Jam di dinding terus berdetak ah~
Kakiku juga terus berjalan~Haip, ada yang baca bernada ke tu? HAHAHAHAHAHAHAHA
[WARNING! Sebelum baca chapter ni mohon sediakan baldi untuk muntah awal-awal. Sebab apa? Sebab part ni banyak ayat cringe mintak kaki jshshsh tabahlah nakk]
Aejung bosan. Dalam bilik rawatan itu, hanya berduaan dengan Jun, tanpa telefon pintarnya yang sudah arwah membuatkan dia kebosanan.
"Haih... Kenapalah aku pergi baling telefon ke dinding..." Keluhnya berat. Aejung merenung rintik-rintik hujan di luar jendela bilik rawatannya itu.
Sesekali Aejung menoleh ke arah Jun di sebelahnya yang kejap-kejap tergelak sambil matanya fokus pada skrin telefon di tangan. Aejung mencebik. Sumpah! Kewujudan Jun dalam ruang rawatnya itu langsung tidak membantu.
"Awak memang tak nak balik ke?" Soal Aejung. Rasa janggal pula bila berada berduaan dengan Jun di dalam bilik rawatannya itu.
Jun yang baru saja selesai minum air itu mencebik bibir. Dia memandang Aejung di hadapannya itu.
"Memang tak nak balik pun. Saya tak sampai hati nak tinggalkan awak sorang-sorang dekat sini. Takut ada suster ngesot ajak awak gurau tengah-tengah malam ni." Balas Jun selamba sebelum ketawa bila melihat perubahan riak wajah Aejung.
"Wen Junhui!!" Tangan Aejung laju sahaja memukul bahu Jun, membuatkan lelaki yang sedang rancak ketawa itu mengaduh kesakitan.
Memang Jun dah masak sangat dengan sikap Aejung tu. Gaya dia je kasar macam jantan, padahal perempuan di hadapannya ini penakut orangnya. Tiap kali Jun ajak tengok wayang cerita hantu, mesti Aejung bagi banyak alasan.
Bila jadi tengok wayang cerita seram pun Aejung selalu sembunyi muka di balik badan Jun. Cehh penakut betul adik Jeonghan hyung ni.
"Sakit-sakit pun masih boleh pukul orang eoh?" Sindir Jun. Aejung terdiam, dia merenung lelaki yang merupakan bekas kekasihnya itu dalam-dalam.
"Jun," Panggil Aejung. Jun yang sedang memeriksa mesej dalam group chat SEVENTEEN segera angkat muka.
"Kenapa? Awak perlukan apa-apa ke?" Soal Jun. Aejung menggeleng.
"Tak. Saya tak perlukan apa-apa pun cuma..." Ayat Aejung tergantung. Dia memandang Jun dengan riak serba-salah.
"Cuma apa?"
"Saya nak minta maaf. Sebab dah lukakan hati awak. Sebab minta putus dengan awak. Sebab couple dengan kawan baik awak sendiri. Saya---"
"Shhh..." Jun segera memintas kata-kata Aejung. Tangan gadis itu digenggamnya erat.
"Saya dah lama maafkan awak. Jujur cakap, memang lah saya geram bila awak mintak putus dengan ayat klise tu. Lepastu awak bercinta pulak dengan Wonu. Saya punya geram tu rasa macam nak cakar-cakar je muka awak tahu tak." Jun mula membebel. Tangan Aejung yang ada jarum untuk IV drip itu dibawa ke bibirnya sekilas.
"Jun saya sebenarnya—"
"Diam. Saya belum habis cakap." Jun memintas kata-kata Aejung.
"Saya terima awak seadanya, Ae. Tak kisah lah awak sakit ke, awak sihat ke. Saya pilih awak, dan saya sudi tanggung risiko untuk bersama dengan awak. Kalau awak sakit, bagitahu je saya. Kita boleh cari rawatan untuk awak sama-sama. Kan kita dah janji nak susah senang together-gether?" Jun angkat kedua belah kening sambil tersengih. Genggamannya pada tangan Aejung dieratkan.
"Jun saya betul-betul terharu dengan ayat awak ni tapi, boleh ke tepi sikit tak? Saya nak ke tandas." Balas Aejung. Serentak senyuman Jun mati.
"Seriously Aejung? Punya cantik ayat saya bagi dan awak boleh respon dengan nak pergi tandas?" Soal Jun tak percaya.
Aejung dah malas nak melayan bekas kekasih–bakal kekasih atau apa sajalah pangkat Jun itu. Dengan sekuat tenaga Aejung menolak Jun sebelum turun dari katil dan melangkah ke tandas yang tersedia dalam wadnya itu.
"Nak saya temankan tak?" Soal Jun sebelum Aejung menutup pintu tandas.
"Tak payah mengada!" Balas Aejung sebelum menghempas pintu tandas dengan kuat, tanda protes pada Jun mungkin.
Lelaki itu ketawa. "Jangan lama-lama dalam tandas tu, Ae. Takut ada candy tegur!" Sakat Jun dari luar tandas.
"DIAMLAH WEN JUNHUI!!"
---
Amacam? Ada rasa macam nak muntah tak? HAHAHAHAHAHA BYE
Thank you for 2k reads also 2k comments huhu hampa memang JJANG!! ❤️❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
Good To Me | Wonhui
Hayran KurguAejung nak putus dengan Junhui dengan alasan Junhui terlalu baik untuk dia dan tiba-tiba Wonwoo menyemak sama dalam cerita diorang so yeah