bab 8

1.6K 77 0
                                    

"Mina, kau gi mana? Lama gila." Soal Dania.

"Hmm... Tak pergi mana pun.. duduk kat pustaka je.. kan SPM dah dekat" Qismina menjawab. Di sekolah, orang cuma ingat nama dia Nur Qismina binti Zaff.

"Ouh.. rajin eh kau, bukan selalunya kau ni pemalas ke?" Syira pulak berkata dengan kening diangkat angkat sebelah. Tersengih Syira bila dapat kena kan si Mina ni.

"Banyak arr kau!" Mina berkata dengan sedikit geramnya. Mata masih menghadap buku sains yang di pegang. Percubaan semakin dekat. Tak boleh main main nanti alongnya marah.

"Tah kau ni, kau patut bersyukur yang si Mina ni ulang kaji setiap kali dah nak exam. Buatnya dia ulang kaji awal awal macam mana?" Sarah mula membela tapi akhirnya dia turut memerli.

Mengekek mereka bertiga ketawa. Qismina menunjukkan muka tidak puas hati sebelum..

Bukk!

Bukk!

Bukk!

Tiga tiga kepala kawannya itu di ketuk. Selepas itu, dia sambung membaca buku.

"Mina!!!" Sarah, Dania dan Syira menjerit sambil tangan menggosok gosok kepala yang di ketuk oleh buku teks sains yang tebal mengalahkan apa tah.

Mina ketawa kecil lalu menyambung aktiviti nya.

"Hai Mina, Sarah, Dania dan.. dan.. Syifa!" Sapa seseorang.

"Hai Mikail." Balas Sarah.

"Hai Mikail." Balas Dania pula.

"Nama aku Syira lah, bukan syifa!" Marah syira.

" Ouh, sorry Syira.. Mika lupa.." Mikail menggosok belakang lehernya dan menunduk sedikit tanda bersalah.

"Heh, kau selalu lupa nama aku..." Syira sedikit terasa. Yelah, hampir 5tahun kenal. Nama dia seorang tak boleh ingat. Teruk punya kawan!

"Sorry.. aku memang lupa."

"Aku tahu lah aku ni bukan kawan kau.. tapi, sekurang-kurangnya ingatlah nama aku ni." Rajuk Syira lagi.

"Alah Syira.. aku min.." tak sempat untuk Mikail menyambung katanya. Mina menyampuk.

"Korang kalau nak pujuk memujuk. Apa bagai, pergi tempat lain. Aku nak study." Selamba Qismina membalas. Menyampah lah jugak. Orang nak study, dia org ni nak bergaduh pula.

"Hehehehe sorry Mina.. gurau je lah.. mana ada gaduh." Syira membalas, takut Mina marah. Kalau Qismina ni marah, habis semua kena.

"Aku tak cakap pun korang gaduh?" Soal Qismina pulak.

"Hehehe saje.." Mikail pula menjawab. Tersengih dia bila di perli Mina.

"Kau datang sini ada apa Mika?" Tanya Sarah.

"Ouh, aku datang sebenarnya nak cakap yang cikgu Abidin nak jumpa korang berempat. Dekat bilik dia." Akhirnya Mika serius juga. Dari tadi melalut.

"What!!!" Keempat empat gadis itu menjerit. "Cikgu Abidin nak jumpa!?!!" Tanya mereka balik dalam keadaan menjerit. Mikail telah menutup telinga dengan tangan sehingga badannya sedikit membongkok akibat jeritan dari mereka. Korang bayangkan, suara masing masing halus... Jerit pulak kuat kuat. Mahu tak pekak telinga orang yang mendengar.

"Iya!!!! Cikgu!!! Nak !!! Jumpa!!!!!!!!!!!" Jerit Mikail kembali. Satu satu perkataan di sebut. Berkerut muka gadis gadis yang berada dihadapannya itu menahan sakit telinga.

"Apahal!!! Tak!! Cakap awal awal!!!!!!" Balas Syira. "Tak payah lah menjerit!!" Mikail membantah.

"Heh, dah lah, korang nak kena marah ngan cikgu Abidin ke? Mina ngan Dania dah pergi dah." Tegur Sarah apabila dilihatnya si Syira tu tak habis habis lagi bergaduh.

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now