26

106 22 0
                                    

"AEJUNG, JEONGHAN HYUNG SURUH BALIK RUMAH MASAK NASI!!!!!"

Jeritan maut milik Seokmin membuatkan Junhui mencarut dalam hati. Terkejut satu hal, mengganggu ketenteraman dia dan Aejung juga satu hal. Seokmin yang masih berjalan lenggang kangkung dengan Wonwoo dan Chan dipandang kecil besar.

"Oh haahlah. Abang ada mesej suruh balik masak nasi." Suara Aejung di sebelah menyentakkan Jun. Laju lelaki itu menoleh ke sebelah.

"Eh? Tapi, saya belum habis cakap! Bagi saya habiskan cakap dulu. Baru awak boleh balik." Tegas Jun.

Aejung menggeleng. "Tak boleh la awak. Kesian abang tak makan apa-apa dari semalam." Balas Aejung, mengenangkan abangnya yang baru pulang dari acara pengembaraan sebuah rancangan terbaru untuk sebuah channel di televisyen.

"Eoh? Tapi----"

"Alah! Lagipun wolfgalaxy88 ni tak ingat plot chapter lepas kan? Dia sendiri tak tahu apa yang awak nak cakap, jadi takpelah tu. Saya balik dulu tau." Aejung kemudiannya berdiri. Bahu Jun ditepuk beberapa kali sebelum dia berpaling dan melangkah meninggalkan Jun di taman itu.

Ya, taman yang sama dengan tempat mereka putus haritu.


-----


"Tetiba rasa malas nak makan nasi. Hm dik, kau delivery pizza jela." Aejung yang baru sahaja hendak mengisi beras ke dalam periuk nasi menoleh ke arah abangnya yang sedang duduk di kaunter dapur sambil mengunyah buah epal di tangannya itu.

"Pulak? Tadi suruh orang balik rumah masak nasi. Sekarang tak nak makan nasi pulak." Protes Aejung.

Jeonghan angkat kedua belah bahu sebelum berlalu pergi dari dapur. Meninggalkan adiknya yang sedang menahan sabar sendirian di dapur.

"Okay, abang nak pizza apa?" Soal Aejung yang sudah tiba di ruang tamu bersama telefon pintar barunya.

Ya, dia dah beli phone baru. Masih jenama Samsung, cuma model yang terbaru je.

"Hm... Rasa macam nak makan Burger King lah pulak. Jom makan dekat luar!" Balas Jeonghan lagi.

"Okay.... Adik pergi siap kejap eh?" Aejung masih lagi menahan sabar. Gadis itu kemudiannya bergegas naik ke bilik tidurnya untuk menukar baju.

15 minit kemudian Aejung sudah turun. Dia yang sedang melipat hujung lengan baju sejuknya mengerutkan dahi melihat abangnya masih belum menukar baju dan terbaring di sofa lunjur itu sambil tangannya rancak menukar rancangan televisyen.

"Abang tak siap lagi?" Tanya Aejung. Tiba-tiba dia terfikir, cepat sangatkah dia bersiap?

"Aejung, abang tiba-tiba rasa nak makan nasi balik. Kau pergi lah masak nasi sana." Ucap Jeonghan tanpa menoleh langsung ke arah adiknya.

Tanpa lelaki itu tahu, di belakangnya Aejung sudah mahu meletup.

"APA YANG KAU NAK DALAM HIDUP KAU NI SEBENARNYA, YOON JEONGHAN???????"

Aejung rasa macam nak campak telefon yang dia sedang pegang sekarang ni pada muka si abang.




---

Sebab 8 Februari nanti Good to Me genap satu tahun..... Jadi marilah kita pulun completekan cerita ni huhuhuhuhu

Good To Me | WonhuiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang