4

337 90 102
                                    

"Abang tak suka lah kau hari-hari datang studio tu dik." Jeonghan yang sedang memandu tiba-tiba bersuara.

Aejung yang duduk di sebelah tempat penumpang terus menoleh ke arah abangnya. Dahinya berkerut.

"Kenapa pulak tak suka? Adik cuma bawakkan bekal untuk Wonwoo. Bukannya adik buat benda tak senonoh pun." Aejung membela dirinya sendiri.

Jeonghan memberhentikan kereta di lampu isyarat merah. Dia menoleh ke arah adik bongsunya yang boleh tahan bangang itu.

"Engko tu bekas kekasih Jun. Lepastu bila dah putus dengan Jun, engko couple dengan bestie dia sendiri. Abang tertanya-tanya kat mana kau letak akal kau. Tahu tak lepas kau dengan Wonwoo bercinta, dia dengan Jun dah tak bertegur sapa? Budak-budak lain pun salahkan kau tau sebab jadi punca WonHui renggang macamtu." Jeonghan mula membebel dengan satu nafas.

Aejung diam. Dia pelik, abangnya itu vokalis atau rapper??

"Jun yang simbah air dekat muka adik tau! Kenapa semua orang kesiankan Jun, tapi tak kesiankan Aejung? Salah ke Aejung bercinta dengan Wonwoo? Dah Aejung suka dia, nak buat macam mana lagi. Hati dan perasaan ni bukannya boleh dipaksa!" Jika anda fikir Aejung mahu mengalah dengan Jeonghan, fikir lagi.

Tak ada perkataan mengalah dalam kamus hidup Yoon Ae Jung.

Jeonghan hanya mampu mengeluh sebelum meneruskan pemanduan setelah lampu isyarat bertukar warna hijau.

"Lepasni abang tak nak bawak kau datang sini lagi." Ucap Jeonghan sebaik sahaja selesai memakir kereta di dalam lobi bangunan Pledis.

Aejung jelir lidah pada abangnya sebelum membuka tali pinggang keledar dengan kasar.

"Orang boleh naik grab lah boo!" Ejek Aejung sebelum keluar dari kereta.

Jeonghan yang baru hendak membuka tali pinggang keledar hanya mampu menggelengkan kepala. Tapi tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

Hari ini Wonwoo tiada di Pledis gara-gara jadualnya. Tapi belum sempat Jeonghan hendak menegur, Aejung sudah hilang.

"Ah lantak dialah. Siapa suruh degil sangat? Biar dia pulak frust boipren kesayangan takde kat Seoul heheheheh." Jeonghan tergelak jahat.

Bukan salah dia kan? Aejung yang tiba-tiba menghilang. Padahal Jeonghan dah ada niat nak bagitahu adiknya tentang Wonwoo.

Good To Me | WonhuiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang