bab 10

1.3K 80 0
                                    

Sampai saja dia di rumah, terus didaki tangga menuju ke biliknya di tingkat dua. Malas nak fikir banyak banyak lagi, terus di bersihkan diri dan menunaikan solat maghrib. Sesudah itu, dia duduk di birai katil.

"aishhhh, aku lapar lah.. dia orang dah masak ke belum eh? Mintak mintak dah siap terhidang.." Dia bermonolog sendirian.

Kaki melangkah laju menuju ke tingkat bawah. Dilihat dua ekor makhluk yang tak berapa indah ini sedang menonton tv.

"Laila, kau dah masak ke? Aku lapar lah.." Katanya itu membuatkan Laila memandang ke arah abang iparnya itu.

Sejak bila dia balik sini? Kenapa tak balik rumah dia je..

"Sejak bila abang Qadri balik sini?" Soal Laila pelik.

"Mangkuk, kau tanya aku bila! Bila! Serius lah! Aku kan ikut korang dari belakang tadi. Wah, sampai hati kau abaikan aku eh.!" Geram saja Qadri bercakap. Ni baru adik ipar, belum adik kandung lagi.

"Sayang, awak abaikan je jin tu. Nanti dia cari sendiri lah kalau dia lapar. Jom sambung tengok movie." Mendatar je suara Qayyum membalas kata kata abangnya itu.

Kan! Kan! Aku dah kata dah.. mulut dua manusia depan dirinya ini memang puaka. Kaki diatur semula mendaki tangga. Masuk je bilik, baju di tukar, seluar di sarung. Dia bersiap untuk makan kat luar. Girl friend takde. Nak ajak member, malas pulak. Olways lonely..

Enjin kereta dihidupkan dan kereta laju menuju ke arah restoran yang di gemari ya tapi, jarang datang. Hehehehe...

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

"Nasi goreng ayam satu, teh'o ais satu. Dan... Buah tembikai eh." Oder Qadri.

"Tu je?"

"Ye, itu je." Balasnya.

Sedang syok main telefon, tiba tiba ada makhluk mana entah langgar tangan dia. Nasib telefon dia tak jatuh. Sebaik dia angkat kepala, takde pulak orang tapi...

Ada nota kecil diselitkan di bawah kotak tisu. 'takkan orang yang amik Oder tadi tertinggal kat sini?' Untuk pastikan, dia amik nota tu dan... What !!! Apa ni!!!

"Sah orang ni gila. Nak ugut pun agak agak lah. Tapi asal ugut aku, aku bukan ada musuh pun.aneh aneh jer. " Selepas membaca, mengutuk dan mengarut sedikit. Dia kemutkan dan membaling nota itu menuju ke tong sampah. Tapi, ada tangan lain yang menyambut.

"Dia gila, dia mental, dia memang aneh dan dia.. maksudkan apa yang dia kata kan tu." Muncul seorang perempuan memakai hoodie di hadapanya ini. Muka tak berapa jelas sangat.

"Awak ni sapa?" Soal Qadri aneh.

"Aku..." Tak sempat untuk gadis itu habiskan ayatnya. Ada pula yang memanggil.

"Kak long!!" Jerit si dia.

"Eh?" Terkejut Qadri bila....

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

"Kak long!!" Panggil aku dalam keadaan sedikit menjerit. Terkejut dia bila kak long tengah borak dengan orang yang sangat dia kenali.

" Eh?" Qadri berkata dalam nada terkejut.

"Alamak kantoi." Perlahan sahaja Qatrina  bercakap. Bala tetap bala. Habislah Qatrina kena marah dengan kak longnya tu.. dah lah garang macam singa khunsa. Tak tahu jantan ke betina.

"Kau kan alang, kan Along dah cakap tunggu kat sana. Asal datang sini jugak." Akma berkata geram. Ye..ye.. kak long Qatrina ialah Akma.

"Rina? Ni kakak awak?" Soal Qadri setelah beberapa saat berdiam diri.

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now