18

256 83 228
                                    

Flashback The8

Kedua belah tangannya dimasukkkan ke dalam poket hoodie yang dipakainya. Sesekali dia membetulkan hud kepala bagi memastikan dirinya tidak dikenali oleh para peminat yang mungkin berada di Lapangan Terbang Beijing itu.

Kenalkan, dia The8. Ahli kumpulan penyanyi dari Korea Selatan yang bernama SEVENTEEN. Malangnya sekarang dia tersangkut seorang diri di Lapangan Terbang Beijing tanpa para member mahupun manager bersamanya.

Sepatutnya dia sudah tiba di Lapangan Terbang Incheon daripada tadi lagi tapi semuanya terbantut apabila dirinya dirompak semasa di dalam tandas beberapa jam yang lepas. Dan sekarang di sinilah dia, keseorangan tanpa kawan di lapangan terbang tanah airnya sendiri.

"Eh Wa, kau betul dah kemas semua barang kita tadi kan? Tak ada apa yang tertinggal kan nanti?" The8 menoleh apabila mendengar satu bahasa asing yang dituturkan oleh seorang perempuan bertudung yang duduk selang dua kerusi darinya.

Wani, gadis ayu bertudung merah itu mendengus geram bila mendengar soalan kawan baiknya itu.

"Iyeee Lys, kau jangan risau. Aku dah kemas semua barang kita tadi. Aku jamin tak akan ada apa yang tertinggal, insyaAllah." Balas Wani, sekadar untuk menenangkan sahabatnya yang mudah panik itu.

Lys mengangguk tanda faham. "Tak adalah, aku cuma risau je. Eh, ole ole si Chimong ada dalam beg kau kan? Sebab dalam beg aku ada untuk bebudak lain punya je." Tanya Lys lagi. Sekali lagi dia risau kalau-kalau ole ole yang dibelinya untuk Chimong (tak payah tanya siapa) tertinggal di rumah nenek saudara Wani tadi.

"Iyaa ada dalam beg aku. Jangan risau k. Kita tunggu flight dengan tenang je okay?" Ucap Wani lagi. Lys mengangguk. Kali ini dia sudah nekad untuk berhenti bertanya. Sebab dia takut kena hempuk dengan Wani nanti.

Perlahan-lahan The8 mengesot ke kerusi sebelah sampailah dia betul-betul berada di sebelah Wani. Mask hitam yang dipakai ditanggalkan separuh sebelum dia berbisik memanggil Wani.

"Pstt.. awakk..."

Wani yang kebetulan mahir bertutur bahasa Mandarin gara-gara keluarganya pernah menetap di Shenzhen semasa dia kecil dulu lantas menoleh ke arah The8 apabila mendengar bisikan lelaki itu tadi.

"Awak panggil saya ke?" Soal Wani, anggap saja dia bercakap dalam bahasa Mandarin. Nak taip pakai google translate kang berbelit lidah nak menyebutnya nanti.

"Awak pandai cakap Mandarin?" Tanya The8, jelas dia terkejut. Dia sangkakan dia perlu berspeaking untuk bercakap dengan Wani.

Wani anggukkan saja. Dia rasa muka The8 macam familiar, tapi dia lupa dekat mana dia nampak.

"Macamni cik, saya nak pinjam duit boleh? Nak buat beli tiket balik Korea Selatan." Tanya The8 dengan nada berbisik. Dia takut kalau kawan Wani, Lys itu turut sama faham Mandarin. Nanti malulah dia.

"Haaa???" Wani ternganga. Speechless dia dibuatnya bila tiba-tiba ada orang asing yang tak dikenali mintak pinjam duit macamni.

Dah la gaya macam mat penagih pun ada. Mana tak nya? Lelaki di sebelahnya itu cuma mengenakan hoodie lusuh berwarna hijau, seluar pulak jenis yang tak cukup kain tu. Alah, yang terkoyak dekat belah lutut.

Dah lah siap pakai spek mata hitam. Siap ada mask lagi! Gila ko tak cuakkkk.

"Weh dia nak apa tu?" Sekali lagi Lys bertanya. Wani menoleh sekejap ke arah kawan baiknya itu.

"Entah mamat ni. Tetiba je bisik mintak pinjam duit aku. Nak buat beli tiket balik Korea Selatan katanya." Balas Wani.

"Uish! K-idol ke tu? Eh tapi kalau K-idol, sah sah depa kaya. Pasaipa kena pinjam duit orang pulak hmmm..." Lys cuba untuk tengok muka The8 tapi lelaki itu cepat-cepat pakai balik mask dia.

Good To Me | WonhuiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang