" aku nak semua dadah dadah ni.. ko hantar dekat bahagian 'A' dekat area Klang sane. Faham tak!!" Lion memberi arahan. Sah, keturunan singa. Suka jerit jerit, tengking tengking.
Aku hanya diam, dan menjalankan kerja aku sahaja. Memasang perakam suara di belakang almari ini. Perakam ini kecik je. Tapi.. dia boleh merakam sejauh 2km. Wow! Hebat kan.. sangat..
" Baik bos... " Orang bawahan itu hanya mampu mengikut apa saja yang diarahkan bosnya. Melawan? Nak mampus!?.
Sejurus itu, Lion melangkah keluar.
Klik
Pintu di kunci dari luar. Haa sudah.. macam mana nak keluar ni??
Aku dan lelaki di sebelah ni, keluar daripada tempat persembunyian kami. Panas! Serious panas bila pakai baju tebal tebal, menyorok belakang almari. Walaupun bilik ni ada pendingin hawa, keadaan kami yang duduk di tempat sempit telah menyebabkan udara menjadi panas.
" Oit, kau siapa eh?" Soal aku pada lelaki tadi setelah keluar dari belakang almari.
Aku memandang tajam ke arahnya. Dia? Dia buat bodoh.. je.. menonong dia pergi ke arah sofa yang terdekat dan duduk sementara di situ." Oii aku tanya nii dengar tak?"
" Iya.. aku dengar.. aku bukan nya orang jahat.. aku polis.." ucapnya malas semalas malasnya..
" Ouh, pangkat ape? " Soal aku lagi.
" Hmm sarjan.."
" Iya ke?? Kenapa tak nampak macam seorang sarjan pun.."
" Heh, habis tu ko nak suruh aku datang sini pakai baju polis?? Macam tu? " Soalnya sinis.
" Hehehe takde lah.. selalunya.. sarjan.. kenalah tegas, nampak hebat, nampak di geruni, hah! Tak pun.. hensem.." Aku berkata selamba, walaupun aku tahu, dia hensem.. tapi, memang tak lah aku nak mengaku.. kan, kan?
" Jap, aku ni tak nampak hebat ke? Kau tak gerun tengok aku? Aku ni tak cukup hensem ke?" Lelaki itu telah menyoal untuk setiap kenyataan yang telah aku berikan. Dia berkata sambil mengerutkan sedikit dahinya dan berkata dengan alunan suara yang sedikit.... Sedikit.. sedikit.. tidak percaya.
" Heh, tak pun. Aku langsung tak gerun, aku langsung tak takut, kau langsung tak nampak hebat. " Heh, sarjan je.. tu pun nak berlagak. Ucap aku dengan lagak. Huahuahuahua.
"Kau ni kan....." Dia bangun dan mendekati aku perlahan lahan.. aku? Aku pun mendekati dia jugak. Mesti korang ingat aku undur kan.. hehehehe..
Dia menapak satu persatu ke arah aku.. aku terus berjalan seperti biasa dan melepasi dia. HAHAHA lantak aku lah..
" Kau nama ape eh? " Aku menyoal nya setelah selamat duduk di sofa yang lelaki itu duduki tadi. Dia? Dia memusingkan badannya supaya menghadap aku dan muka dia berkerut bila tengok aku..
" Pasal apa muka kau merah tu? Kau marah ke?" Soalan yang memang mintak kaki aku tanya kan kepadanya. " Eh, tak, tak marah pun.. cuma.. panas sikit.. sebab rasa membahang. " Nafinya sedikit menyindir.
" Ouh.. banyak dosa kot.. nama kau apa? Kau buat apa kat sini?" Aku selamba berkata dan mengulangi kembali soalan yang tidak dia jawab tadi.
" Nama aku Farhan Farish. Panggil aku Farhan. Aku sedang siasat satu kes.. so, aku ceroboh tempat ni." Dia menjawab soalan aku setelah berjaya kurangkan amarah.
" Ouh... Kau ceroboh.. aku masuk tempat ni senang je.." Aku bercakap dengan lelaki nama Farhan ni, macam cakap ngan budak budak. Lembab betul otak dia.. tapi macam mane boleh jadi sarjan?
" Kau buat apa? Kau goda bos diorang?" Tuduh Farhan.
" Otak kau hitam! Aku kena culik ngan dia orang lah!" Marah aku. Suka hati nenek moyang dia je.." Ouh.. hehehe.. kau, nama ape?" Soalnya ingin tahu. " Nama aku? Panggil aku Akma je.. " releks aku berkata. Lek arr benda boleh releks buat apa nak kalut kan?
" Ouhh, weih, Akma, kau buat apa kat sini eh? Tak takut ke? Kau tak panas ke pakai mask, hoodie lagi.. tak rimas? " Soalnya pelik. Memang semua orang akan pelik kalau aku ni tak takut. Yelah.. aku kena culik, pastu.. aku ni perempuan. Tapi aku bertuah lah.. dia orang tak pengsan kan aku. Huhuhu~
" Tak, ni memang cara aku. Aku selesa macam ni." Soalan nya yang pertama, aku biar tak berjawab. " Ouh... Kenapa tak takut?" Soalnya lagi.. serius arr, mamat ni banyak tanya?
" Adeh, banyak tanya betul lah kau ni.. senyap senyap dah lah.. " aku menjeling dia yang dah duduk di sebelah aku dengan selamba nya...
" Tanya sikit pun tak boleh" dia merungut sambil mencebik sedikit mulutnya. " Bantuan akan tiba tak lama lagi" aku bersuara tiba tiba setelah masing masing mendiamkan diri. Farhan memandang aku pelik.
" Bantuan ape ni? " Soal Farhan. " Kau nak keluarkan? Kalau nak keluar, duduk diam diam.. rehat kan diri, kejap lagi kita nak bertarung." Aku bercakap sambil berpesan tanpa memandang sedikit pun ke arah Farhan." Maksud kau?"
" Tengok lah nanti.. "
"okay..." Farhan hanya menurut dan memejamkan mata. Dia membuka kembali matanya bila aku mula mengira.
" Lima, empat, tiga,dua,satu. Dan..."
Bang bang!!
Bunyi tembak menembak dari arah bawak kedengaran. " Bantuan dari mana ni Akma woii" soalnya pelik sedikit cemas. " Alah.. geng kau jugak lah, polis. Aku call polis."
" Ooo.. bagus bagus."
" Hmm"
" Tolong aku bukak pintu ni Farhan, Farish. " Kedua dua namanya aku sebut nak mintak tolong punya pasal." Okay.." dia memasukkan satu kunci ke dalam lobang dan..
Klik
Pintu terbuka. Farhan mendahului aku. Aku menarik keluar pistol dari poket seluar belakang. Nasib baik dia orang tak perasan aku bawak pistol.
Aku menuju ke arah kanan. Meninggalkan Farhan yang menuju ke arah kiri. " Akma, ikut aku, jangan jauh dari aku. Bahaya.." apabila tiada sahutan. Farhan berpaling ke arah belakang dan kelibat Akma tidak kelihatan " mana minah ni pergi?" Melilau mata nya memerhati keliling,dan.. " kat situ rupanya kau." Kelihat Akma sedang berjalan perlahan lahan ke arah bertentangan. Arah orang ramai.
Kalut Farhan pergi ke arah Akma, tapi, apa yang dilihatnya membuatkan dia tergamam. Orang orang jahat ni, semua dah tumbang. Wow!! Hebat.
Bunyi tembakan semakin berlarutan dan semakin kuat. Dah mula.. desis hati Akma. Senyumannya di sebalik mask hitam yang dipakai ini, sungguh... Lain.. menyeram..kan..
Farhan masih lagi kaku di tempatnya berdiri setelah melihat semua mafia mafia ini tumpas di tangan Akma. Siapa gadis ni yang sebenarnya.?
Akma menghampiri Farhan tanpa di sedari oleh Farhan yang sedang leka berfikir itu.
Papps
Petikan di wajahnya menyedarkan Farhan dari lamunannya itu. " Kau ni sape eh?" Soal Farhan curiga.
" Aku? Aku Akma lah. Orang biasa je.. takde nya hebat hebat macam kau." Dalih Akma selamba. Kesah pulak aku.
" Iya lah.. tapi kau..." Belum sempat Farhan menghabiskan ayatnya, Akma menekup mulut Farhan dan menariknya supaya bersembunyi di sebalik dinding.
"Kau pahal tarik tarik aku ni?" Soal Farhan dengan nada tertahan tahan, tapi hanya untuk pendengaran Akma sahaja, sangat perlahan.
Nak cakap kuat kuat? Gila ke, Dah lama hidup?
" Tu pandang sane tu, kan ramai tu, kalau setakat ramai aku langsung tak kesah. Ni, dia orang semua bawak senjata. Mau mati? Kalau nak, aku nak kau lawan dia orang sementara aku lari." Sinis Akma berkata kata. Ingat dia heran?
" Aku kira sampai tiga kita serang, macam mane? Okay? " soal Akma kepada Farhan.
"Okay je.. pastu kita nak buat ape?" Soal Farhan kembali, menanyakan misi seterusnya. " Pastu, kita pergi cari tuan Yusuf. Kita tolong dia orang pulak"
" Kau kenal tuan Yusuf?? " Farhan menyoal bingung. Macam mane dia boleh kenal tuan Yusuf?
" Nanti kau akan tahu jugak. Okay tak rancangan aku sarjan Farhan?" Sedikit memerli sebenarnya.
" Okay je.."
" Baik lah, bersedia, satu, dua, tiga, serang!!"
YOU ARE READING
Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)
RomanceMenjadi seorang polis adalah cita cita serta tanggungjawab yang besar dan keseronokan bagi Akma. Tapi, tidak pada umi dan abah Akma yang sering risau akan dirinya. Jadi, abah mengambil keputusan untuk mengajar Akma seni mempertahankan diri sebelum m...