16

263 80 203
                                    

"Aera!" Jeonghan berlari mendapatkan adik sepupunya yang sedang menunggu di luar wad kecemasan itu. Hatinya risau bila memikirkan keadaan adik kesayangannya yang sedang bertarung nyawa di dalam sana.

"Macam mana dengan Aejung?" Soal Jeonghan sebaik sahaja membuka mask hitam yang dipakainya.

"Aera tak tahu lagi... Doktor masih check dia dekat dalam. Dah lima belas minit Aera tunggu kat luar..." Jawab Aera dengan nada sendu. Berderau darahnya tadi apabila melihat Aejung yang terbaring tak sedarkan diri di lantai dapur.

"Oppa takut kalau jadi apa-apa dekat dia... Sumpah, Oppa tak bersedia untuk kehilangan dia..." Jeonghan tiba-tiba menangis. Sungguh dia tak boleh membayangkan kehidupannya yang akan mendatang tanpa Aejung di sisinya.

Nanti dengan siapa lagi dia mahu bertekak? Dengan siapa lagi dia mahu bergaduh pasal benda bodoh seperti teori Bumi flat? Siapa yang akan menyusahkan hidupnya nanti?

"Apa Oppa cakap ni??" Soal Aera yang tak tahu apa-apa itu. Jeonghan menoleh ke arah adik sepupunya itu dengan tatapan sendu miliknya.

"Aejung sakit Ra... Dia ada kanser hati. Wonwoo cakap dah tahap 4."

"Apadia?!!"

Mata Aera membulat tak percaya dengan jawapan yang keluar dari mulut Jeonghan barusan. Dan tak lama kemudian pintu bilik wad kecemasan terbuka, seorang doktor muda keluar dari situ, memanggil ahli keluarga pesakit yang bernama Yoon Ae Jung. Jeonghan segera menyahut.

"Encik suami dia ke?" Tanya si doktor. Jeonghan pantas menggeleng.

"Bukan, saya abang dia. Macam mana dengan keadaan adik saya doktor?" Tanya Jeonghan terus straight to the point.

Doktor lelaki itu mengeluh pendek. Dia menepuk bahu Jeonghan sebelum memberitahu satu berita yang cukup untuk membuatkan Jeonghan jatuh terduduk di atas lantai bersamaan dengan Aera yang terkejut.

***

"Aduh, Chan! Sakit lah! Slow-slow lah ishh ikhlas ke tak ni?" Wonwoo mengaduh kesakitan apabila Chan yang sedang merawat wajahnya yang luka gara-gara pergaduhan dia dengan Jun tadi sengaja menekan kapas yang sudah dibasahkan dengan minyak di tempat luka Wonwoo itu.

Chan mencebik. Dia meniup luka di hujung bibir Wonwoo sekilas sebelum menampalkan plaster di situ.

"Hyung lah! Nak sangat bertumbuk dengan Jun hyung. Sekarang rasakan, tak pasal-pasal lebam sana sini." Bebel Chan. Wonwoo mencebik. Berdesing telinganya mendengar suara Chan yang membebel mengalahkan machine gun itu.

"Kau tahu hyung macam mana kan, Chan?" Balas Wonwoo. Kini giliran Chan pula yang mencebik bibir.

"Tahu sangat. Heh dah lah. Chan nak pergi hospital tengok Aejung." Ucap Chan yang sudah siap mengemas kotak first aid di tangannya itu.

Jun yang sedari tadi termenung tersentak bila Joshua tiba-tiba mengesot ke arahnya. Dia menoleh apabila jari telunjuk Joshua menyentuh bahunya.

"Apa hyung? Aku tengah takde mood nak layan orang baru putus cinta ni." Jun awal-awal memberi peringatan pada Joshua.

Lelaki yang lebih tua darinya itu menggelengkan kepala. Dia menjuih bibir ke arah Wonwoo yang turut sama sedang termenung di hadapan mereka itu.

"Kau tak reti nak mintak maaf dengan kawan baik kau tu ke? Tak nampak muka dia yang kacak tu dah jadi tak kacak lepas kau belasah dia tadi?" Bebel Joshua. Jun berdecit, rimas.

Good To Me | WonhuiWhere stories live. Discover now