15

217 85 23
                                    

Aera yang baru sahaja selesai membuat penghantaran kek ke rumah pelanggannya berkerut dahi apabila melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefonnya itu.

"Hello, Han oppa... Aejung? Kat rumah la. Aera baru lepas buat COD dengan customer tadi. Tengokkan Aejung? Haa sabajap, sabajap. Aera on the way." Aera terus menghidupkan enjin kereta setelah talian diputuskan oleh Jeonghan.

Hairan juga Aera dibuatnya dengan nada suara Jeonghan yang kedengaran panik itu. Aera cuba buang segala sangkaan buruknya dan fokus memandu menuju ke rumah Aejung semula.

Aera cuma perlukan masa 15 minit sahaja untuk sampai ke rumah sepupunya itu. Sebab kebetulan rumah pelanggan yang Aera buat penghantaran tadi dekat je dengan rumah dua beradik itu.

Berkerut dahi Aera apabila pintu utama tak berkunci. Mulutnya mengomel, bebelkan kecuaian Aejung sambil tangannya mengeluarkan telefon pintarnya. Nombor Jeonghan segera didailnya sebelum alat komunikasi itu dilekapkan pada telinganya.

"Hello, Han Oppa... Aera dah sampai rumah ni. Kejap, cari Aejung." Langkah Aera yang diaturkan hendak menuju ke tingkat atas terbantut apabila dia terpandangkan satu susuk tubuh manusia yang terbaring di atas lantai dapur. Aera cepat-cepat meluru ke arah Aejung yang tak sedarkan diri di atas lantai dingin itu.

"Aejung! Oh my God apa yang dah jadi dengan kau ni.." Aera panik apabila merasakan nadi Aejung yang sangat lemah itu.

"Kenapa dengan Aejung, Aera???" Suara panik Jeonghan mula kedengaran di corong pembesar suara telefon pintar Aera. Dia terlupa yang panggilannya bersama abang sepupunya itu masih bersambung.

"Oppa, Aejung pengsan..."

"Call ambulans sekarang, Ra. Oppa on the way balik!"

---

Ehe hai gengss uyyooo lama siot aku tak update 😂😂😂😂 okay okay maafkan saya gaiseu huhu saya kan Melayu jadi kenalah pakai janji Melayu HAHAHAHAHAHAHH okay rasanya dah boleh sediakan baldi awal-awal sebab chapter mendatang akan ada scene lori gula tumpah ehehehe //sengih colgate//

Good To Me | WonhuiWhere stories live. Discover now