"Kau dah start packing barang ke, dik?" Teguran Jeonghan membuatkan Aejung yang sedang mengacau sup ayamnya melatah akibat terkejut.
"Awww!!!" Aejung merintih kesakitan apabila tangannya tanpa sengaja terpegang sisi periuk yang panas. Mata Jeonghan membulat melihat kecuaian adiknya itu.
Sepantas kilat Jeonghan menarik Aejung ke sinki dan tangan adiknya yang terkena periuk panas itu diletakkan di bawah air paip yang mengalir.
"Astaga Aejung... Kenapa cuai sangat?!" Mulalah Jeonghan nak membebelnya.
"Abang lah! Siapa suruh buat orang terkejut ish!" Bidas Aejung. Jeonghan menjenti dahi adiknya itu kerana geram.
"Biasaaaaaa dia tu! Menjawab je kerjanya!" Lagi-lagi Jeonghan membebel. Pili air ditutup lalu dibelek tangan si adik dengan teliti.
"Nasib baik takde tanda-tanda melecur. Kalau tak.... Haih. Lain kali hati-hati. Jangan sibuk sangat mengelamun sampai keselamatan diri sendiri terabai." Bebel Jeonghan sambil sibuk mengelap tangan adiknya dengan kain lap yang bersih.
Aejung mencebik bibir. Nak dibidas kata-kata Jeonghan, abangnya betul. Salah dia sebab mengelamun dekat dapur.
"Ada sesuatu yang kau fikirkan ke, dik?" Tanya Jeonghan, seakan tahu apa yang sedang dirasakan oleh adiknya.
Aejung mengeluh. Dia menarik tangannya dari genggaman si abang dan membawa diri ke meja dapur.
"Entah la abang. Adik rasa serabut sangat sekarang ni. Tak tahu macam mana nak bagitahu Jun pasal surat panggilan sambung belajar yang adik dapat tu." Balas Aejung.
Jeonghan mengangguk sekilas. Dia kemudiannya melabuhkan duduk di kerusi hadapan Aejung.
"Apa kata kalau cuba slow talk dengan dia? Budak Jun tu lurus je sebenarnya. Kalau cakap elok-elok dengan dia, Abang yakin dia boleh terima apa yang kau nak cakapkan." Pujuk Jeonghan.
Aejung hela nafas pendek. Kalaulah apa yang Jeonghan cakapkan tu semudah sebut A, B dan C. Memang dah lama dia buat.
Lagipun, sekarang ni Aejung dengan Junhui dah jarang jumpa. Semuanya disebabkan lelaki itu yang begitu sibuk dengan jadual peribadinya. Yalah, kekasihnya itu akan mula menjadi pelakon untuk sebuah drama baru yang akan datang di stesen televisyen tempatan. Jadi masa untuk Aejung dan Junhui terhad.
"Abang rasa.... Kalau adik mintak tolong Wonwoo, okey tak?" Tanya Aejung yang dibalas dengan kedua belah bahu yang terangkat milik Jeonghan.
******
"Oh yeke? Okey, okey. Nanti kita jumpa dekat kafe Aera je eh? Okey Aejung. See you when I see you." Dan selepas itu Wonwoo mematikan panggilannya.
Rena yang sedang duduk di hadapan lelaki itu berkerut dahi mendengar nama Aejung disebut. Setahu dia itu nama perempuan kuat drama yang kebetulannya adik kepada Jeonghan, serta bekas kekasih Jun dan Wonwoo.
Euw. Menyebutnya sebagai bekas kekasih Jun dan Wonwoo saja membuatkan Rena macam nak muntah. Bukan, dia bukannya pemilik akaun yang seronok mengecam Aejung tempoh hari. Dia cuma salah seorang netizen yang selalu membela para lelaki yang terlibat isu.
Dan sudah pastilah Aejung salah di mata Rena. Sudahlah Aejung putus dengan Junhui. Lepastu tergamak dia bercinta dengan Wonwoo pula, yang merupakan kawan baik Jun sendiri. Haih.... Entahlah. Bila fikirkan balik pasal hal tu je buatkan Rena rasa nak marah.
"Yebin, discussion kita dah habis kan? Kalau macam tu, saya balik dulu eh?" Suara Wonwoo menyentakkan lamunan Rena tentang Aejung.
Gadis cantik itu terkebil-kebil melihat Wonwoo yang sudah pun berdiri. Dengan berat hati, dia turut sama berdiri.
"Awak ada hal penting ke, Wonwoo?" Tanya Rena, sekadar berbasa-basi.
Wonwoo menganggukkan kepala seraya memakai kotnya. Dia kembali menoleh kepada Rena sebelum bersuara lagi.
"Haah, ada hal penting kena uruskan. Awak boleh balik ke Pledis sendiri, kan?" Soal Wonwoo.
Rena mengangguk. Sejurus selepas itu Wonwoo terus berlalu pergi meninggalkan gadis itu sendirian di kafe SVT.
"Kenapa awak tak pernah nampak saya, Wonwoo? Apa yang budak tu ada tapi tak ada pada saya?" Lirih Rena sendirian. Dia kemudiannya segera mencapai beg tangannya sebelum turut sama beredar dari kafe tersebut.
Dan tanpa Rena sedari ada dua pasang telinga yang mendengar lirihan hatinya gara-gara mereka yang sedang mencuri dengar perbualan antara Wonwoo dan Rena tadi.
*****
So.... Aku terfikir nak buat Good to Me jadi dua season tapi tulahtu. Maleh aku. Bukan ada orang baca dah pun :'))))))))

ANDA SEDANG MEMBACA
Good To Me | Wonhui
FanfictionAejung nak putus dengan Junhui dengan alasan Junhui terlalu baik untuk dia dan tiba-tiba Wonwoo menyemak sama dalam cerita diorang so yeah