7

303 97 140
                                    

Masuk hari ini sudah 5 hari Aejung kena bluetick dengan Wonwoo. Mula-mula dia dapat dua tanda biru sahaja. Tapi lama-lama dia dapat dua tanda kelabu, seterusnya satu tanda kelabu dan ya profile picture serta info WhatsApp seorang Jeon Wonwoo sudah hilang dari radar telefon murahan Aejung.

Siapa yang tak bengang bila boyfriend sendiri layan kau macamtu? Sudah pastilah Aejung bengang tahap dewa! Tapi apa je pun yang boleh dia buat?

Nak ke studio serang Wonwoo pun sia-sia sahaja. Teman lelakinya itu masih belum pulang ke Seoul. Nanti jumpa Jun, lagi teruk Aejung kena kecam dengan reader sebab dah tentu-tentu Aejung akan mengutuk bekas teman lelakinya itu.

"Haih... Padan lah muka kau, Yoon Ae Jung. Dah elok-elok couple dengan Jun kau mintak putus. Dah lah copypaste ayat Twitter! Sekarang mendapat lah kau, jadi makwe yang tak dianggap macamni." Keluhnya sendirian. Ketika itu Aejung sedang berada di dalam bilik tidurnya.

Iya, dia sedang menjalankan aktiviti mereput di dalam bilik untuk sehari suntuk itu. Nak pergi kafe, hari ini SVT Café tutup gara-gara kakak sepupunya Aera itu nak keluar dating dengan kekasih hati, Joshua yang baru dapat cuti dari jadual padat SEVENTEEN.

Bila teringatkan Aera dan Joshua yang tengah dating dan menikmati quality time bersama sebagai pasangan kekasih membuatkan Aejung mengeluh berat. Dia menekup mukanya ke bantal sebelum menjerit sekuat-kuatnya.

Skrin Samsung Galaxy J2 Prime yang storage selalu buat hal itu ditenung kembali. Chatroom dengan Wonwoo itu dipandang dengan muka menyampah.

"Kau pergi mana duh, Jeon Wonwoo? Dah 5 hari langsung takde khabar berita. Jangan cakap call, chat aku pun dapat satu tick je! Kau kalau dah tak sayang aku, cakap face to face, tak payah hilangkan diri macamni mangkukkk!!!" Aejung membebel sendirian sebelum telefon itu dicampak selamba ke sisi. Mukanya kembali ditekup ke bantal sebelum dia kembali menjerit, meluahkan segala rasa tak puas hatinya pada manusia yang bernama Jeon Wonwoo itu.

Wasep!
Wasep!

Line!
Line!
Line!

TweetTweet
TweetTweet
TweetTweet

Dahi Aejung berkerut apabila telefonnya tiba-tiba memekak macam tak ada hari esok itu. Tangannya menggagau ke sisi, cuba mencari telefon tak berapa nak pintarnya itu sebelum dia melihat gambarnya bersama Jun yang menjadi lockscreen wallpaper telefonnya itu.

Iya, memang dia tak tukar gambar pun sejak putus dengan Jun. Alasannya? Dia cantik dalam gambar tu. Nak crop muka Jun tepek gambar Wonwoo, tapi dia takde aplikasi PicsArt. Nak didownload, storagenya menganjing. Lastnya dia biar je gambarnya bersama mantan terindah jadi lockscreen wallpaper.

"Wolfgalaxy88 mentioned you..." Aejung membaca notifikasi yang muncul di notification bar itu.

"Aku kena kecam lagi ke??" Soal Aejung sendirian. Tangannya laju sahaja mengswipe screen dan mengisi kata laluan telefonnya sebelum akhirnya dia ternganga melihat apa yang disajikan untuknya setelah membuka aplikasi ikon burung biru itu.

JEON WONWOO RUMORED TO BE DATING A PRISTIN MEMBER, [read full article]

wolfgalaxy88 mention you ; @aehoneydeww Oi Jung! Ni bukan pakwe kau ke? Uwuwuwuwu kena karma ke tuuuu

jWW_fan commented ; kalau benda ni betul, padan la muka si @aehoneydeww tu sebab sakitkan hati Jun Oppa dulu.

wenjunhuiFC replied ; Semoga berita ni betul!! Biar padan muka Yoon Aejung tu!!!

Muka Aejung merah padam menahan marah membaca tweet yang muncul di skrin telefonnya itu. Tanpa fikir panjang alat komunikasi itu dicampak ke dinding, habis terburai segala isi Samsung Galaxy J2 Prime itu ke lantai.

"JEON WONWOO SETANNNNN SAMPAI HATI KAU BUAT AKU MACAMNIIIIIII TAK GUNA PUNYA WONWOO!!! LELAKI SEMUA SAMA JEEEE!!!!!"

Rasanya kau dah boleh agak kot apa yang akan jadi seterusnya??? Eheheheheheheheheh //wolfgalaxy88 ketawa jahat//

Good To Me | WonhuiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang