5

352 96 147
                                    

"Eh, Aejung... Cari Wonu hyung ke?" Sapa Lee Chan sebaik sahaja pintu studio terbuka dan menampilkan Aejung dari balik pintu.

Gadis itu mengangguk, mengiakan soalan Chan. Matanya memandang seluruh studio sebelum pandangannya terhenti pada Jun, mantan terindahnya yang turut ada sama dalam studio itu.

Aejung mencebik. Dia segera mendekati Chan yang sedang duduk di sofa single itu.

"Chan berdua je ke dengan mamat kasanova tu?" Tanya Aejung dengan nada berbisik. Tapi disebabkan studio itu lengang, suaranya cukup kuat untuk sampai ke corong telinga Jun.

"Chaitt... Bila dah putus kemain kasanovakan aku. Padahal dulu aku yang setia dengan dia!" Bebel Jun tak jelas. Tangannya yang sedang memegang pen itu laju saja menconteng buku di hadapannya.

Aejung jeling Jun. Saja dia pekakkan telinga, buat-buat tak dengar sindiran bekas kekasihnya itu.

"Haah, Chan berdua je dengan Jun hyung dekat studio. Yang lain ada schedule lain. Wonwoo hyung tak bagitahu Aejung ke yang dia dengan Gyu hyung join Pristin shooting variety show dekat Busan?" Soal Chan.

Aejung menggeleng. Seingat dia Wonwoo langsung tak ada mention apa-apa tentang jadual kerjanya.

"Hyung lupa kot..." Chan cuba bersangka baik. Padahal dalam kepalanya ada macam-macam sangkaan yang dibuat.

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAH." Jun tiba-tiba ketawa kuat, macam orang kena histeria. Aejung juih bibir. Dia tahu, Jun gelakkan dia.

"Halaaa kesiannn. Ada pakwe tak dianggap makwe. AHAHAHAHAHAHA KESIANNNN." Sengaja Jun ketawa kuat-kuat.

Aejung mendengus, geram. Beg kertas yang berisi bekal masakannya diletak kasar ke atas meja kopi.

"Dah la Chan. Aejung balik jelah macamni. Bekal ni Chan makan lah eh? Bye." Cepat-cepat Aejung angkat kaki dari studio itu.

Jun menoleh ketika Aejung keluar dari studio. Cepat-cepat dia meluru ke arah Chan yang baru hendak membuka bekal yang dibawa Aejung.

"Tepi sikit, aku nak tengok apa je yang dia masak." Kata Jun sambil dengan selambanya menolak Chan ke tepi. Dia membuka bekas berbentuk empat segi yang berwarna ungu itu.

"Hekelehh kimbap je punn. Cehh. Masa bercinta dengan aku kemain malas nak masuk dapur. La ni buat kimbap pun rajin. Cehhh." Mulut Jun terkumat-kamit mengutuk Aejung.

Chan di sebelah sudah kerut dahi. Bahu Jun ditepuknya, cuba mengalih perhatian lelaki yang sedang syok mengutuk bekas teman wanitanya tadi.

"Apa lah?" Tanya Jun yang rimas dengan tangan Chan di bahunya.

"Hyung, hyung gamon ke?" Tanya Chan dengan riak prihatin.

Dahi Jun berkerut. "Gamon? Mende tu?" Soalnya kembali.

Chan mengeluh. Dia memandang bekal kimbap yang dibawa Aejung sebelum kembali memandang Jun.

"Gagal move on. Hyung masih tak boleh move on dari Aejung ke?" Tanya Chan, straight to the point.

Jun mula emosi. Dia mengambil sepotong kimbap dari dalam bekas bekal itu sebelum disumbat ke dalam mulut Chan.

"DIAM LAH. KAU BUDAK-BUDAK, APA TAHUUUU."

Dan tika itu Chan yakin 100% Jun memang gagal move on.

Good To Me | WonhuiWhere stories live. Discover now