" Assalamualaikum, bang. Datang la rumah. Aku kat rumah ni. "
" Waalaikumussalam, tak nak la. Nanti diorang marah macam mana?"
" Takde takde. Kau datang. Cerita dah nak habis ni, tak payah nak mengada. Kenalkan diri sebagai abang mereka je la. Apa susah"
" Banyak la kau tak susah. Ye lah. Nanti aku sampai. Jangan lupa bawak bakal adik ipar aku sekali. "
" Cis tak guna. Ye lah. Datang.. kalau tak, aku sepak kau. Bye. Assalamualaikum"
" Yelah! Bye! Waalaikumussalam.."
Uh!
" Mintak datang je pun. Bukan suruh lawan. Sekarang.. aku nak masak!! " Lana Qashrina memandang barang yang di beli tadi sebelum sampai ke rumah. Dia nak buat kejutan yang hebat buat adik adik dia.
" Nak masak apa? Herm.... Hah!! Dah tahu!"
Bahan di sediakan. Aktiviti memasak di mulakan!
. . . . . . . . . . . . . .
" Bang!!!! " Tembakan di lepaskan! Geram! Dia masih tak puas hati!!!
" KENAPA!! KENAPA TERLEPAS!!" dia menjerit sekuat hati. Melepaskan geram. Dia rasa, sikit saja lagi dia nak tamatkan riwayat orang tu! Erggh!!! Kenapa dia terlepas!
Ubat di almari diambil dan telan beberapa biji. Tenang..
Tenang yang dia rasa. Tiba tiba.
"HAHAHAHHAHAHAHA!! HAHAHAHAHAH! " Dia ketawa terbahak-bahak. Lebih kepada mengilai sebenarnya.
Dia siapa?
Dia adalah Zara Irdina!
. . . . . . . . . . . . . . .
"Assalamualaikum.. " berkerut muka Luqman Aizat bila lihat keadaan rumah yang terlebih kemas dan terang benderang.
" Acik tak tutup lampu ke tadi?" Luqman Aizat pandang Laura Qismina.
" Mana ada, acik tutup la.. takkanlah siang siang nak pasang lampu. " Laura Qismina menjawab pantas. Suka hati angah jer nak salahkan orang.
" Kita ada apa apa ke yang membolehkan lampu pasang sendiri waktu malam?" Kali ni, Luqman Aizat pandang Lina Qatrina pula.
" Angah.. walaupun alang ni cipta macam macam benda pelik.. takkan la setakat nak tutup lampu pun nak guna teknologi jugak, tu pemalas bukan bijak. " Lina Qatrina berkata terus masuk ke dalam. Tak hirau dengan adik beradiknya yang lain.
" Dah la Adik nak masuk, kalau angah nak duduk sorang sorang kat luar, suka hati." Selamba si kecik Lukman Syariff melangkah masuk.
" Assalamualaikum.."
" Waalaikumussalam.. abang Farhan?? Kenapa datang? " Soal Luqman Aizat bingung.
" Qash jemput.. masuk jom."
" Hah???! "
. . . . . . . . . . . . . .
" Makan laa, kak long masak banyak kot." Lana Qashrina pelawa semua makan.
Semua adik beradik dan papa Yusof pun ada. Farhan dengan ibu dan Fakrul pun ada. Cuma... Yang tak da sorang lagi jer ni...
Izman Bakhti
Siapa dia??? Dia keluarga kami..
" Kak, kau dah tak pergi dah kan? " Soal Luqman Aizat.
" Erm, nanti.. untuk kali terakhir. Tapi dengan korang.. nnti kita bincang.. sekarang ni kita makan. " Ye laa.. nak bincang kat situ.. ada bakal mak mertua pulak.. heheheh.
YOU ARE READING
Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)
RomanceMenjadi seorang polis adalah cita cita serta tanggungjawab yang besar dan keseronokan bagi Akma. Tapi, tidak pada umi dan abah Akma yang sering risau akan dirinya. Jadi, abah mengambil keputusan untuk mengajar Akma seni mempertahankan diri sebelum m...