6

335 90 119
                                    

"Amboi Jung... Kemain masam mencuka muka kau. Bergaduh dengan Jun lagi ke dekat studio tadi?" Tegur Im Aera, kakak sepupu Aejung yang merupakan pemilik SVT Café tempat Aejung melepak sekarang ini.

Yoon Aejung mencebik bibir sambil menongkat dagu di meja kaunter itu. Dia memandang Aera yang sedang ralit menyusun biskut yang baru dibakar di tempat pameran kaca itu.

"Kak, kalau lelaki tu betul sayangkan kita, dia akan bagitahu kita pasal semua benda kan?" Tanya Aejung tiba-tiba.

Aera yang baru selesai menyusun biskut berkerut dahi. Dia menoleh ke arah Aejung yang sedang menunggu jawapan daripadanya itu.

"Kenapa tiba-tiba je engko tanya macamtu??" Soal Aera kehairanan.

Aejung mengeluh buat ke sekian kalinya. "Wonwoo tak bagitahu pun dia shoot variety show baru dengan Pristin." Balasnya dengan nada sedih.

Aera berdecit. Dia ingatkan sebab apa, rupanya hanya kerana hal itu.

"Alah dia lupa lah tu nak bagitahu kau. Ingat kerja jadi idol ni senang ke?" Balas Aera ringkas.

"Tapi dah dua hari kak, orang chat dia tak balas pun. Bagi bluetick je kerjanya. Tahu lah dia artis tapi tak payah la bluetick girlfriend sendiri! Busy sangat ke dia dekat Busan tu?" Lagi-lagi Aejung membebel.

Aera menjeling adik sepupunya itu. Tangannya lincah menyusun tisu di setiap meja dalam kafe itu. Geram juga Aera dibuatnya.

Aera ingatkan Aejung datang ke kafe untuk membantunya, alih-alih dia kena dengar luahan hati adik sepupunya itu pula. Tak pasal-pasal Aera jadi kaunselor tak berbayar untuk Aejung pada hari itu.

"Kau sebenarnya bukan kisah sangat pasal Wonu tak bagitahu dia ada kerja kan? Kau takut dia curang dengan member Pristin je kan?" Soal Aera tiba-tiba.

Muka Aejung bertukar semakin keruh. Tak suka betul bila Aera berjaya teka apa yang tersurat di dalam hatinya dengan betul.

"Yelah, kak! Dah la member Pristin tu semua lawa-lawa. Kyulkyung tu lagilah lawa takleh bawak bincang. Macam mana kalau Wonwoo tetiba jatuh hati dekat diorang? Macam mana kalau dia curang? Lepastu mintak putus dengan saya macam manaaaaaa" lagi-lagi Aejung meroyan.

Aera menyusun tisu yang terakhir di atas meja sebelum menoleh ke arah Aejung.

"Kalau betul jadi macamtu, padan la muka kau! Karma sebab kau buat jahat dekat Jun my lovely son!" Ucap Aera, tiba-tiba emosi.

"Eonnieeeeee!!!" Aejung protes dengan suara meleret. "Kak pun nak salahkan orang jugak keee?" Soal Aejung, tak puas hati.

Aera mengangguk. Dengan muka tak bersalahnya dia menjawab "Iyaaa, memang kak salahkan kau pun!" untuk soalan Aejung tadi.

"Ish tak suka ah macamni. Orang nak balik ah!" Aejung berura-ura hendak bangun. Aera terus menapak ke kaunter tempat Aejung duduk.

"Engko balik pun apa je kau boleh buat? Nak pergi studio, bukannya Wonu ada kat situ pun. Lagipun Jeonghan Oppa dah suruh kak bagi kau kerja harini. Dia tak nak tengok adik kesayangan dia yang bengap ni mereput takde life sebab Wonwoo takde kat Seoul." Bebel Aera.

Aejung mencebik bibir. Baru je bangun tadi, dia duduk kembali. Lagi-lagi dia mengeluh bila terkenangkan layanan Wonwoo padanya sejak 2 hari kebelakangan.

"Kau ni Jung... Tak percayakan Wonwoo ke?" Tanya Aera. Hairan dia dibuatnya.

Buat apa bercinta kalau saling tak percayakan satu sama lain?

"Bukan tak percayakan dia la..." Balas Aejung dengan suara yang mengendur. Sebelah kening Aera terangkat, dia berpeluk tubuh memandang adik sepupunya itu.

"Dahtu? Apa yang kau susah hati sangat Wonwoo dengan Pristin tu?" Soal Aera lagi.

"Sebab hati manusia ni berbolak-balik. Memang lah orang risau. Sedangkan masa orang bercinta dengan Jun dulu pun senang je berubah hati, tersuka dekat Wonwoo. Tak mustahil kalau Wonwoo boleh jadi macamtu jugak kan?" Balas Aejung, geramkan diri sendiri.

Aera diam. Dalam hati diam-diam dia aminkan kata-kata Aejung itu. Bukan apa, Aera cuma tak gemar dengan sikap Aejung yang tak tetap pendirian itu. Bagi Aera, lebih baik Aejung rasa apa yang Jun rasa dulu biar budak tu reti nak insaf.

--

Ha join la Aera aminkan doa dia tu 😂😂😂 aku tak sangka siot Aejung kena kecam teruk macamni HAHAHAHAHAHAHAHA ini first time duh aku buat story watak heroin annoying nak mampus macamni dan lepastu dia dikecam teruk dengan readers 😂😂😂😂😂😂

Btw Im AeRa dilakonkan oleh Emmaknya SEVENTEEN dan para Carat group You Made My Dawn MrsMinChen iloveu Kak Lia mwahhh

Good To Me | WonhuiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang