" ya Allah sayang.. my favourite!!" Menjerit suka Farhan bila Qashrina bukak kan mangkuk tingkat.
" Jom makan. Abang baca lah cepat doa. " Qashrina telah siap menadah tangan. Selesai bacaan doa. Mereka berdua menjamu selera bersama.
Selesai je makan..
" Abang.. Suraya tu cantik?" Qashrina Bertanya untuk menduga.
" Cantik. Tapi kalah dengan sayang. Sayang lagi cantik. " Yes! Kena dengan jawapan yang Qashrina inginkan.
Dia mahu Farhan jujur. Senang sikit kerja dia nanti.
" Abang.. apa kata.. minggu depan, sayang masuk kerja balik? Boleh? Boleh lah.. dah hampir enam tahun tak bekerja ni.. " tanya Qashrina lebih kepada minta di persetujui.
" Abang bukan apa.. risau laa. Tapi, kalau Qash nak jugak.. boleh. Tapi buat kerja ofis je dulu. Kalau nak join misi. Buat yang senang senang je. Yang tak bahaya. Boleh ke?" Tangan Qashrina yang di pegang sedari tadi di usap perlahan sambil melihat wajah isterinya itu.
" Erm.. boleh lah tu. " Terangguk angguk Qashrina di buatnya.
Padahal dalam kepala otak dah macam macam benda fikir.
" Abang tengah handle kes apa sekarang? " Saja nak amik tahu.. mana tahu boleh tolong? Lagi pun.. dah lama tak beraksi.
" Hah? Ouh.. takde laa berat sangat cuma.. tulah.. kes pasal anak anak buah Lion. Ingatkan? Diorang ada bukak 'cawangan' lain pulak.. " lemah saja suara Farhan bercerita.
" Laa mesti penatkan? Tak pe takpe. Nak sayang tolong? Adik adik pun boleh tolong jugak. " Tawaran maut betul.
" Eh... Tak payah. Awak tak payah ye. Jangan nak mengada. BA HA YA ! Satu persatu di sebut Farhan. Qashrina hanya ketawa kecil.
Tengok laa macam mana....
" Sayang... "
" Ye ye, tak " Selepas itu terus dia ketawa. Tak tahan. Dah.
Sementara itu. Suraya di luar sedang runsing.
" Adu minah ni buat apa dalam tu lama lama. " Desisnya perlahan. Syakir di sebelah yang terdengar hampir meletuskan ketawanya.
Kau memang takkan dapat laa kalau kau nak Farhan tu..
Bergema ketawa Syakir di dalam hati je lah berani. Kang terkeluar suara. Orang ingat dia dah Gile.
Qashrina pula, bukan saja saja duduk dalam ofis Farhan. Dia juga menolong Farhan menyudahkan kerjanya. Tepat pukul 5pm. Segalanya sudah selesai. Cuma tinggal beberapa kes je yang belum di selesaikan. Sambil sambil tu. Kepala otak dia dah fikir macam macam strategi dah untuk serbu dan cari tempat tempat penjenayah ni buat hal.
Qashrina juga telah menghantar mesej di group kumpulannya yang seramai 10 orang tu. Termasuk mereka 5 beradik. Ada 15 orang kesemuanya. Mesej tersebut tentang meminta mereka semua berkumpul di tempat rahsia mereka esok pagi jam 9 . Ada benda besar yang mereka perlu buat.
" Jom abang. Balik jom. " Selesai saja dia kemaskan meja Farhan. Mangkuk tingkat dan beg sandangnya dia ambil. Tangan Farhan di paut untuk keluar dari bilik. Hendak di tarik tangan suaminya itu tapi tak bergerak.
" Abang?? Tak nak balik Ker?" Soal Qashrina keliru.
" Jap, belum lagi. Abang nak hidupkan sesuatu dulu. Jap eh. Sayang keluar la dulu. " Farhan seperti sembunyikan sesuatu. Tapi jangan risau.. Qashrina ni, peka orangnya.
" Dont worry abang, sayang dah hidupkan dah. CCTV yang abang pasang dalam bilik ni. Okay? Dah boleh gerak dah?" Ketawa kecil Qashrina bila mulut Farhan sedikit terbuka sebab terkejut.
YOU ARE READING
Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)
RomansMenjadi seorang polis adalah cita cita serta tanggungjawab yang besar dan keseronokan bagi Akma. Tapi, tidak pada umi dan abah Akma yang sering risau akan dirinya. Jadi, abah mengambil keputusan untuk mengajar Akma seni mempertahankan diri sebelum m...