"WHATTT? KAK DENGAN SHUA DAH PUTUS????" Aejung nyaris mati tercekik donut Big Apple setelah mendengar perkataan yang keluar dari mulut kakak sepupunya itu.
Aera yang sedang menjamah donut itu kelihatan tenang. Makin berlapis-lapis dahi Aejung dibuatnya. Kakaknya itu betul ke dah putus dengan Joshua??
"Iya, kami dah putus. Kak dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan SEVENTEEN. Cukup engko je yang kena macam-macam. Kak tak nak. Tak sanggup woi." Balas Aera, masih lagi tenang.
Aejung menganga. Silap hari bulan memang patah rahangnya dibuatnya.
"Tudiaaaa. Hari yang sama, semua benda ni jadi. Fuhh drama sangat!" Komen Aejung sebelum dia kembali menghabiskan donut di tangannya.
*****
"Ya begitulah ceritanya..." Joshua menghembuskan hingus buat kali terakhir setelah selesai bercerita pada member-membernya.
Chan yang sejak tadi setia berada di sebelah Joshua menepuk bahu hyungnya itu.
"Tak apalah hyung. Mungkin memang takde jodoh antara hyung dengan Aera noona. Kita doakan yang terbaik je untuk dia ya? Semoga lepasni hyung dan Aera noona semakin bahagia." Chan memujuk. Joshua mengangguk setuju. Dia dah puas menangis.
Seungcheol diam daripada tadi. Separuh hatinya rasa macam nak buat lompat bintang sebab gembira bila tahu Joshua dah putus dengan Aera manakala separuh lagi menangis kesedihan.
Sebab alasan Aera putus dengan Joshua disebabkan apa yang berlaku pada Aejung. Aera sayangkan Aejung, jadi dia tak sanggup melihat Aejung menjadi bahan kecaman warga internet di laman sosial itu.
Tengok Aejung kena macamtu pun dia tak sampai hati, apatah lagi kalau Aera yang kena macamtu? Tak ke gila terus dia nanti? Jadi Aera fikir lebih baik dia memutuskan semuanya awal-awal.
Sebelum para peminat menggali kisah cinta SEVENTEEN lebih dalam. Lebih baik Aera berundur awal-awal sebelum mimpi ngeri itu menjadi kenyataan.
"Eh tapi kan, tadi aku macam ada nampak JYP dengan Sana tau dekat lobby. Diorang dengan Jun. Erm, pasal SaJun tu.... Real ke? Jun betul-betul dah move on dari Aejung ke?" Tanya Joshua tiba-tiba. Dahi member yang lain berkerut mendengar soalan lelaki yang baru lepas habis menangis itu.
"JYP dengan Sana ada dekat Pledis? Apa yang mereka buat dekat sini??" Soal Seungcheol kembali.
Joshua hanya mampu angkat bahu. Dia bukannya tahu apa-apapun pasal berita Jun Sana dan skandal Wonwoo. Yang dia tahu, hatinya hancur berderai lepas Aera mintak putus tadi.
"Wei korang, Mingyu dengan Wonwoo dah sampai dari Busan." Seungkwan tiba-tiba bersuara, memecahkan keheningan yang melanda bilik latihan itu.
"Mana kau tahu?" Tanya Vernon yang sedang bermain kad Happy Family dengan Hoshi dan Woozi.
"Mingyu baru chat aku ni ha. Dia kata member lain tak online. Diorang dah on the way ke ofis Sajangnim." Balas Seungkwan lagi. Vernon sekadar mengangguk sebelum kembali fokus bermain kad dengan duo 96liner itu.
"Eh kiranya... Jun dengan Wonwoo dekat ofis Sajangnim lah kan??" Komen Seokmin tiba-tiba. Jeonghan terus menoleh ke arahnya.
"Boleh jadi jugak..." Jeonghan menyokong komen Seokmin tadi.
Chan yang tiba-tiba bangun membuatkan Joshua yang tadinya bersandar di bahu maknae itu tersungkur ke lantai. Lantas lelaki itu mendongak, hendak protes pada Chan.
"Sorry Shua hyung. Tapi Chan nak pergi ofis Sajangnim." Ucap Lee Chan sepatah sebelum dia bergegas keluar dari bilik latihan itu.
Tak lama selepas kepergian Chan, Seungcheol dan Jeonghan turut bangun mengikuti jejak maknae itu ke ofis Sajangnim mereka yang terletak di tingkat 9 bangunan Pledis itu.
"Hah elok lah tu! Semua pergi ofis Sajangnim, tinggalkan aku sorang-sorang dekat sini!" Bebel Joshua yang masih dalam fasa patah hati itu.
Seokmin bangun kerana turut sama mahu mengekori Chan, Seungcheol dan Jeonghan ke ofis Sajangnim tapi dihalang oleh Seungkwan.
"Bro, kita tak payah masuk campur dalam drama diorang. Rumit bro, rumit." Nasihat Seungkwan sebelum memaksa Seokmin duduk kembali.
"Agak-agak kan, apa jadi eh dekat ofis Sajangnim sekarang?" Tanya Vernon. Dia yang sedang berlawan kad dengan Hoshi dan Woozi tiba-tiba berminat dengan drama yang sedang berlaku itu.
Woozi sekadar angkat bahu dan menarik kad dari Hoshi.
"Aha! One happy family at home!" Woozi bersorak gembira apabila dia mendapat satu set kad keluarga dari tangan Hoshi.
"So nak main apa lepasni? UNO?" Soal Hoshi apabila game itu telah dimenangi oleh Woozi.
"Call. Kita main UNO." Vernon dan Woozi laju sahaja bersetuju.
"Weyh! Nak join!" Seokmin dan Seungkwan yang mula kebosanan segera menyertai Vernon, Woozi dan Hoshi untuk bermain UNO.
Joshua yang keseorangan mencebik bibir. Perlahan-lahan dia mengesot ke hujung sudut bilik. Konon nak bawak diri dan berhuhu di hujung sudut secara solo. Heh!
---
Iyaa Wonwoo in the house! Okay sabajap aku nak balas komen hampa sat
YOU ARE READING
Good To Me | Wonhui
FanfictionAejung nak putus dengan Junhui dengan alasan Junhui terlalu baik untuk dia dan tiba-tiba Wonwoo menyemak sama dalam cerita diorang so yeah