bab 9

1.3K 70 0
                                    

Keadaan jalan raya sesak sekali. Panas terik matahari terasa berbahang di muka ni. Walau apa pun yang jadi, kerja tetap kerja.

"Bang, pisang goreng 2ringgit, keropok lekor 3ringgit.." Ujar seorang pelanggan.

"Pisang goreng... 2 ringgit... Keropok lekor...3 ringgit... Itu je ke dik?" Soalnya kembali.

"Emm... Tambah air kelapa satu dengan air Milo satu lah.. hehehehe..." Tersipu budak tu dengan kata kata sendiri.

"Okay.. terima kasih dik.. semuanya 8ringgit ya.."

"Nah bang, lama dah ke abang niaga sini?" Budak itu.

"Lama jugak lah.. dalam.. dua tahun gitu." Jawabnya.

"Nama abang apa? Bukan apa, senang nanti.. datang balik boleh jerit nama abang kuat kuat." Gurau budak tu sambil ketawa.

"Nama abang Qayyum. Panggil abang Qay je.. okay." Balas Qayyum sambil memberikan senyum segaris.

"Nama adik pulak apa?" "Ouh.. abang Qay.. nama saya Qatrina.. panggil Rina. Saya comel kan bang.." soal Qatrina sambil menampilkan senyuman paling comel..

"Ia.. comel.. eh dik, adik sekolah lagi kan.. takde orang risau ke balik lambat ni?" Soal Qayyum sedikit pelik. Ditilik jam ditangan. Dah pukul 5pm.

"Ada, kak long lah paling risau, mahu semua orang dia marah kalau tahu salah seorang dari kami hilang." Tak kekok si Qatrina ni bercerita.

" Ouh... Dah tu.. tak reti reti nak balik ke dik?" Soalnya bukan niat nak menghalau.. tapi kalau kalau keluarga budak ni mencarikan naya je.

"Menghalau nampak, yelah titerw balik.. oh, by the way.. abang Qay dah kawin ke?" Soal Qatrina tiba tiba.

"Eh, budak ni.. ingat abang tak laku ke? Abang ni hensem tahu tak.. baik, walaupun tak kaya.. heh, nak merajuk 12 jam." Qayyum membuat muka ala ala merajuk. Merajuk lah sangat!!

"Ouh... Laku jugak eh, walaupun jenis riak ni." Perli Qatrina. Suara saja di perlahankan. Tapi, masih boleh didengari.

"Rina ni kan.. nak kena budak ni." Tangan Qayyum mencapai satu pengepit kering lalu mengepit tangan Qatrina.

"Aduhhh sakit lah bang. Abang untung tahu dak, ada orang nak. Kak long Rina tu.. cantik.. hebat.. rajin.. takde pun orang nak tahu tak?" Sambil menggosok tangannya, dia bercerita.

"Ouh.. sama lah dengan abang, abang. Kerja je tahu.. nak borak pun sudah." Adu di Qayyum pulak. Pelik pelik je.

"Hmm.. apa boleh buat." Keluh Qatrina.

Seketika mereka berpandangan sebelum...

"Dah nasib!!!" Kata mereka serentak. Meriah gerai tu dengan gelak tawa.

"Amboi... Gembira nampak. Kita kat sini tak perasan pun kan..." Kata seseorang yang datang dari arah belakang.

"Eh, sayang. Meh sini meh. Duduk sini. Ni abang kenalkan Qatrina, boleh panggil dia Rina. " Terang Qayyum.

"Ouh.. hai Rina, nama akak Laila. Panggil kak Ila ya?" Pada mulanya dia tidak berasa senang. Tapi, di manis kan juga muka bila dilihat budak di hadapan nya ini macam masih sekolah lagi.

"Ouh.. hai kak Ila! Akak ni isteri abang Qay eh.. uuuu abang.. isteri abang cantekk arr pandai abang pilih." Usik Qatrina. Keningnya diangkat angkat tanda mengusik. Tersipu Laila di buatnya.

"Ish Rina ni. Tengok akak kamu tu, merah dah muka dia. Ayok.. akak kamu dah blushing.. hahahahahahh." Seronok pula mereka mengenakan Laila.

"Ish, tak nak lah kawanlah ngan korang. Tak nak kawan ngan abang. Nak merajuk lah." Laila berpeluk tubuh. Merajuk!

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now