14

235 81 34
                                    

Aejung kembali berseorangan di rumah setelah kepergian Aera tadi. Tengah-tengah membawang boleh pula Aera dapat call pasal tempahan kek hari jadi pelanggannya. Kelam-kabut dia bersiap untuk ke kafe setelah mendapat panggilan tadi.

Aejung mengeluh. Rancangan di televisyen langsung tiada yang dapat menghilangkan rasa bosannya. Dia mengerling jam di dinding sebelum menepuk dahi apabila teringatkan sesuatu hal penting.

"Haah la... Aku tak makan ubat lagi." Gumamnya sebelum dia bangun menuju ke dapur. Botol air masak dicapai sebelum air dituangkan ke dalam gelas. Kabinet paling atas dibuka sebelum dia mencapai ubat-ubatannya yang telah lama dia sorok dari pengetahuan abangnya.

Dua biji pil berwarna merah dan putih dikeluarkan dari bekas ubatnya sebelum dia membawa pil tersebut ke dalam mulut. Air masak tadi diteguk bagi melancarkan perjalanan pil yang baru ditelannya tadi. Diam-diam Aejung mengeluh.

Berapa banyak lagi masa yang dia punya?

Lepasni kalau dia sudah tiada, bagaimana dengan Jeonghan? Siapa yang akan menyusahkan hidup abangnya selepas ketiadaan dia nanti?

Siapa yang akan ajak Jeonghan bergaduh pasal hal remeh?

Siapa yang akan merengek mintak aiskrim pukul 3 pagi dekat Jeonghan?

Siapa yang akan menangis sebab demam sambil ketuk pintu bilik Jeonghan supaya membawanya ke klinik nanti?

Bunyi telefon rumah menyentakkan lamunan Aejung. Dia segera membilas cawan yang baru digunakannya sebelum menapak ke ruang tamu, untuk mengangkat panggilan masuk tapi baru sekerat jalan, tiba-tiba kepalanya terasa pening.

Sekelilingnya bagaikan berpusing sebelum Aejung akhirnya rebah tak sedarkan diri ke lantai.

*****

"Macam mana? Aejung tak angkat ke?" Tanya Seungcheol apabila melihat riak wajah panik Jeonghan.

"Dia tak angkat weh. Aku tak sedap hati." Ucap Jeonghan yang mula tak senang duduk.

"Kau tak try call nombor Aejung ke?" Soal Seungcheol lagi. Jeonghan pantas menggeleng.

"Budak bertuah tu pi baling phone dia ke dinding. Aku syak dia stress dengan berita-berita yang keluar tu." Balas Jeonghan lagi. Dia sudah hendak melangkah keluar dari bilik latihan tapi langkahnya terhenti apabila Joshua yang tiba-tiba mengesot ke arahnya memeluk kedua belah kaki Jeonghan.

"Han, kau try call Aera. Dia mesti ada dengan Aejung sekarang ni. Tadi sebelum dia putus dengan aku, kitorang singgah Big Apple. Dia kata nak lepak dengan Aejung." Joshua bersuara. Jeonghan segera mendail nombor adik sepupunya itu.

Dalam hati tak putus Jeonghan berdoa akan keselamatan Aejung. Entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa tak sedap selepas tahu yang adiknya itu menghidap kanser hati tahap 4 dari Wonwoo.

"Hello Aera, Aejung ada dengan kau tak??"

--

Jap sabajap aku tengah stuck ni huhuhu tak sampai hati lah pulak nak tamatkan Good to Me cepat cepat huhuhuhu

Good To Me | WonhuiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang