SL 13

5K 64 12
                                    

"Mengalah bukan cara untuk mempertahankan cinta-Adryan Aryan."
_______________________________________

Adryan Aryan's POV

Jika Soffyana menyangka aku tidak mengetahui rancangannya, dia pasti melakukan kesilapan besar. Aku tahu semua rancangannya. Aku memang tidak mempunyai deria ke enam, namun aku dapat membaca gerak-gerinya selama beberapa hari ini.

Sejak pulang dari menemani ibuku meninjau pakaian pengantin untuk aku dan Lisa, Soffyana memang terlihat berbeza. Dia hanya menyerah setiap kali aku meminta untuk menyentuhnya. Malah layanannya juga luar biasa.

Aku tahu, malah cukup tahu bahawa ada maksud tersirat di sebalik semua perlakuannya itu. Namun aku tidak kisah. Aku menyambut perubahannya dengan tangan terbuka.

Puas? Jangan tanyakan apakah aku puas menyentuhnya. Jangan pernah fikir aku puas menikmati tubuhnya. Nikmat? Ya. Puas? Tidak sama sekali. Aku tidak akan pernah puas menyentuhnya. Aku tidak akan pernah merasa puas menikmati tubuhnya.

Aku lelaki normal. Pada usia mencecah tiga puluh tiga tahun, barulah aku merasa nikmat bercinta. Aku melepas perjaka pada gadis perawan, Soffyana Ayanna.

Aku senyum manis mengingat detik-detik indah yang telah aku lalui bersama Soffyana. Teringat pada kali pertama aku memilikinya, saat dia menyerah separa rela kepadaku. Takkan pernah aku lupa air matanya waktu perawannya meniadi milikku.

"Aryan asyik senyum. Pasti gembira untuk menikah dengan Lisa," ibuku mengusik.

Aku malas hendak melayan usikan ibuku. Maka aku abaikan sahaja. Cukup hanya aku yang tahu bahawa Lisa bukan kebahagiaanku. Gadis itu bukan tujuan hidupku. Dia hanya gadis pilihan ibuku. Sedangkan kebahagiaan dan tujuan hidupku ialah Soffyana Ayanna.

"Nanti temankan Lisa ke salon. Dia perlu membuat perawatan wajah dan tubuh. Semuanya untuk Aryan juga," kata ibuku.

"Maaf, mummy. Aryan tak dapat menemani Lisa. Banyak kerja. Lagipun nanti Aryan terpaksa cuti panjang. Jadi, semua mesti diurus dalam beberapa hari ini," aku memberi alasan tanpa memandang ke wajah ibuku.

Ibuku terkadang dapat melihat kebohongan pada mata dan wajahku. Jadi, jalan terbaik, jika berbohong aku harus menghindari dia dari memandang wajahku.

" Hmm..nampaknya semua orang ada urusan masing-masing. Soffy pun akan pulang ke kampungnya hari ini," kata ibuku.

Aku menghirup kopi di hadapanku dengan tenang. Seolah-olah tidak menaruh minat pada apa yang dikatakan oleh ibuku tentang Soffy. Aku punya rancanganku sendiri.

" Mummy meminta Joey untuk menghantar Soffy. Dapat juga mereka berkenalan, " kata ibuku.

Ucapan ibuku membuat kopi yang baru ku hirup hampir tersembur dari mulutku. Mujur aku berusaha menelannya cepat-cepat. Mujur juga saat itu ibuku sedang berbicara sambil tekun menyapu inti kacang pada roti.

" Dia mahu dihantar Joey? Mereka belum pernah bertemu, mummy," genggamanku pada mug terasa tegang.

"Soffy menolak. Katanya, dia sudah menghubungi grab untuk membawanya ke terminal bas," jawapan ibuku sedikit membuatku lega.

"Baguslah dia menolak. Jangan sebarangan mengizinkan lelaki untuk membawa anak dara orang, mum. Soffy tanggungjawab kita. Apa-apa yang berlaku kepadanya nanti, kita yang akan dipersalahkan," kataku.

"Dia milikku, mum. Jangan benarkan Joey atau lelaki manapun mendekatinya kerana aku tak rela," hatiku berbicara.

Soffy belum keluar dari biliknya. Jadi, aku perlu mendahuluinya. Grab? Biar aku yang jadi pemandu grab untuk Soffyana. Jangan harap dia akan berpeluang untuk kembali ke kampung halamannya. Aku ada destinati istimewa yang sudah aku rancang untuknya.

Secret LoverWhere stories live. Discover now