"Kau ni buat hal betul lah, Dik." Bebel Jeonghan sambil melipat baju-baju milik Aejung dengan pantas lalu dimasukkan ke dalam bagasi. Semuanya dilakukan dengan kadar segera sebab dia mengejar masa.
Mana Jeonghan tak bengangnya. Flight Aejung pukul 3 petang nanti. Sekarang dah pukul 2:16 pm. Dan adik bertuahnya itu masih belum siap berkemas pun! Satu apa pun dia tak sentuh.
Semuanya disebabkan dating Aejung dan Junhui semalam. Dia balik rumah pun pukul 12 dah. Nasib je Jeonghan tidur awal malam tadi, kalau tak mahunya Jun kena pelangkung dengan dia sebab hantar Aejung balik lambat.
"Abang ni ikhlas ke tak nak tolong? Kalau tak ikhlas, tak payah buat la biar adik kemas sendiri!" Aejung yang sedang kelam kabut menyiapkan dokumen penting bersuara.
Jeonghan cebik bibir. Mulutnya terkumat-kamit mengutuk Aejung dalam bahasa Jepun. Sengaja dia cakap jepun sebab dia tahu Aejung takkan faham. Jadi dia bebas nak bodohkan adiknya itu dalam bahasa jepun.
"Abang takde jadual ke harini?" Tanya Aejung sebaik sahaja dia selesai memasukkan segala dokumen pentingnya ke dalam sebuah fail.
Jeonghan diam. Baju Aejung yang terakhir dia susun ke dalam luggage sebelum menarik zip. Kerjanya selesai.
"Abang masuk studio lambat sikit harini. Kan nak hantar kau pergi airport nanti." Balas Jeonghan, singkat dan padat.
"Oh."
"Kau dah bagitahu Jun ke belum pasal harini kau dah nak pergi Paris?"
Krik krik. Krik krik. Soalan Jeonghan tergantung sepi gara-gara Aejung berdiam diri.
"Yoon Aejung?" Sebelah kening Jeonghan terangkat. Dia memandang Aejung dengan muka penuh tanda tanya.
"Sebenarnya... Adik masih belum bagitahu Jun pasal benda ni......" Jawab Aejung lambat-lambat. Dia menunduk, takut hendak bertentang mata dengan abangnya itu.
"WHAT????" Mata Jeonghan terbeliak bagaikan hendak melompat keluar. Kecik besar sahaja Aejung di matanya ketika ini.
"KO KELUAR DATING BERJAM JAM PASTU KAU STILL TAK BAGITAHU JUN PASAL KAU DAH NAK PERGI PARIS HARINI??????" Jeonghan mula stress. Perasaan hendak menjual adik sendiri di Shopee semakin membuak-buak dalam dirinya.
"Adik tak sampai hati, Abang. Semalam Jun nampak happy sangat. Mana sanggup adik nak patahkan hati dia dengan bagitahu pasal benda ni." Aejung memberi alasan. Cuba hendak membela diri sendiri.
Jeonghan picit dahi. Tiba-tiba je kepala rasa pening. Lama-lama macamni mahunya Jeonghan kena darah tinggi sebab asyik stress fikir pasal Aejung je.
"Hentikan segala kebullshitan ini, Yoon Aejung." Maki Jeonghan. Dia menjeling adiknya dengan tajam sebelum mengeluarkan telefon pintarnya dari poket hoodie yang dipakai.
"Abang nak call siapa tu?" Tanya Aejung yang mula panik apabila melihat Jeonghan yang seakan-akan sedang menaip mesej itu.
"Call apanya? Abang nak order Foodpanda ah! Tunggu kau bersiap sampai kebulur abang." Jeonghan bersuara sambil jarinya sibuk mengscroll menu yang ada di aplikasi penghantaran makanan berwarna pink itu.
"Oh...." Aejung bernafas lega. Dia ingatkan Jeonghan nak call Jun tadi.
"Kalau macamtu adik mandi dulu lah. Abang keluar la." Halau Aejung secara halus.
"Hekeleh main halau-halau pulak." Jeonghan juih bibir.
"DAHTU ABANG NAK TENGOK ADIK BUKAK BAJU KAT SINI KE?" Balas Aejung, geram.
"Yela, yela. Nak keluar la ni." Jeonghan mengalah. Lelaki itu segera bangun dan melangkah keluar dari bilik tidur adiknya itu.
Tanpa Aejung ketahui, sebaik sahaja pintu biliknya ditutup, Jeonghan telahpun menghantar mesej kepada seseorang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Good To Me | Wonhui
FanfictionAejung nak putus dengan Junhui dengan alasan Junhui terlalu baik untuk dia dan tiba-tiba Wonwoo menyemak sama dalam cerita diorang so yeah