"Yoon Aejung pabo."
"Iya Yoon Jeonghan, iya."
"Bongok."
"Iye bang, kau dah cakap benda tu buat kali kesepuluh dah ni."
"Kau tu, bongok! Kau tahu tak jantung abang ni rasa macam nak copot bila Wonu bagitahu kau sakit kanser hati tahap 4?!" Jeonghan membebel sambil tangannya laju naik ke kepala si adik.
"Aduh!! Sakit lah bang!! Aku ni tengah sakit tau!" Mulut Aejung mencebik. Tangannya mengusap kepala yang baru sahaja di lepuk oleh Jeonghan tadi.
"Mana tak sakit kalau kau telan ubat yang bukan untuk kau sampai overdose? Bongok betul. Apa dosa aku dapat adik macamni tah." Lagi-lagi Jeonghan mengeluh.
"Mana lah orang tahu hasil lab orang boleh terswap dengan orang lain!" Balas Aejung, cuba mempertahankan dirinya daripada terus dipersalahkan oleh si abang.
"YANG KAU BIJAK SANGAT TAK PERGI CHECK DEKAT HOSPITAL LAIN KENAPA BODO!"
"Ishhhhh dekat hospital lah! Mana boleh buat bising Shhh!!!" Aejung letak jari telunjuknya ke bibir, memberi isyarat supaya abangnya itu berhenti memekak.
"Dah lah Jun, Wonwoo. Jom balik. Aku dah give up dengan budak kecik ni." Jeonghan mula bangun dari duduknya.
"HEYYYY MANA BOLEH BERSERAHHHH" Laju saja tangan Aejung menarik lengan Jeonghan, menghalang abangnya itu dari blah meninggalkannya sendirian di dalam bilik rawatan itu.
"Diam bodo. Abang dah tak larat nak layan kau. Dah la esok ada shooting untuk Nephew TV In My Hands. Bagus lagi abang pergi jumpa budak-budak comel macam Sua dengan Suji tu. Depa tak bagi aku pening kepala macam hang!" Jeonghan cuba meleraikan pegangan Aejung di lengannya namun tak berjaya. Adiknya itu makin mengeratkan cengkamannya.
"Dasar abang! Siapa adik kandung abang ni? Adik ke, budak-budak tu adik abang?" Soal Aejung tiba-tiba.
Jeonghan juih bibir. "Ohhhh baru sekarang kau nak mengaku abang ni, abang kau? Masa kau suruh Wonwoo rahsiakan SAKIT kau haritu, ada kau fikir yang abang ni, abang kau? Ada? ADA KE?" Ucap Jeonghan yang mula emosi.
"Ihhhh abang ni. P. Ramlee cakap barang yang lepas jangan dikenang tau. Kalau dikenang nanti meracun diri." Balas Aejung lagi.
Jeonghan mendengus geram. Tangan Aejung yang ada jarum infus di lengannya itu dialihkan dengan berhati-hati.
"Rehat lah dik. Abang pun nak balik, nak rehat. Memang la engko adik abang, tapi abang ni kerja. Kalau abang tak kerja esok memang abang dah stay malamni jaga kau." Balas Jeonghan dengan nada memujuk.
"Yela, yela pergi lah balik sana. Tinggalkan je Aejung sorang-sorang dekat sini. Dah balik sanaaaa, balikkkk." Aejung menghalau. Jeonghan senyum.
"Haa macamtu lah adik abang. Okay Jun, Wonwoo, jom balik."
"ABANG NAK BALIK BETUL KE ISH ORANG ACAH SARKASTIK JE TAHU TAKKKK"
"Dah la wak, tak payah nak drama. Hyung dengan Wonwoo je yang balik, saya jaga awak malamni."
Krik krik. Krik krik.
"Haaa bagus cadangan kau tu Jun! Dah Aejung, abang dengan ex boyfriend kedua engko ni balik dulu." Dan kemudiannya Jeonghan benar-benar pergi meninggalkan Aejung berduaan dengan Jun di dalam bilik rawatan itu.
"Aku tak cakap pun nak putus dengan Wonwoo..." Aejung bersuara dengan nada berbisik.
Apa? Betullah kan? Dia tak cakap pun dia nak putus dengan Wonwoo. Jun je yang beria ajak dia get back.
Me be like; move on la bodo kau lupa ke kau dah kena campak dalam siblingzone dekat chapter lepas??
"Apa awak cakap tadi?" Jun bertanya. Dia dengar macam Aejung ada cakap sesuatu tadi.
"Takde cakap apa-apa pun. Em, awak dah makan?"
K Aejung, memang soalan kau tak boleh lagi random ke?
---
Heyy aku kembali untuk menceriakan harimuu HAHAHAHAHA SIAPA CAKAP CERITA NI DAH TAMAT?? 😂😂😂😂 okay gurau. Jangan tanya kenapa lama tak update. Jawapan dia, phone aku rosak. Dan lepastu aku lupa password. So yeah. Masih ada yang sudi nak baca Good to Me ni ke huhuhu btw THANK YOU SO MUCH FOR 1k reads also 2k comments fuhhh hampa semua luar biasaaaa mwahhh aku cinta kalian ☃️💙💙

ANDA SEDANG MEMBACA
Good To Me | Wonhui
FanfictionAejung nak putus dengan Junhui dengan alasan Junhui terlalu baik untuk dia dan tiba-tiba Wonwoo menyemak sama dalam cerita diorang so yeah