13

282 82 138
                                    

Jun berkerut dahi sebaik sahaja melihat keadaan membernya di dalam bilik latihan itu. Di tengah-tengah ruangan ada Woozi dan Vernon yang khusyuk bermain kad UNO berdua, seakan-akan dunia milik mereka berdua.

Di hujung sudut bilik pula ada Joshua yang sedari tadi asyik menyanyikan lagu "Sunday morning rain is falling~" sambil berhuhu yang entah sebab apa, Jun pun tidak tahu.

Seungkwan, Seokmin dan Hoshi pula sudah terbaring tak sedarkan diri berdekatan dengan Woozi dan Vernon. Mungkin kerana penat bermain kad dengan Woozi dan Vernon sejak tadi.

"Mana The8?" Tanya Jun apabila menyedari seorang lagi member SEVENTEEN tiada di dalam bilik latihan itu.

"Kan dia sibuk shooting untuk Idol Producer. Lupa lah tu." Seungcheol yang baik hati menjawab soalan Jun itu.

"Jun, hyung harap kau boleh kawal emosi kau lepas dengar penjelasan dari pihak Wonwoo nanti. Tak kiralah apa keputusannya nanti, hyung tak nak kau buat kerja gila. Faham?" Seungcheol menepuk bahu Jun, memandang lelaki itu dengan wajah penuh harapan.

"Aku tak janji hyung." Balas Jun dengan muka selamba. Seungcheol tarik tangannya semula sambil mengeluh pendek.

"Thursday morning rain is falling~~" Suara Joshua menyanyi menarik perhatian Jun semula. Dia memandang Joshua yang sedang duduk di hujung sudut sambil memeluk kedua belah lututnya itu dengan muka pelik.

"Kenapa dengan Shua hyung sebenarnya ni???" Tanya Jun. Chan di sebelah mengeluh pendek.

"Dia broken baru lepas putus dengan Aera Noona tadi." Jawab Chan. Jun terus menoleh ke sebelahnya.

"Putus?? Apesal pulak diorang putus? Shua hyung curang ke? Ke Aera yang ada pakwe lain?" Tanya Jun dengan bermacam-macam andaian.

"Oi agak ah. Aera bukan macam Aejung yang boleh tersuka dekat orang lain masa tengah bercinta!" Joshua yang mendengar suara Jun tadi angkat muka. Dia jeling Jun dengan tajam sebelum menyambung nyanyiannya dalam versi "Friday morning rain is falling"

Jun berdecit, konon terasa dengan jawapan Joshua tadi. Chan di sebelah dipandangnya, mengharapkan si bongsu yang paling waras itu membuka cerita.

"Aera Noona kan sayang Aejung. Jadi bila dia tengok Aejung kena kecam teruk dengan warga internet sebab putus dengan hyung lepastu bercinta dengan Wonu hyung, buat Aera Noona takut kalau satu hari fans gali cerita cinta member SEVENTEEN yang lama-lama. Sebab tu Aera Noona mintak putus dengan Shua hyung." Jelas Chan panjang lebar.

Jun sekadar mengangguk, tak tahu nak bagi respon apa. Belum sempat dia nak buka mulut tanya lebih lanjut, pintu bilik latihan mereka dibuka dari luar dan menampilkan Wonwoo dan Mingyu dari balik pintu.

Hati Jun terasa panas tiba-tiba sebaik sahaja melihat wajah selamba Wonwoo itu. Entah syaitan mana yang menghasutnya tika itu, laju sahaja Jun menerpa ke arah Wonwoo sebelum,

Dush!!

"UNO CARD, UNO GAME!!"

Wonwoo yang baru sahaja tiba di bilik latihan terus tersungkur ke lantai setelah menerima penumbuk sulung daripada Jun. Kebetulan Woozi dan Vernon yang sedang bermain kad UNO menjerit serentak ketika Jun menumbuk Wonwoo.

Seungcheol memandang Woozi dan Vernon dengan penuh geram sebelum cuba menenangkan Jun yang kelihatan seperti sudah hilang akal waras itu.

"Uyyoo diorang bukak gelanggang WWE siot..." Komen Joshua apabila melihat Wonwoo bangun dan menumbuk Jun kembali.

Lee Chan cuba meleraikan pergaduhan kedua hyungnya namun segera dihalang oleh Jeonghan. Sebelum lelaki itu mengheret Chan dan Seungcheol menjauh daripada Jun dan Wonwoo yang sibuk bertumbuk itu. Mingyu yang terkebil-kebil di muka pintu bilik latihan itu segera melarikan diri dari tempat kejadian. Takut kalau dia pula yang jadi mangsa Jun Wonwoo.

"Hyung! Kita kena leraikan mereka berdua kalau tak habis lah lebam muka masing-masing nanti." Chan protes tak terima bila dirinya ditahan oleh Jeonghan.

Namun lelaki cantik yang merupakan abang kepada seorang perempuan sewel itu kelihatan begitu tenang. Dia memandang Jun dan Wonwoo yang sedang asyik bergaduh itu seakan-akan ianya perkara biasa.

"Diorang anak jantan. Biarkan diorang bergaduh bertumbuk sekalipun. Kita duduk diam-diam, biar mereka selesaikan masalah mereka sendiri." Balas Jeonghan. Mingyu sudah menyorok di belakang lelaki itu, tak sanggup hendak melihat acara tumbuk-menumbuk antara Jun dan Wonwoo itu.

"Aku ingatkan kau boleh jaga dia dengan baik! Tapi kau lukakan hati dia! Nak sangat buat skandal, tak payah buat dekat tempat public lah setan!!" Maki Jun. Kolar baju Wonwoo dicekaknya. Dia memandang Wonwoo bagai hendak ditelan sahabatnya itu hidup-hidup.

"Dengar dulu apa aku nak jelaskan, setan! Bagi aku peluang untuk cerita perkara sebenar! Pasal skandal aku dengan Rena. Pasal aku dengan Aejung!" Bentak Wonwoo. Jun ketawa sinis, kolar baju Wonwoo yang sudah tercemar dengan noda darah itu dilepaskan.

"Kau nak jelaskan apa lagi? Gambar-gambar yang fans upload dekat internet tu tak cukup jelas lagi ke? Kemain kau berpeluk sakan dengan dia masa dekat Busan! Kau pergi kerja ke pergi honeymoon?" Sindir Jun. Wonwoo mengeluh. Dia memandang Jun dengan mata yang berkaca.

"Aku dengan Yebin tak ada apa-apa hubungan. Pasal gambar tu, memang aku mengaku aku berpeluk dengan Yebin tapi tu semua sebab skrip!! Kau tak percaya, kau boleh tanya PD show tu. Fans yang ada dekat situ tak tahu ada hidden camera. Jadi diorang main assume aku dengan Yebin ada hubungan sebab skinship tu!" Jerit Wonwoo, kesal. Dia sudah mula hilang sabar dengan Jun.

"Hidden---camera???"

Jun tersentak. Dia memandang Wonwoo, cuba mencari kebenaran dalam kata-kata sahabatnya itu. Disebalik wajah Wonwoo yang berlumuran darah itu dapat Jun lihat keseriusan lelaki itu dengan kata-katanya tadi.

"Pasal aku dengan Aejung, ya memang aku mengaku aku sukakan dia. Tapi suka tu cuma sekadar suka sebagai kawan. Kau tahu kenapa aku terima dia lepas dia putus dengan kau, Jun??" Lagi-lagi Wonwoo bersuara. Jun yang sedang mengelap darah di hujung bibirnya tersentak buat kali kedua.

"Apa maksud kau??" Soal Jun. Wonwoo menepuk bahu kawan baik sehidup semati kubur lain-lainnya itu.

"Aejung sakit, Jun. She's dying... Dia mintak putus dengan kau sebab dia nak jauhkan diri dari kau. Bukan sebab dia betul-betul sukakan aku. Aku tahu dia masih sayangkan kau. Tapi dia tipu diri dia sendiri, konon-konon dia bahagia dengan aku." Dan akhirnya Wonwoo bercerita tentang rahsia yang telah dia pegang sejak dia dan Aejung jadi pasangan kekasih.

"Apa yang kau mengarut ni?" Jun terkedu setelah mendengar penjelasan dari Wonwoo.

"Kau cakap apa tadi Wonwoo? Aejung sakit? Adik aku sakit?? Kenapa aku tak tahu apa-apa? Apa semua ni?" Jeonghan yang tadinya tenang mula menerpa ke arah Wonwoo. Bahu adiknya itu dicengkam kuat.

"Iya hyung, Aejung sakit. Dia didiagnos menghidap kanser hati, dah tahap 4. Aejung cakap... bila-bila masa je dia boleh pergi tinggalkan kita semua----"

Pang!

Buat kali kedua pada hari itu Jeonghan menampar orang.

----

MANAAA YANG DOK KECAM AEJUNG HARITUUU? Aiyokkk aiyokkkk rasa bersalah takkkkkkk

Good To Me | WonhuiWhere stories live. Discover now