Dah seminggu berlalu sejak kejadian Junhui menyimbah air mineralnya ke muka ex girlfriendnya dan sudah masuk seminggu juga mereka berdua langsung tidak bertegur sapa.
Setiap kali terserempak dekat mana-mana, mereka akan buat-buat tak kenal. Itu Junhui boleh terima lagi.
Yang Junhui tak boleh terimanya bila----
"Hai sayanggggg." Aejung muncul tiba-tiba dari balik pintu studio rakaman SEVENTEEN dengan beg kertas berisi bekal makanan tengahhari di tangannya.
Apa? Kau ingat dia hai sayangkan Junhui?
TAK.
Tapi Wonwoo.
Iya, Jeon Wonwoo. Kawan baik Junhui. Aejung dan Wonwoo official lepas dua hari sejak Junhui simbah air ke muka adik perempuan Jeonghan hyung itu.
Yang buat Junhui tak puas hatinya--APAHAL CEPAT SANGAT EX DIA MOVE ON?
Sedangkan dia, pagi tadi pun masih lagi menangis bila teringatkan kenangan manis mereka berdua selama lima bulan jadi pasangan kekasih.
"Untung lah orang tu ada makwe, siap bawak bekal untuk makan tengahhari sama-sama lagi tu auchh jeleslah iteww." Seokmin yang baru keluar dari bilik rakaman menganjing. Chan yang perasan akan perubahan riak wajah Junhui menyenggolnya, memintanya untuk berhenti bersuara.
"Elehh masa bercinta dengan aku dulu takde pulak sibuk-sibuk datang bawak bekal cehhh." Junhui bersuara dengan nada perlahan tapi cukup kuat bagi orang-orang di dalam studio itu dengar.
Suasana jadi krik krik tiba-tiba lepas Jun bersuara tadi. Aejung pandang Wonwoo, Wonwoo pandang Aejung. Keduanya angkat bahu--tanda malas mahu melayan.
"Biarlah sayang, ORANG GAGAL MOVE ON MEMANG MACAMTUUUUU," Sindir Aejung, sengaja hendak menyakitkan hati Junhui.
Jun mencebik. Dia meniup rambut yang berjuntaian di dahinya itu. Apa Aejung fikir dia gagal move on? Heh memang tak lah.
Hello? Ini Wen Junhui putera kebanggaan Shen Zhen tau. Sekali petik, beratus perempuan datang sebab nakkan Jun tau!
Telefon pintar dikeluarkan, Jun mendail satu nombor dan pabila panggilan diangkat---
"HYEEE BABYYYY I MISS YOU, JOM LUNCH? I BELANJA. OKAY, I AMBIK YOU SEKARANG. PAKAI CANTIK-CANTIK TAU. SEE YOU BABYYYYYYY." Tit. Panggilan dimatikan. Jun menoleh ke arah mereka yang sedang memandangnya dengan mulut yang terbuka luas.
"Hyung dah ada pengganti Aejung???" Tanya Chan dengan muka tak percaya.
Jun ketawa kecil. Sempat dia menjeling Aejung sebelum menoleh ke arah maknae itu.
"Lee Chan-ssi, kau ingat hyung ni apa? Sekali petik jari ramai yang datang beratur tau!" Balas Jun, riak.
Aejung sudah terkumat-kamit mengutuk bekas kekasihnya itu. Wonwoo di sebelahnya sekadar diam, sebab dia memang takde dialog.
"Okay lah you alls, iolss nak pergi dating dengan MAKWE BARU. BYE!" Jun dengan langkah bergayanya menapak keluar dari studio rakaman itu.
"DASAR MAMAT CINA KASANOVA!!! PLAYERRRR!!! KANTOI LAH MASA KAU COUPLE DENGAN AKU DULU KAU MAIN KAYU TIGAAAAAAA!!!!" Maki Aejung sebaik sahaja pintu studio tertutup.
"Awak pun bukan sama je ke? Masa tengah couple dengan Jun awak ngorat saya. Dah lupa?" Wonwoo tiba-tiba bersuara.
Aejung terdiam. Dia pandang Wonwoo dengan muka macam nak menangis.
"Aih drama betul lah engkorang ni." Chan dan Seokmin hanya mampu mengeluh.
Ingat kelakar ke cerita cinta tiga segi AeJunWonu ni? Haihh!

ANDA SEDANG MEMBACA
Good To Me | Wonhui
FanfictionAejung nak putus dengan Junhui dengan alasan Junhui terlalu baik untuk dia dan tiba-tiba Wonwoo menyemak sama dalam cerita diorang so yeah