Good to Me [chapt 20]
"Apa tak kenal... Dia ni sepupu aku lah." Balas Junhui, cukup untuk mengejutkan semua yang ada di dalam bilik rawatan itu.
"Ma-macam mana?" The8 kelihatan terkejut dan mati kata-kata. Jun sekadar sengih sebelum menoleh ke arah Wani.
"Kau pahal sesat sampai Korea ni? Bukan kau patut dah balik Malaysia harini ke?" Tanya Jun. Wani tayang muka cemberut.
"Memang la aku patutnya dah balik Malaysia tapi ni, kawan baik kau ni pinjam duit aku." Balas Wani sambil menjeling The8 di sebelahnya.
Dahi Jun berkerut. Dia memandang The8 yang kelihatan malu-malu bila dijeling Wani tadi.
"Kau kenapa tetiba pinjam duit orang?" Soalan Jun menyentakkan lamunan The8. Lelaki itu menggaru kepala yang terasa gatal.
"Ah--itu sebab--"
"Dia kena rompak masa dekat Lapangan Terbang Beijing." Joshua menyampuk. The8 sengih bila semua mata tertumpu kepadanya.
"Hehe, kenapa semua pandang kita ni hiks malulah." Ucap The8 dengan nada gedik. Hampir sahaja lelaki itu hendak menyorok di belakang Wani gara-gara tatapan yang dituju kepadanya itu.
"Seriously hyung? Hyung kena rompak?? Dahtu, apa guna hyung belajar martial art kalau tak dapat pertahankan diri???" Chan mula membebel. Berita The8 dirompak di Lapangan Terbang Beijing kedengaran sangat tidak masuk akal baginya kerana lelaki yang dikenali itu pandai berwushu.
"Sebab orang tu acu pisau dekat leher aku lah! Mana nak ingat semua ilmu wushu kungfu tu. Ketaq pala lutut nyahhh." Sekali lagi The8 tersengih. Malu betul dia time tu. Nama je pandai martial art, tapi senang-senang je dia kena rompak masa dekat Lapangan Terbang Beijing tadi cissss!
Mana The8 nak letak muka lepasni?
Wani yang berdiri di sebelah The8 turut sama memandang kerek terhadap lelaki itu sebelum kembali menoleh pada Jun.
"Yang kau muka lebam sana sini apahal? Kau bergaduh ke?" Tanya Wani tentang muka kacak Jun yang kini ternoda dengan kesan lebam di seluruh wajahnya.
Jun sengih. Dia berdehem, entah kerana tekak tidak selesa atau kerana dia segan hendak menjawab pertanyaan sepupunya itu. Lastnya Jun biarkan soalan Wani tadi tergantung sepi tak bertali.
Aera yang dari tadi berdiam diri tersentak apabila telefon pintarnya tiba-tiba melalak menyanyikan lagu Chilli yang sudah tentunya lagu Seventeen. Yang buat Aera menyumpah dalam hati tu sebab ringtone dia part rap Seungcheol.
Air muka Joshua berubah keruh. Dia tahu tentang kisah silam Aera dan Seungcheol, cuma yang dia tak tahunya Aera masih sayangkan Seungcheol, well yeah dah nama pun cinta pertama. Ingat senang nak lupakan?
"Saya dekat hospital sekarang ni. Ada kecemasan." Aera bersuara sebaik sahaja menjawab panggilan masuk tadi. Geram pula dia apabila ada pelanggan yang tiba-tiba mahu menukar tarikh penghantaran kek yang sepatutnya dihantar Khamis minggu hadapan tapi tiba-tiba ditukar kepada hari ini.
Riak muka Aera mula berubah apabila bahasa yang digunakan oleh pemanggil kedengaran semakin kasar. Mahu sahaja Aera mencarut tapi bila memikirkan tentang nama baik kafenya, niat itu terpaksa dibuang jauh-jauh.
"Ya baiklah puan, maafkan saya. Saya on the way ke kafe, cuba siapkan tempahan puan." Dan tak lama kemudian panggilan dimatikan oleh pihak sana. Aera diam memandang skrin telefon yang sudah gelap.
Semua mata memandang Aera. Menunggu gadis itu bersuara. Lima minit keadaan di dalam bilik rawatan Aejung menjadi sunyi sepi sehinggalah—
"DASAR PELANGGAN CEREWET! TAK BOLEH KE BERTIMBANG RASA SIKIT? AKU DAH KATA HARINI KAFE TUTUP KOT! GILA APA NAK SURUH AKU SIAPKAN 100 KEK CAWAN DALAM MASA SETENGAH JAM? PEKERJA AKU SEMUANYA DAH PERGI BERCUTI LUAR DARI SEOUL TAHU TAKKKKKKKK!!" Amarah Aera tak dapat ditahan lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Good To Me | Wonhui
FanfictionAejung nak putus dengan Junhui dengan alasan Junhui terlalu baik untuk dia dan tiba-tiba Wonwoo menyemak sama dalam cerita diorang so yeah