23

184 37 39
                                    

Aejung mendengus geram sebaik sahaja melihat wajah Doktor Baekhyun di dalam bilik rawatannya pada pagi itu. Sedangkan Doktor Baekhyun pula.... dari tadi sibuk menyorok di sebalik badan doktor yang merawat Aejung.

"Oh... dia ni la doktor yang salah bagi hasil lab awak?" Tanya Sehun selaku doktor Aejung.

Gadis itu menjuih bibir. Dia berpeluk tubuh dan memandang tajam ke arah Baekhyun yang masih menyorok di belakang kawan baiknya itu.

"Haah doktor, ini lah doktor yang bagi hasil lab yang menyatakan saya menghidap kanser tahap 4 haritu!" Balas Aejung dengan geram.

Sehun mengangguk faham. Dia kemudiannya menoleh ke arah Baekhyun di belakangnya.

"Tunggu apa lagi? Kau kata nak mintak maaf dengan dia kan tadi?" Ucap Sehun. Baekhyun memandangnya dengan riak wajah seperti mahu menangis.

Sehun menghela nafas pendek. "Kau tu lelaki. Dah buat salah, mintak maaf lah. Aku tunggu kat luar." Balas Sehun, dia menepuk bahu Baekhyun beberapa kali sebelum melangkah keluar dari bilik rawatan Aejung.

"Err... Cik Aejung..." Baekhyun perlahan-lahan menapak mendekati katil Aejung.

"Hmmm..." Balas Aejung acuh tak acuh. Saja je dia acah-acah dingin. Padahalnya....

Aejung sebenarnya cuak. Sudahlah dalam bilik rawatan kini cuma ada dia dengan doktor sengal ni saja. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana? Yelah.... Mana tahu kalau Baekhyun ni pychopath yang menyamar jadi doktor dan sebenarnya nak bunuh Aejung ke?

Siapa tahu kan?

"Saya nak minta maaf. Disebabkan kecuaian saya, Cik Aejung nyaris mati overdose ubat....."

Pranggg

Segala sangkaan buruk Aejung tentang Baekhyun berkecai. Mata gadis itu terkebil-kebil memandang wajah Baekhyun.

'Dia nampak ikhlas sangat.....'

Oh sudah pastilah dia ikhlas, Yoon Aejung! Kau tu je yang sibuk sangka buruk dengan orang ish ish ish cuba lah husnuzon sikit...

"Hm. Benda dah jadi dah pun. Syukurlah umur saya ni masih panjang. Kalau saya mati sebab kecuaian doktor, memang saya jadi hantu lepastu cekik doktor malam-malam masa tengah tidur!" Balas Aejung dengan nada mengugut. Baekhyun menunduk, dia malu sebenarnya.

"By the way kan doktor... Kenapa eh muka doktor ni macam familiar?" Tanya Aejung, tiba-tiba.

"Eh?" Baekhyun angkat muka, dahinya berkerut memandang Aejung.

"Kita pernah jumpa kat mana-mana ke sebelum ni?" Soal Aejung lagi.

Baekhyun angkat kedua belah bahu. Mana lah dia tahu. Baekhyun bukannya set-set manusia yang akan ingat semua orang yang pernah dia jumpa dekat tepi jalan.

"Takpun kan, kita ni pernah ada kaitan ke masa dekat hayat lepas? Siapa tahu mungkin kita kawan baik ke, pasangan kekasih ke. Kan Doktor Byun?" Balas Aejung lagi.

"Taklah, kita bukan kawan baik. Pasangan kekasih pun.... bukan. Aigoo entah lah, Mafia Contract tu dah bertahun-tahun pun tak tamat-tamat jugak. Hubungan kita ni, tergantung sepi tak bertali hm." Baekhyun tiba-tiba buat sesi luahan perasaan.

"Eh???" Aejung pandang Baekhyun dengan mata terkebil-kebil.

"Eh sorry, salah story. Em, saya bukan hero dalam cerita ni so bye! Terima kasih Cik Yoon sebab sudi maafkan saya. Semoga awak cepat-cepat keluar dari hospital okay geraklu pape roger." Dan dengan dua kali kelipan mata, Baekhyun menghilang dari bilik rawatan Aejung itu.

Cehhh taklah. Engko ingat dia hantu ke yang tiba-tiba boleh ghaib macamtu?

"Doktor cakap apa je?"

Good To Me | WonhuiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang