special chapter°^Last^°

1K 47 1
                                    

Pintu rumah di kuak perlahan.

Bunyi orang memasak di dapur menarik perhatian. Perlahan melangkah mendekati. Tangan kanan di lihat. Senyuman sinis terukir.

Mati!

" Abang dah balik???" Soal Qashrina sambil berpaling bila di rasakan ada kehadiran seseorang.

" Aku dah balik.." Perlahan Suara keluar.

" Kau!!!! Kenapa kau masuk! Keluar!" Qashrina mula mengambil pisau pemotong di belakang. Sebagai langkah berhati hati. Nak bergerak banyak pun tak boleh, usia kandungan dah masuk 9 bulan. Bulat sangat dah perut ni.

" Buat apa? Aku cuma... Nak lawat kau.. "

Sreeetttt...

Kerusi di tarik dan dia duduk. Pisau Rambo di tangan di cucuk cucuk ke atas meja. Membuatkan situasi berdebar. Qashrina menjeling keluar. ' abang balik cepat..'

Dia, kalau tak fikirkan tengah bawak nyawa anak pertama ni, dah lama perempuan depan dia ni kena hambat!

" Kau nak apa lagi Zara. Kalau sebab aku bunuh abang kau... Kau memang bengap. Abang kau yang jual dadah, rogol orang, bunuh orang, merompak semua tu.. kau backup lagi.. haih... Kau... "

" Jap!"

Zara menahan Qashrina dari berkata kata.

" Kau kata abang aku jual dadah?"

" Haah."

" Rogol orang? Bunuh orang?"

" Haah laa"

" Merompak? Dia penjenayah?"

" Ish kau ni, yeeee takkan kau tak tahu? Aku kan pernah bagi tahu. " Qashrina berkerut bila tengok yang Zara macam tak tahu apa apa.

" Kau... Takkan tak tahu?" Soal Qashrina kepada Zara.

" Tak... Dia kata.. dia cuma minum minum je bila dia balik rumah dalam mabuk. Dia kata.. dia tolong orang bila dia balik rumah... Ada lebam atau darah.. aku.. " setitik air mata menitis. Tak sangka abang nya jahat macam tu sekali.

" Dulu, aku tak tahu apa aku buat. Lepas aku keluar dari hospital. Baru aku sedar yang aku buat ni salah. Tapi, bila ingat yang kau bunuh abang aku tanpa sebab.. aku jadi marah. Sekarang, aku tak sangka... Tak sangka dia tipu aku!" Teresak dia menangis di situ.

" Eh, dah laa tu. Akak ni mengandung. Tak leh tengok orang sedih sedih. Alang alang kau kat sini, kau tolong akak masak laa senang. Malam ni berbuka sekali. " Pisau di tangan Zara di ambil dan di lempar tepat terpacak di tanah dalam pasu bunga. Langkah selamat dulu.

" Boleh ke?" Soal Zara.

" Boleh je.. nah... Dah jom jom. "

" Okay..."

. . . . . . . . . .

" Kak, nak letak apa pulak dalam ni?" Selepas Qashrina bahasakan dirinya akak. Terus panggilan Zara kepadanya lebih sopan. Betulla dulu budak ni ada masalah mental. Bila mental dah elok, bahasa dan tingkah laku pun elok.

" Akak nak tanya ni, Zara tinggal dekat mana sebelum ni?"

Yelah, dah lebih 5 tahun kot.

" Lepas kes dekat rumah akak tu.. Zara di bawa ke hospital. Lepas setahun lebih koma. Mental Zara makin rosak. So, duduk dekat hospital bahagia laa. Makin lama, Zara makin okay. Tiga hari lepas. Zara lari. Tapi kena tangkap balik sebab terserempak dengan doktor yang selalu rawat Zara kat sana. Dia bawak Zara kesana dan periksa Zara balik. Dan, esoknya Zara di lepaskan. Zara takde tempat tinggal. Jadi, doktor tu minta tinggal dengan family dia. Jadi, sekarang.. Zara duduk dekat rumah famili dia la. " Panjang lebar Zara bercerita.

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now