10

277 81 25
                                    

Jun yang baru sampai di Kamong Cafe segera mencari meja bernombor 21, tempat si pemanggil hendak berjumpa. Dapat Jun lihat ada dua orang yang sedang melambai ke arahnya. Dia kenal siapa mereka.

Sana Twice dan pemilik JYP Entertaintment, Park Jin Young.

"Dah lama tunggu? Sorry tadi jalan jam." Sapa Jun sebaik sahaja dia duduk di hadapan dua orang manusia itu.

"Tak lama pun. Jadi boleh kita mula bincang pasal hal tadi?" Park Jin Young bersuara.

Jun pandang kedua manusia di hadapannya itu dengan riak serius. Sepanjang perjalanannya ke sini tadi dia sudah fikir masak-masak tentang apa yang JYP sempat tawarkan padanya tadi.

"Ya. Saya dah fikir masak-masak dan jawapannya...." Jun terdiam. Sana dan JYP saling berpandangan sebelum kembali fokus pada Jun yang kelihatan sangat serius itu.

"Saya setuju. Saya setuju dengan tawaran tadi. Jadi, bila Pakcik nak jumpa Sajangnim saya?" Balas Jun selamba.

JYP tersenyum puas. Dia berpeluk tubuh sebelum menyandarkan belakang badannya ke kerusi.

"Sekarang pun boleh. Kamu bawa kami ke Pledis, kita berbincang dengan Sajangnim kamu tentang hubungan kamu dan Sana." Jawab JYP dengan tenang.

Jun mengangguk, setuju. Dia yakin 200% keputusannya ini. Biarlah apa orang nak cakap.

Yang penting lepasni orang-orang akan berhenti cakap dia gagal move on dari Aejung.

Ah ya, bercakap pasal Aejung buat Jun tiba-tiba teringat dekat bekas kekasihnya itu. Agaknya apalah khabar Aejung sekarang kan? Mesti bekas kekasihnya itu tengah bersedih, meratapi nasib sebab berita-berita tu muncul.

Sementara itu di dalam bilik tidur Aejung,

"HAHAHAHAHAHAHAHAH!!" Gadis itu ketawa macam pontianak mengilai. Sungguh-sungguh dia terhibur dengan drama Touch Your Heart yang sedang ditontonnya itu.

Iya, Aejung sedang menonton drama lakonan Lee Dong Wook dan Yoo In Na di laptop milik abangnya.

Broken? Takde masa Aejung nak broken. Dia dah pasrah. Apa nak jadi lepasni, jadilah. Kalau pun berita skandal Wonwoo itu betul, memang dia layak pun kena macamtu kan?

Balasan sebab dah lukakan hati Jun :")

"Kelakar lah diorang ni!!" Aejung ketawa lagi. Padahal dalam hatinya dia rasa nak menangis.

Redha, redha jugak. Tapi sakit jugak lah hatinya. 5 hari kena palau dengan Wonwoo dekat WhatsApp sekali keluar rumor macamtu. Siapa tak sakit hati deyy.

Ting nong~
Ting nong~

"Aih siapa pulak yang datang ni aish kacau betul lah orang nak tengok drama pun tak senang!" Aejung membebel apabila mendengar bunyi loceng rumah ditekan berulang-kali. Dia segera menutup laptopnya sebelum melangkah keluar dari bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas rumah itu.

"Iya! Sekejap! Dah on the way dah ni." Laung Aejung sambil menyarungkan hood ke kepalanya. Sebaik sahaja tiba di pintu, dia segera membukanya.

Dan taraaa~ Aejung menganga melihat gerangan yang sudah menganggunya menonton drama tadi.

"Kak Aera? Buat apa kat sini? Bukan tengah dating dengan Joshua ke?" Soal Aejung bertubi-tubi.

Aera tayang muka cemberut. "Engko memang tak reti nak ajak kak masuk dulu ke, mangkuk?" Sinis Aera menyindir.

Aejung tersengih. Dia segera memberi laluan kepada kakak sepupunya itu untuk masuk ke dalam rumah.

"Hehehehe masuk lah kak. Buat macam rumah sendiri." Balas Aejung sebelum menutup pintu dan berlalu ke dapur untuk membuat air.

******

"Apa kata Sajangnim tadi, hyung? Comeback kita kena tunda ke sebab berita dating Jun dengan skandal Wonwoo?" Seungkwan yang baru tiba di bilik latihan yang mendadak jadi bilik meeting bertanya pada Seungcheol.

Leader SEVENTEEN itu hanya mampu mengeluh sebelum menjawab soalan yang diajukan oleh Seungkwan tadi.

"Nampak gayanya macamtulah..." Balas Seungcheol tak bermaya.

Yang lain terdiam bila melihat Seungcheol yang kelihatan seperti sudah pasrah dan berserah itu. Masing-masing tak ada yang berani hendak bersuara. Apatah lagi Seokmin. Dia yang tadinya rancak mengutuk Aejung terus terdiam bila Jeonghan muncul dalam bilik latihan mereka itu.

Gila kau nak sambung kutuk Aejung? Ada kang dia kena pelangkung dengan Jeonghan sebab mengutuk adik kesayangannya itu. Kan dah kata, Jeonghan sangat sayangkan Aejung walaupun adik kesayangannya itu bengap, sengal dan mereng!

Pintu bilik latihan terkuak dari luar, menampilkan wajah murung Joshua. Lelaki itu berseorangan, melangkah masuk ke dalam bilik latihan dengan langkah longlai sebelum dia rebah di sisi Jeonghan. Terus dia memeluk Jeonghan, menangis di bahu partner in crimenya itu.

"Wei Han... Aku broken..." Luah Joshua berselang-seli dengan tangisannya.

Seungcheol berkerut dahi bila tak melihat batang hidung Aera di dalam bilik latihan mereka itu. Tadi kata Joshua dia akan tiba bersama Aera sebab mereka tengah dating masa Seungcheol call tapi di mana Aera?

"Shua hyung kenapa?" Lee Chan yang baik hati menghampiri Joshua yang sudah selesai menangis itu. Tisu dihulurkan kepada hyungnya yang biasanya tenang itu.

"Terima kasih." Huluran tisu dari Chan disambut dengan baik sebelum Joshua menghembuskan hingus ke tisu tersebut. Sehelai lagi tisu ditarik, bagi mengesat air matanya yang mengalir hiba tadi.

Jeonghan angkat sebelah kening, memandang Joshua dengan muka tertanya-tanya.

"Kau kenapa sebenarnya?" Tanya Jeonghan yang prihatin akan sahabatnya itu.

"Aku dengan Aera...."

---

Special thanks to Cik AeRa kita MrsMinChen sebab sedekah idea dekat wasep tadi eheheheheh nak tahu apa jadi? Tunggu next chapter mueheheheheheh

Good To Me | WonhuiWhere stories live. Discover now