17

277 74 150
                                    

Joshua yang baru tiba di Lapangan Terbang Incheon memandang sekeliling bagi memastikan dirinya tidak dicam oleh para peminat yang mungkin berada di situ. Matanya melilau mencari kelibat ikan--atau Kasim, atau lebih senang mari panggil dia The8 di lapangan terbang itu.

"Shua hyung!" Mata Joshua berhenti pada satu susuk tubuh yang sedang melambaikan tangan kepadanya. Mahu saja dia mencarut kerana panggilan The8 itu nyaris membuatkan penyamarannya terbongkar.

Like, Joshua dah bersusah payahnya pakai mask, cermin mata hitam siap pakai scarf menutupi kepalanya dan SENANG-SENANG JE KASIM PANGGIL NAMA DIA MACAMTU???

Dengan langkah yang sebal Joshua melangkah mendapatkan The8 yang sedang berdiri bersama---sekejap, siapa pula gadis berkerudung (bertudung) merah di sebelahnya itu?

"Hyung ni. Lama tau aku tunggu." Bebel The8 sebaik sahaja Joshua tiba di hadapannya.

"Ni anak siapa yang kau bawak balik Korea ni?" Tanya Joshua konon dengan nada berbisik tapi gadis ayu bertudung di sebelah The8 itu dapat mendengar suaranya dengan jelas.

"Ah, ini..." The8 menoleh ke arah gadis ayu di sebelahnya itu. "Apa nama awak tadi??" Tanya The8.

Gadis ayu itu rolled eyes. Serius duh, berapa kali dah lelaki itu tanyakan namanya. Dari Lapangan Terbang Beijing, dalam kapal terbang, bahkan sebentar tadi juga The8 sudah berkali-kali menanyakan namanya juga!

"Wawa. Wani. Nak panggil baby pun boleh." Balas gadis itu selamba. Sebenarnya dia sakit hati, sepatutnya dia sudah kembali ke tanah airnya tapi sekarang--boleh pula dia tersekat di negara KPOP ini, bersama lelaki KPOP made in China yang dia panggil Kasim je.

Kenapa Kasim? Sebab suka hati dia lah.

"Okay baby--" Ucap The8. Wawa menjegilkan biji matanya, tak sangka The8 betul-betul panggil dia macamtu.

"Ini Joshua, abang saya. Shua hyung, ini Wani." Kata The8 sambil memperkenalkan Wani kepada Joshua.

Joshua senyum. "Haiiiii," laju saja lelaki itu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Wani namun hanya dibalas dengan senyuman kekok gadis itu.

"Hyung, dia tak boleh salam dengan lelaki bukan muhrim. Dia muslim, hyung." Balas The8 lagi. Joshua cepat-cepat tarik tangannya kembali sebelum dia menunduk hormat sebagai tanda minta maaf.

"Sorry, sorry. Saya lupa!" Ucap Joshua berkali-kali.

"Eh, takpe! Takpe, saya tak kisah. By the way hai jugak Encik Joshua." Balas Wani dengan senyuman di bibirnya.

Joshua sengih, malu. Dia tahu sedikit sebanyak maklumat tentang Islam. Kerana fans SEVENTEEN yang beragama Islam juga ramai. Tapi malangnya Joshua terlupa. Biasalah, orang  baru lepas putus cinta kan memang bengong sikit.

"Dah, jom pergi hospital tengok Aejung. Semua member dah ada kat sana dah." Kata Joshua apabila menoleh ke arah The8.

Wani buat selamba. Dia check aplikasi WhatsApp, ternyata ada banyak mesej dari ibunda tercintanya yang bertanyakan keadaannya. Kerana sepatutnya sekarang Wani sudah touchdown di KLIA tapi tulah,

Sekarang dia berada di Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan. Bukan Malaysia.

"Hyung, kita bawak Wani sekali ke hospital eh? Sebab aku dengan dia masih ada kes yang belum selesai sebenarnya." Kata-kata The8 membuatkan Wani dan Joshua tersentak.

Jari Wani yang sedang menaip mesej yang hendak dihantar kepada ibunya terhenti. Laju saja dia angkat muka, memandang The8 dengan pandangan membunuh.

"Woi! Kenapa saya kena ikut awak pergi hospital pulak ni? Awak dah janji kan, sampai Korea awak bayar ganti rugi dekat saya! Sepatutnya saya dah sampai Malaysia sekarang ni tahu takkkkkkkkk!!" Protes Wani. Dia sudah bersiap-sedia hendak memukul The8 dengan beg tangannya.

"Memang lah saya cakap macamtu tadi tapi sekarang ni keadaan saya lagi menyedihkan tau. Adik saya tengah bertarung nyawa dekat wad kecemasan sekarang ni. Awak kesian kan lah saya, Baby... Saya janji, lepas tengok Aejung dekat hospital nanti saya bayar balik duit awak yang saya dah pakai tadi." The8 cuba memujuk.

Wani yang pada mulanya marah mula rasa terpujuk. Duh, SIAPA YANG TAK CAIR BILA LELAKI HENSEM PUJUK HAAAAA.

Dahla dia panggil baby aduhh makkk tolong Wani!! Wani tak kuatttttt.

"Hm. Yelah. Janji eh. Kalau awak tipu, siap lah awak saya kerjakan nanti!" Ugut Wani. Saja dia acah-acah garang padahal dalam hatinya sudah berbunga-bunga dengan pujukan The8 tadi.

Joshua yang sedari tadi menjadi penonton drama tak berbayar dua manusia di hadapannya itu berkerut dahi. Dia memandang wajah kacak The8 sebelum memandang wajah Wani yang kemerahan itu dengan penuh curiga.

"Korang ni ada apa-apa ke? Macam mana korang boleh kenal sebenarnya ni?" Soal Joshua. The8 diam. Wani juga diam.

Dan itu membuatkan Joshua semakin tertanya-tanya. Ada apa dengan mereka berdua sebenarnya?

---×

Iya, tahu pendek nanti ai update lagi k? Btw, KAKWA MANA KAKWA HAIYOOO SUKA TAKKKK EHE

Good To Me | WonhuiWhere stories live. Discover now