"Kemain kan kau? Berbaby baby dengan aku. Yang iyanya nak show off dekat awek kau konon dah move on. Bongok Jun, bongok." Kim Doyoung, lelaki yang menjadi mangsa kebodohan Junhui membebel.
Junhui yang sedang menyedut air minumannya itu mendengus geram. Tisu yang berada di atas meja itu digumpal menjadi bola lalu dicampak ke arah kawan tak gunanya itu.
"Diam babi, diam. Aku tengah emo ni. Kau tahu tak tadi, dia siap bawak bekal untuk si Uwu tu. Sakit mata aku tengok diorang bersuap-suap!" Bebel Jun. Air milonya dikacau. Entah kenapa minuman itu terasa kelat di tekaknya.
Doyoung menjuih bibir. "Sakit mata ke sakit hati...." sindirnya sinis.
Tangan Jun berhenti mengacau air minumannya. Dia menoleh ke arah Doyoung dengan tatapan mautnya.
"Apa kau cakap tadi?" Soal Jun. Doyoung menggeleng, "Takde apa-apalah." Balasnya pendek. Malas mahu beradu mulut dengan kawannya itu.
"Aku hairan betul lah. Makwe kau tu---" Doyoung kembali bersuara namun cepat-cepat dipotong oleh Jun.
"Ex! Ex okay ex! Bekas! Bekas makwe." Ucap Jun, emosi. Sekali lagi Doyoung mencebik bibir.
"Ha ye, bekas makwe. Aku hairan betul. BEKAS MAKWE kau tu dah bahagia dah pun dengan pakwe baru dia, yang kau sakit hati sangat kenapa? Biar jelah diorang bahagia. Pakwe dia tu pun, kawan baik kau jugak. Apa lah dengki sangat kau---"
"KIM DOYOUNG DIAM KAU DIAM. DIAM SEBELUM AKU CURAH MILO NI DEKAT KAU!"
"AKU BAGI NASIHAT JE PUN HAKALAH BERSYUKURLAH SIKIT ADA KAWAN MACAM AKU NI!"
"Dah lah. Kau langsung tak membantu!" Bebel Jun sebelum berlalu pergi.
Doyoung menjegil mata melihat kawannya yang sudah berhambus itu.
"HOI SETANNN! KAU KATA NAK BELANJA AKU LUNCH TADI WOI JUNHUIIII!!! BABI BERANI KAU FAKEHOPE KAN AKUUU WEN JUNHUIIIIIII!!!"
Meroyan lah kau sorang-sorang dekat situ, Kim Doyoung!
YOU ARE READING
Good To Me | Wonhui
FanfictionAejung nak putus dengan Junhui dengan alasan Junhui terlalu baik untuk dia dan tiba-tiba Wonwoo menyemak sama dalam cerita diorang so yeah