31

138 14 8
                                        

Good to Me, final chapter.

---

Jeonghan merenung Aejung yang sedang terbaring kaku di hadapannya itu dengan pandangan yang kosong. Fikirannya bercelaru memikirkan apa yang terjadi padanya hari ini.

Ianya bagaikan sebuah mimpi. Mimpi yang buruk untuk Jeonghan. Dia berharap dia akan segera terjaga dari mimpi ngeri ini namun sayangnya, ini adalah realiti. Realiti yang terlalu berat untuk diterima.

"Hyung," Tangan Jun yang menepuk bahu Jeonghan menyentakkan lamunan lelaki itu. Jeonghan dengan wajah lesunya menoleh ke sisi, melihat Junhui yang berdiri menyapanya.

"Baliklah ke rumah, hyung. Berehat. Biar aku yang tunggu Aejung dekat sini." Ucap Junhui membuatkan Jeonghan menggeleng setelah mendengarnya.

"Takpelah. Kau pergilah balik rumah, berehat. Biar aku jaga adik aku dekat sini." Balas Jeonghan, berdegil.

Baru beberapa minit yang lalu Jeonghan sedarkan diri setelah jatuh pengsan sebaik sahaja mendengar berita buruk yang disampaikan oleh Doktor Baekhyun tentang Aejung. Yang lain sudah puas memujuk Jeonghan mengajak lelaki itu pulang ke rumah untuk berehat tapi ditolak mentah-mentah oleh lelaki itu.

Jeonghan berdegil untuk terus tinggal di ruang rawatan rapi itu untuk menunggu adiknya sedar.

"Hyung, jangan macamni. Kau perlukan rehat." Junhui masih tidak mengalah, cuba memujuk lelaki yang tua setahun darinya itu untuk pulang ke rumah bersama Wonwoo yang sudah menunggu di luar wad itu.

"Jun-ah, kau balik jelah. Aku nak tunggu adik aku dekat sini. Aku abang dia." Balas Jeonghan, degil.

Junhui mengeluh. Dia sudah mula kehabisan idea memikirkan bagaimana hendak memujuk Jeonghan sehinggalah tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

"Hyung kena jemput makcik dan pakcik dekat airport kan? Lagi sejam flight diorang landing. Hyung nak mereka tengok keadaan hyung yang macamni ke?" Junhui bersuara lagi.

Jeonghan tersentak. Dia baru teringat tentang ibu dan ayahnya yang bergegas mendapatkan penerbangan untuk kembali ke Korea Selatan dari Denmark setelah menerima khabar buruk tentang anak bongsu mereka dari Aera tadi.

Jeonghan mengeluh. Tangannya yang sedari tadi menggenggam erat tangan Aejung dileraikan. Dia meraup wajah dengan kasar sebelum menoleh ke arah Junhui.

"Kau jagakan Aejung sampai aku datang semula dengan Eomma dan Appa, boleh kan?" Pinta Jeonghan. Dia memandang Junhui dengan muka penuh harapan.

Lelaki cina itu pantas menganggukkan kepalanya.

"Iya. Hyung baliklah dengan Wonwoo. Dia dah lama tunggu dekat luar wad tu." Balas Junhui lagi.

Jeonghan mengangguk sekilas tanda faham. Tangannya mengusap kepala Aejung sebelum berdiri dari duduknya.

"Jagakan Aejung untuk hyung." Bahu Junhui ditepuknya sebelum Jeonghan mula melangkah keluar dari wad rawatan rapi itu untuk mencari Wonwoo di luar wad.

Junhui terdiam buat beberapa saat. Hatinya sebak memandang Aejung yang terbaring kaku di atas katil pesakit itu bersama banyak wayar wayar yang ada pada tubuhnya itu. Perlahan-lahan Junhui melabuhkan duduk di kerusi yang ditempati oleh Jeonghan sebentar tadi. Tangan dingin milik Aejung disentuh.

"Saya mintak maaf, Aejung. Semua ni salah saya. Kalau bukan kerana ego saya, mesti semua ni takkan berlaku pada awak." Wajah Junhui tertunduk. Tangan Aejung digenggamnya erat.

— — —

"Jeonghan!" Puan Yoon segera menerpa ke arah anak lelakinya sebaik sahaja dia dan suami tiba di balai perlepasan Lapangan Terbang Incheon itu. Jeonghan terus ditarik ke dalam pelukannya. Wanita paruh usia itu menangis sambil mengusap belakang tubuh anaknya itu.

Good To Me | WonhuiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang