"BANG, NAK PINJAM PHONE!" Jeonghan yang baru sahaja keluar dari bilik air terkejut bila Aejung menerjah masuk ke dalam bilik tidurnya.
"KAU TAK RETI NAK KETUK PINTU DULU KE SETAN?" Sungguh! Takde niat Jeonghan nak setankan adik sendiri tapi nak buat macam mana lagi? Adiknya itu memang layak dicop setan.
"Diam. Adik tengah emo ni. Mana phone abang? Nak pinjam. Urgent! Ni antara hidup dan mati Aejung tau." Balas Aejung serius.
"Why so serious, duh?" Bebel Jeonghan sebelum dia menapak ke katil dan mencapai telefon yang memang dia selalu letak bawah bantal.
"Nah.. kau jangan bukak yang bukan-bukan eh dik. Abang lesing karang kalau ada yang pelik-pelik dalam phone tu." Ucap Jeonghan sambil menghulurkan telefon mahalnya kepada Aejung.
"Diamlah bang. Orang tengah mental ni." Balas Aejung sebelum dia menyambut huluran telefon dari abangnya itu. Aejung mengucapkan terima kasih pada Jeonghan sebelum melangkah keluar dari bilik tidur abangnya itu.
Dia segera kembali ke bilik tidurnya. Bangkai Samsung Galaxy J2 Prime yang tergeletak di atas lantai itu tidak diendahkannya. Aejung segera membuka aplikasi twitter dan melog masuk ke akaunnya. Tanda loceng segera disentuhnya, dan taraaaa---
Terpampang begitu banyak notifikasi orang-orang menyebutnya di dalam tweet mereka.
PrisVenteen_Nation tagged you in picture;
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
[ tagged aehoneydeww, jeonwonu & YebinRena ]
"Oh my God!! PrisVenteen is sailinggg 😍😍😍😍 @aehoneydeww padan muka kau! Wonwoo deserves better than you bitch!"
"HAKALAHH GAMBAR EDIT JE PUN SIBUK NAK TAG TAG AKU APAHAL??" Maki Aejung. Butang "block this person" segera ditekannya. Kemudian dia beralih kepada notifikasi seterusnya.
wolfgalaxy88 mentioned you in their tweet;
"@aehoneydeww so Aejung, apa kata anda tentang rumor Seventeen Wonwoo dating a Pristin member tu? HAHAHAHAHAHAH PADAN MUKA KAU KENA KARMA!!"
"MAMI NI MEMANG MINTAK KENA BLOCK SEKALI KE?!!" Aejung nyaris mencarut kepada user bernama wolfgalaxy88 tersebut. Ikutkan hati nak je dia block sekali akaun twitter wolfgalaxy88 itu tapi dia tak mahu kena cop anak derhaka jadi dia biarkan je tweet itu tergantung sepi.
Jarinya menyentuh skrin iPhone Jeonghan, mengscroll notification yang berlambak itu sehinggalah jarinya terhenti apabila dia melihat satu notifikasi yang sangat menyakitkan mata (dan juga hati) yang terpapar di skrin telefon abangnya itu.