Jun, JYP dan Sana keluar dari ofis Sajangnim Pledis dengan tangan kosong. Sana, gadis cantik itu menghela nafas berat sebaik sahaja pintu bilik CEO Pledis tertutup.
"Tak boleh ke kalau kita batalkan aje plan ni? Kesian Once dengan Carat kalau mereka tahu perkara sebenar." Ucap Sana, tiba-tiba.
Park Jin Young yang sedang berpeluk tubuh sambil memikirkan jalan penyelesaian pada masalah mereka itu berkerut dahi. Dia menoleh ke arah anak asuhannya itu.
"Tapi kamu dah setuju kan dengan plan ni? Kita perlukan berita panas untuk jadi daya tarikan sempena comeback TWICE nanti." Balas Park Jin Young.
Tadi semasa pertemuan antara mereka bertiga dengan CEO Pledis di dalam sana, jelas-jelas dia mengatakan yang dia tidak membantah rancangan yang diusulkan JYP itu. Tapi dia juga tidak setuju.
Kata Sajangnimnya Pledis, Jun mesti mendapatkan persetujuan member SEVENTEEN yang lainnya terlebih dahulu. Hal ini kerana perkara itu bukan saja akan memberi kesan pada Jun seorang, tetapi pada semua member SEVENTEEN juga.
Dan kerana itu Jun hanya mampu terdiam selepas keluar dari ofis Sajangnimnya tadi.
"Hyung!" Mingyu yang tiba-tiba muncul bersama Wonwoo dan Rena menyapa Jun. Berkerut dahinya bila melihat Sana dan JYP yang turut berada di luar bilik CEO Pledis itu.
"Whoaaa Park Jin Young sunbaenim! Tak sangka kita berjumpa kat sini!" Seru Mingyu, terkejut. JYP sekadar senyum segaris, manakala Sana cuma menunduk hormat pada Mingyu.
"Jadi dating news kau tu betul lah, Jun?" Tanya Wonwoo. Dia memandang Jun dengan riak serius.
Terkejut Jun dibuatnya apabila Wonwoo tiba-tiba menyapanya. Iyalah, sejak Wonwoo couple dengan Aejung, mana ada dia dan Jun bertegur. Masing-masing ego. Tak nak kalah. Tu lah jadinya.
"Kalau betul pun, apa masalah kau? Yang kau tu. Skandal kau dengan Yebin tu betul lah? Whoaaa aku tak sangka kau sanggup buat Aejung macamtu. Aku ingatkan kau boleh jaga dia dengan baik tapi rupa-rupanya..." Sengaja Jun biarkan ayatnya tergantung. Memang niat dia pun nak menyindir Wonwoo.
Wonwoo ketap bibir, geram. Nak aje dia jerit dekat muka Jun pasal perkara sebenar tapi Chan yang baru tiba di tingkat 9 segera mencelah.
"Hyungdeul!" Chan berdiri di tengah-tengah antara Jun dan Wonwoo. Dia mula cemas bila nampak kedua hyungnya macam dah ready nak bertumbuk antara satu sama lain itu.
"Wonwoo, kau pergi masuk jumpa Sajangnim dulu. Jelaskan dekat dia pasal perkara sebenarnya antara kau dengan Rena pasal skandal tu. Jun, kau ikut kami ke bilik latihan. Nanti lepas segala urusan Wonwoo selesai dekat dalam, dia dan Mingyu pun akan ke bilik latihan sekali." Seungcheol selaku ketua mula memberikan arahan. Wonwoo, Rena dan Mingyu segera masuk ke dalam bilik CEO Pledis, meninggalkan JYP, Sana, Jun dan tiga orang member SEVENTEEN yang baru tiba itu di luar ofis CEO Pledis.
"Jadi Jun, kami balik dulu. Kalau ada apa-apa nanti saya pm awak. Semoga masalah awak dengan member awak cepat selesai. Bye." Pamit Sana. Dia kemudiannya dengan selamba mengheret Park Jin Young bersamanya menuju ke lif.
"Apa yang JYP dengan Sana buat dekat sini sebenarnya, Jun?" Seungcheol memandang Jun dengan penuh tanda tanya.
"Aku setuju dengan rancangan JYP yang kononnya aku dengan Sana tu bercinta. Sebab TWICE dah nak comeback tak lama lagi jadi JYP nak buat satu skandal untuk tarik perhatian peminat---"
"Kenapa kau bodoh sangat?? Siapa suruh kau buat keputusan sendiri? Tahu tak benda ni bukan melibatkan kau seorang tapi kami berdua belas pun sama terlibat!" Seungcheol terus memotong kata-kata Jun tanpa menunggu dia menghabiskan ayatnya dulu.
Jun menjuih bibir. "Dahtu? Kalau aku tak setuju, macam mana aku nak buktikan dekat semua orang yang aku dah move on? Kalau aku setuju, semua orang akan ingat aku dah move on dari Aejung sebab dah ada Sana!" Balas Jun, geram.
Seungcheol tepuk dahi. Chan pandang Jun dengan mulut yang ternganga. Speechless dengan kebodohan hyungnya yang satu itu barangkali.
Jeonghan pula---
Pang!!
Pipi belah kanan Jun jadi tempat persinggahan tapak tangan Jeonghan. Mujur saja tak berbekas jari-jemari Jeonghan di pipi mulus lelaki warganegara China itu.
"Hyung! Kenapa tampar aku? Sakit lah!" Jun mengusap pipinya yang terasa pedih itu.
Jeonghan dengan selambanya meniup tangan kanannya yang telah menampar pipi Jun tadi. Dengan muka tak bersalahnya dia menoleh ke arah Jun.
"Sebab kau memang layak ditampar. Bodoh betul. Kot ye pun kau dah move on dari adik hyung, bukan ini cara untuk kau buktikan kau dah move on, setannnnn!" Maki Jeonghan. Jun nyaris hendak menampar Jeonghan semula tapi cepat-cepat dihalang oleh Chan.
"Hyung ni! Kita kena berbincang secara rasional. Bukan dengan main tampar-tampar macamni!" Nada suara Chan mula naik satu oktaf. Tahap kesabarannya semakin menipis. Bila-bila masa sahaja dia boleh pelangkung semua hyung-hyungnya itu.
"Betul cakap Chan tu. Sekarang jom kembali ke bilik latihan. Kita tunggu Wonwoo dan Mingyu." Balas Seungcheol sebelum berlalu menuju ke lif.
Jeonghan menjeling Jun sekilas sebelum mengikuti langkah Seungcheol. Jun buat muka menyampah siap acah-acah nak tendang Jeonghan lagi.
"Jun hyung!!" Chan yang masih memeluk Jun mula menegur.
"Yelah, yelah! Nak jalan lah ni. Tak payah peluk-peluk ishh!!" Jun menolak Chan menjauh darinya dengan seluruh tenaga yang dia punya. Baju yang dipakainya ditepuk-tepuk seakan-akan mahu menanggalkan habuk-habuk yang melekat di bajunya.
Lee Chan menjuih bibir melihat gelagat Jun itu.
"Macam lah aku ni habuk..." Gumam Chan. Jun menjeling Chan sekilas sebelum turut sama menuju ke arah lif.
Chan yang baru sedar ditinggalkan oleh tiga hyungnya itu segera mengejar langkah masing-masing sebelum memboloskan diri ke dalam lif yang baru tiba di tingkat itu.
---
Okay gentle cakap Good to Me ni dah nak tamat 😂😂😂😂 jutaan terima kasih ditujukan pada Kak Lia sebab banyak membantu sedekah idea untuk yini story huwaaa i love you so much sistor mwahhh 💙💗💙💗💙💗
YOU ARE READING
Good To Me | Wonhui
FanfictionAejung nak putus dengan Junhui dengan alasan Junhui terlalu baik untuk dia dan tiba-tiba Wonwoo menyemak sama dalam cerita diorang so yeah