bab 29

810 52 2
                                    

Mana dia... Mana dia ni.. aku rindu dia.. dah lama dia tak datang.

" Huh~" Buat entah yang ke berapa dia telah mengeluh. Bukan apa, pemilik hatinya telah lama tidak datang menjenguk.

Kini, dia telah sedar setelah kes kemalangan itu berlaku. Dia koma dalam empat hari dan kini, hari ke dua dia sedar dan kelibat yang di nanti masih tidak muncul muncul.

" Tak payah laa mengeluh bang. Dia datang jugak nanti. " Suara dari arah pintu menyentakkan Farhan dari lamunan.

" Bila??" Soalnya

" Bila bila dia nak. Ada la tu hal dia nak buat. " Fakrul berkata selamba. Plastik di tangan di letakkan di meja sisi katil.

" Benda ape ko bawak tu." Soal Farhan ingin tahu. Dia cuba mengabaikan rasa hampa bila mengetahui jawapan adiknya begitu.

" Ouh, ni buah sikit. Kau nak ke? " Fakrul mula mendekati Farhan.

" Tak nak.. " Selepas itu, Farhan terus sambung tidurnya. Pura pura tidur sebelum sambung berangan bila Fakrul mula mengabaikannya.

" Qash..." Sebutnya berulang kali sebelum tertidur. Fakrul yang mendengar rasa nak hempuk kepala sebab kesal. Bukankah Farhan patut berselawat atau berzikir sebelum tidur? Ni kenapa laa pulak pergi sebut sebut nama anak dara orang. Haih..

" Si Qash ni pun... Nak pergi buat kerja pun.. takkan sampai nak. Tinggalkan orang. Nak dekat seminggu kot."

Selimut di tarik untuk menyelimuti abangnya. Muka abangnya yang berkerut sedikit itu merisaukan. Takut sakit. Lama kelamaan, kerutan mula hilang diganti dengan lena. Huh...

....................

" Woi. Lama tak datang. Asal tetiba ni?" Soal lelaki itu.

" Apa? " Soalnya selamba. Well dia memang kejam sikit.

" Kau ni...!" Segugus anggur di balingnya. "Makan!" Arahnya geram.

" Ha, ni aku sayang. Apa kau tanya tadi? Asal Lama tak datang? Biasalah orang berjaya seperti aku ni mana tak sebok." Jawabnya sambil menahan ketawa. Lucu dengan kebongkaan diri.

" Angkuh nya kau... Dah la! Kau nak apa ni? Selalu datang sini mesti ada aja sebab ." Soalnya terus.

" Ouh, selalu eh? Hehehe... Nak minta tolong ni.." senyuman di comel kan. Cuba meminta simpati agar dapat orang tersebut tolong dia.

" Aperrr" Mata di julingkan. Menyampah dengan riaksi adiknya itu. Walau bukan adik kandung. Dia tetap adik kesayangan nya.

"Tolong cari orang ni. " Dokumen yang memiliki identiti dan segalanya mengenai orang tersebut di hulurkan.

" Boleh aje. Tapi sape ni?" Soalnya sebelum mula membuka. Helaian pertama dokumen tersebut.

" What!!! Seriusly? Budak kot. Takkan tak boleh cari sendiri. " Lelaki tersebut memaparkan riak tidak percaya.

" Alaaa aku banyak kerja, tak sempat. Lagi satu, kau kan rajin sikit..  jadi tolonglah aku." Jawabnya cuba memujuk.

Haih lah adik...

Rasa seperti mahu hempas kepala di lantai. Pening dengan perangai yang pelik pelik.

Macam mana dia boleh ada adik macam ni?

"Erm.. boleh, tapi kenapa dah tak duduk dengan adik adik yang lain?" Soal lelaki itu.

" Aku tak nak bahayakan diorang. Aku tahu kau jaga kitorang dari jauh. Walau diorang tak tahu kewujudan kau, tapi aku tahu, kau tetap sayang kitorang. Sob sob.. nak nangis aku." Dihujung ayat ketawa di kuatkan. Dia memang dah tak malu kalau dengan abang sorang ni. Kegunaan serta keistimewaan matanya sudah jarang dia gunakan. Mata yang berwarna unik.

" Tahu pun. Dah pergi balik sana kau. Sebok jer kat sini." Lelaki itu menjelirkan lidah. Mereka berdua memang gila gila kalau bersua. Maklumlah, sentiasa bersama sejak kecil. Sampai sekarang tak pernah putus hubungan.

"Yelah.. tahu la ni. Nak balik dah pon, banyak lagi kerja. "

"Eh jap.. apa macam dengan kau punya pujaan hati.? " Soal si lelaki.

"Dia tetap mr captain aku. Hihi." Sebelah mata di kenyit kan sebelum berlalu.

" Huh! Menyampah!" Kata lelaki itu sebelum akhirnya dia ketawa.

"Lantak kau la dik..."

. . . . . . . . . . . .

"Huwaaaa!! Abang rindu Qash!!!" Farhan menjerit ke arah Fakrul. Macam orang kurang siuman.

"Ish, jangan la jadi gila. Adik adik dia pun tak jerit macam kau bang. Malu lah sikit dekat si kecik Syariff tu. Dia pun tak menangis. " Rasa macam tak nak mengaku abang pun ada. Dah mcm pondan abang dia ni menjerit.

" Ish, diam la kau. Stress laa. Bila boleh keluar ni? " Soal Farhan. Fakrul masih mendiamkan diri.

" Apa pasal diam kau ni?" Soal Farhan pelik. Sakit hati pun ada sikit, orang tanya dia diam. Fakrul masih mendiamkan diri.

" Argh!!!! " Terjerit kasar Fakrul bila kepalanya di ketuk dengan dulang besi.

"Apa fasal ketul kepala aku, kau ni bang!" Marah Fakrul.

" Ada pun suara, aku tanya tak nak jawab." Bebel Farhan.

"Dah kau yang tak bagi aku bercakap. Kau suruh aku diam kan tadi?" Fakrul terus bangun dari duduk bila Farhan mula mencapai dulang besi kembali.

" Kau ni! Keluar la sana." Halau Farhan.

" Memang nak keluar pun.."Fakrul menjelirkan lidah kepada Farhan.

" Apa pasal aku ada adik mcm ni? "

" Haish, Qash. Awak memang suka buat perkara semua sorang sorang Ker? " Fikirnya sendiri. Dia hanya diam dan menghadap pemandangan dari tingkap bilik di hospital itu.

. . . . . . . . . .

" Mina, tak rindu kakak kau Ker?" Soal Sarah. Dania dan Syira hanya mendengar.

" Rindu. Rindu sangat." Ringkas jawapan dari Laura Qismina.

" Tak nak cari dia?" Giliran Syira pula bertanya.

" Aku tak nak, sebab.. aku tahu kak long akan buat yang sebaiknya buat kami. Dia takkan tinggalkan kami jika dia tahu perkara itu tidak merbahaya. " Jelas Laura Qismina.

" Kau agak agak apa yang kakak kau siasat ya.." Dania bertanya.

"Erm, betul juga. Agak agak kau apa ya?"

" Aku... Tak tahu.. yang aku tahu, dia lagi bahaya dari Lion." Kata kata Laura Qismina membuatkan tiga sekawan itu meremang bulu roma.

" Haa sudah!" Syira tiba tiba menjerit.

" Apa sal kau ni?" Soal Sarah.

" Cikgu Mohd minta kita berempat berkumpul di bilik dia sekejap. Aku lupa nak bagi tahu. " Syira hanya tersengih. Dia berkemas untuk berjumpa cikgu tersebut. Yang lain turut melakukan perkara yang sama.

" Dah berapa lama cikgu panggil? " Soal Laura Qismina.

" Errr, sejam lebih yang lepas?" Syira tersenyum kekok. Yang lain sudah menepuk dahi memikirkan tahap lupa si Syira ini.

" MATI LA KITA!!" Mereka bertiga menepuk dahi sebelum menggeleng kan kepala. Syira hanya tersenyum sumbing. Rasa bersalah.

🌻🌻🌻🌻🌻🌻

" Mencinta jika hanya sekadar di mulut tidak membawa apa apa~
  Tapi, jika melalui doa, insyaallah akan sampai dan akan sentiasa di berkati~ "

🌻🌻🌻🌻🌻🌻

Bersambung~

Di sini nak maklumkan yang.... Cerita ni dah nak habis, lagi beberapa bab saja. Saya tak nak buat panjang panjang sangat bab. Sebab banyak lagi cerita lain yang tak sempat di sambung😅😂

Abaikan kalau ada typo 😂

Jangan lupa vote and comment. Pleaseee 😣

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now