong.
"Duduklah di ruang tamu. Ramai saudara-mara yang datang," aku mengangguk.
Memang hari ini ramai saudara-mara Adryan yang datang untuk membantu membuat persiapan pernikahan Adrian. Maklumlah, seminggu sahaja lagi pernikahan Adryan akan berlangsung.
"Nanti Soffy ikut sekali ke majlis pernikahan Adryan," tambah Nilia.
Aku hanya mengangguk. Namun dalam hati aku menjerit, " Tidak! Aku tidak akan menyaksikan kekasih hatiku bersanding dengan gadis lain." Diikuti air mata yang jatuh berderai.
"Soffy," Nilia memelukku.
"Jangan menangis. Kakak ada. Anggap sahaja kakak ni kakak Soffy," katanya.
Andai sahaja dia tahu bahawa aku menangis kerana ibunya telah memilih gadis lain untuk Adryan. Andai sahaja dia tahu bahawa aku menangis kerana adiknya akan menikahi gadis lain.
" Saya rindukan keluarga di kampung, kak, " aku masih terisak.
"Hmm..kalau Soffy betul-betul rindu dan tak mampu menahannya, Soffy boleh ambil cuti. Kakak pun ada di sini untuk menemani mummy," kata Nilia.
"Betul, kak?" Wanita itu mengangguk.
" Nanti kakak sendiri yang akan mengatakannya pada mummy," sambungnya.
"Terima kasih, kak," aku kembali memeluk Nilia.
"Hmm..sekarang ikut kakak ke ruang tamu. Soffy boleh kenal-kenal dengan keluarga kami," katanya. Namun aku menggengkan kepala.
"Tak apa, kak. Saya nak kemas barang. Kalau mummy izinkan, saya nak minta balik esok," kataku.
"Kakak jamin mummy pasti izinkan. Asalkan Soffy balik ke sini sebelum majlis kahwin Adryan nanti," katanya.
Aku mengangguk. Namun dalam hati aku nekad. Jika aku melangkah pulang ke kampung halamanku, aku takkan kembali lagi ke rumah mummy.
Aku melangkah menuju ke bilik tidurku di tingkat atas. Mujur, untuk menuju ke tingkat atas, aku tidak perlu melalui ruang tamu besar itu.
Dari jauh, aku dapat mengintai betapa meriahnya suasana di ruang tamu itu. Sanak-saudara Adryan sedang sibuk menyusun hantaran sambil usik-mengusik.
Aku menahan air mata. Semakin dekat hari pernikahan Adryan, hatiku terasa semakin sesak. Duniaku yang sebelum ini terasa cerah bersinar, beberapa hari ini ku rasakan ibarat senja merah.
Dan Adryan, sepanjang pagi ini aku belum bertemu dengannya. Mungkin dia ada di ruang tamu itu bersama keluarganya. Mungkin dia juga sedang sibuk membantu persiapan pernikahannya. Yah, siapa tahu. Hati seorang lelaki sukar dibaca. Terkadang mulut mengatakan enggan, namun hati bagaikan dipalu.
Sambil menyeka air mata, aku menghampiri bilik tidurku. Di hadapan bilik tidur itu langkah kakiku terhenti. Bilik tidur ini menyimpan seribu kenangan manis antara aku dan Adryan.
YOU ARE READING
Secret Lover
Romance*** Untuk bacaan dewasa sahaja ( banyak mengandungi unsur dewasa.) Mohon bijak membuat pertimbangan sebelum membaca cerita ini. Soffyana..seorang gadis biasa yang hanya mengimpikan kehidupan biasa yang sederhana namun bahagia. Soffyana tidak perna...