9

291 85 79
                                    

Jun yang baru tiba di bilik latihan terkejut apabila menerima pandangan maut semua orang yang berada di dalam ruangan itu. Dahinya berkerut, tak biasa dengan suasana canggung itu.

"Kenapa semua orang senyap je ni?" Soal Jun sambil menghampiri sekumpulan kawan-kawannya yang sedang duduk di tengah-tengah ruangan.

"Kau tak buka twitter ke?" Woozi yang terkenal dengan sikap tak rajin bercakap menjawab soalan Jun.

Lagi-lagi dahi Jun berkerut. Dia melabuhkan punggung duduk di sebelah Chan tetapi maknae Seventeen itu tiba-tiba sahaja mengesot menjauhinya. Jun biarkan saja layanan dingin Chan terhadapnya itu.

"Ada apa dengan twitter?" Gumam Jun sambil mengeluarkan telefon mahalnya dari poket hoodie. Aplikasi burung biru itu segera dibukanya dan--

Jun sendiri tergamam melihat post yang ada di timelinenya.

AllKeyPoh tagged you in picture:-

[ tagged handsomejunhui & ohaiyosana ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[ tagged handsomejunhui & ohaiyosana ]

AllKeyPoh:- JUN SEVENTEEN AND SANA TWICE CONFIRMED DATING [read full article here]

Mata Jun membulat melihat tweet yang dipost beberapa jam yang lalu yang telah mendapat 100k likes dan 300k retweet itu. Dia melihat gambarnya yang dikirim oleh portal sampah itu.

"NI MANUSIA MANA YANG BUAT FITNAH DEKAT AKU NI???" Maki Jun sungguh-sungguh. Entah mana muncul gambarnya bersama Sana itu, dia sendiri tidak tahu!

"Jadi betul lah, hyung dah ada pengganti Aejung?" Chan yang duduk di sebelah Hoshi bersuara. Jun segera menoleh ke arah maknae kumpulan SEVENTEEN itu.

"Kalau betul pun, kenapa? Kau ingat hyung ni gamon lagi ke?" Balas Jun, kesal.

Chan mencebik. "Kesian Aejung. Mesti dia tertekan sebab notification masuk tak berhenti. Wonu hyung ni pun sama je! Dah ada makwe pun nak buat skandal jugak ke?" Anak muda itu mula membebel. Yang lain hanya mampu menadah telinga. Nak mencelah, masing-masing juga tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Kerana mereka juga tidak tahu apa-apa.

Jun yang mendengar nama bekas kekasihnya disebut-sebut Chan membuang muka. Kemudiannya dahi dia berkerut kembali. Jun kembali menoleh ke arah Chan yang sedang sibuk membebel tentang perkara yang Jun tak faham itu.

"Kau sebut apa tadi Chan? Wonwoo buat apa?" Soal Jun dengan muka penuh tanda tanya.

Yang lain terkejut dengan soalan yang Jun ajukan. Masing-masing saling berpandangan antara satu sama lain.

"Seriuslah kau tak tahu lagi??" Hoshi yang turut sama terkejut bertanya.

Jun dengan innocentnya mengangguk. Dah memang dia tak tahu apa-apa kut.

Good To Me | WonhuiWhere stories live. Discover now