"Nak cakap.... pasal apa?" Aejung mula berkerut dahi melihat muka serius abangnya itu.
Entah mengapa, setiap kali Jeonghan buat muka serius begitu, Aejung akan rasa tak sedap hati. Mungkin, aura abang-abang? Entah lah. Tapi yang pasti, Aejung tak berani nak melawak dengan abangnya untuk saat ini.
Ada kang dia makan pelempang nanti tak pepasal je.
"Duduk dulu. Abang pergi ambik benda tu kejap." Ucap Jeonghan sebelum berlalu ke bilik tidurnya di tingkat atas.
"Dia dah nak kahwin ke? Ke... dia nak berhenti jadi idol dah? Eh takkanlah. Kontrak dia masih lama lagi." Gumam Aejung sebelum tangannya mencapai alat kawalan jauh televisyen.
"Jung, surat panggilan universiti kau dah sampai. Masa kau masuk wad haritu."
"HAH?!" Mata Aejung terbeliak, nyaris hendak tersembul keluar kedua biji matanya. Laju saja dia bangun dan menerpa ke arah abangnya.
"Eh, eh---" Jeonghan nyaris jatuh tersungkur apabila Aejung merampas surat di tangannya. Mujur dia sempat berpaut pada meja makan.
"Oh my God!!! Oh my God abanggggggg!!! Finally sampai..... ya tuhan lamanya adik tunggu." Ucap Aejung yang dengan tak sabarnya membuka sampul surat berwarna beige di tangannya itu.
Jeonghan di sebelah sekadar mengangguk, mengiyakan. Diam-diam dia memerhatikan reaksi si adik.
"Iya, abang tahu kau dah lama tunggu surat tu. Dari sebelum kau dengan Jun kenal, lepastu putus, lepastu kau dengan si Wonu pulak." Balas Jeonghan entah sindiran atau tidak sengaja. Tapi yang pasti Aejung terasa pedasnya.
Gadis itu menghela nafas pendek. Surat tawaran di tangannya ditatap lama. Gadis itu terlihat sedang termenung sambil matanya menatap kosong surat di tangannya.
"So macam mana?" Soalan Jeonghan menyentakkan Aejung.
"Abang rasa... Apa yang patut adik buat?"
Dan seterusnya kedua beradik itu sama-sama termenung di sebelah meja makan itu.
----
"Jauh termenung. Fikir pasal masa depan kita berdua ke?" Junhui yang tiba-tiba muncul di sebelahnya membuatkan Aejung terkejut. Nyaris je nak terpukul Junhui tadi, nasib baik muka kekasihnya itu kacak membuatkan Aejung tak jadi refleks nak debik Junhui.
Aejung juih bibir. Muka Junhui yang dekat dengan mukanya ditolak ke tepi. Tangannya mencapai botol air mineral yang masih sejuk lalu dihulurkan kepada Junhui yang baru selesai jogging pagi itu.
"Apani Aejung bagi air dekat Jun hyung je. Tak baik tau pilih kasih macamni." Seokmin merungut. Dia dan Chan yang sama-sama jogging dengan Junhui tak diberikan air pun.
Seokmin be like: DISKRIMINASI MACAM APAKAH INI????????
"Dah, dah. Tak payah nak buat drama. Semua orang dapat air." Wonwoo muncul sebagai penyelamat keadaan dengan menghulurkan air kepada Seokmin dan Chan.
"Kalau macamtu kita bertiga sambung jogging lah. Rasa tak sedap lah pulak kacau pasangan kekasih yang tengah date ni." Chan bersuara. Wonwoo dan Seokmin mengangguk setuju.
Belum sempat Aejung hendak bersuara, ketiga manusia itu telahpun sambung berlari. Aejung menghela nafas pendek. Biarlah, diorang set-set pelakon tambahan je pun.
"Aejung, boleh tak saya nak cakap something?" Junhui yang sudah selesai meneguk air bagi membasahkan tekak bersuara tiba-tiba.
"Awak nak cakap apa?"
"Something."
Krik krik. Krik krik.
Bunyi cengkerik kemudiannya berganti dengan latar suara bunyi burung gagak, mengiringi kehambaran punchline Junhui.
"Ha ha ha." Aejung gelak paksa. Yelah, sebagai kekasih yang tak berapa nak baik sudah menjadi kewajipan untuk dia menyokong lawak hambar kekasihnya itu.
Meskipun Aejung masih tak boleh brain dengan punchline Jun.
"Heheh saya gurau je. Okey, okey jom serius. Hm saya sebenarnya.... Macam mana nak cakap eh? Hm saya....." Junhui tiba-tiba diam. Ayat yang dia dah susun cantik-cantik sepanjang lariannya tadi hilang entah ke mana.
Tiba-tiba gugup. Fuh.
"Awak nak cakap apa sebenarnya, Junhui?" Soal Aejung yang mula merasakan tahap kesabarannya yang mula menipis.
Junhui tiba-tiba tampar pipi sendiri. Terkejut Aejung dibuatnya. Tanpa sedar Aejung bergerak ke tepi, sedikit menjauhi Junhui yang terlihat seperti sedang mengalami malfunction itu.
"Okay sebenarnya macamni. Apa kata kalau kita—"
"AEJUNG, JEONGHAN HYUNG SURUH BALIK RUMAH MASAK NASI!!!!!!"
Dan terbantutlah sudah hasrat Junhui untuk menyampaikan isi hatinya.
-tbc-
Last update 18 August weh AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ampunnnnn. Hiks aku nyaris give up ah dengan GtM ni sebab, you see. Dah takde orang baca dah pun :')
Btw welcome new readers. Terima kasih sebab spam votes. Anda punca kekuatan saya untuk terus mempertahankan story ni dengan title "published" tu HUHUHUHU GOMAPDAAAAAAAA
Btw aku ada publish ff baru tadi, hehe kalau tak keberatan boleh la singgah profile ku hehehehehe see you when i see you 🤗❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
Good To Me | Wonhui
Fiksi PenggemarAejung nak putus dengan Junhui dengan alasan Junhui terlalu baik untuk dia dan tiba-tiba Wonwoo menyemak sama dalam cerita diorang so yeah