bab 18

1K 55 0
                                    

"inspektor, ada yang datang mahu bertemu puan." Pegawai yang bernama Alif berkata.

"Siapa?" Soalnya serius. Tidak ada masa untuk main main. "Katanya kawan puan." Balasan yang menyakitkan hati. Orang tanya siapa. Di jawab kawan pula. Haih.

" Hmm bagi dia masuk." Arahnya. Malas nak teka teki. Tak logik lah kalau musuh. Takkan musuh dia berani nak masuk balai. Kan?

"Baik.."

Dalam beberapa minit. Pintu di terjah masuk. Bengang je rasa..

" Assalamualaikum! Yow Qash! Apasal ketat je muka tu?" Soal orang itu.

" Waalaikumussalam, kau..."

" Itu jer balasan kau?? Tak rindu aku Ker? Ha geng??" Kening di jongket sepelah beberapa kali. Mulut di muncungkan. Rupanya kini sebijik macam monyet tak sehat.

" Asal kau ni Fakrul. Demam ke apa. Baru hari tu kita borak kan?" Soalnya tak puas hati. Orang banyak kerja, dia pulak ajak borak.

" Kau ni... Weih! Kau tahu..."

"Tak tahu." Pantas di potong dengan niat mahu mengusik.

" Kau ni! Aku nak cerita ni!!" Bentaknya persis orang tak betul.

" Apa? Cepat lah!" Kerja di hadapan masih di teruskan. Kejap lagi, Farhan akan datang untuk amik fail kes ni.

" Aku dah jumpa Badrul!!" Ucapnya teruja.

" Eh!! Serius ar kau!! Kau borak apa Ngan dia? Senget, aku rindu dia dowh!" Automatik, perangai dia berubah. Lagipun, dia, Fakrul dan Badrul memang kawan dari kecik lagi. Tapi Badrul entah kenapa dah 10 tahun hilangkan diri.

" Betul... Tapi, dia tak cam aku. Hari tu, waktu aku jumpa dia pun, dia macam dalam masalah besar sangat.. kesian dia...." Wajah Fakrul berubah sedih.

" Herm, aku nak jumpa dia!" Terus Qashrina bersemangat. Tiba tiba pintunya di terjah sekali lagi.

" Tak boleh!" Bantah orang itu.

" Farhan?"

" Abang?"

" Eh, kau. Bila balik? Kau tak bagi tahu ibu eh kau balik." Farhan terus melulu kepala Fakrul.

" Eh??" Qashrina pula yang keliru. Apa yang berlaku sekarang ni?

"Woi Qash. Ni abang aku. Abang Han kau..." Usik Fakrul. Nasib baik dia pakai penutup mulut. Tak de lah dia orang sedar perubahan pada wajahnya.

" Hah?? Awak abang Han!!!" Bergema suara Qashrina dalam bilik itu. Farhan dan Fakrul menutup kedua telinga mereka.

" Ialah. Kenapa? Awak tak ingat ke? Laaa.. saya ingat awak ingat saya lepas datang rumah saya hari tu." Muka selamba di tayangkan. Tak sangka, bidadari depan dia ni dah lama dia kenal.

" Ouh! Kau!" Fakrul tiba tiba menjerit.

" Apahal kau senget!" Kepala Fakrul diluku oleh Farhan. Sakit!

" Tak... Qash cakap nak jumpa Badrul. Jom lah." Ajak Fakrul. Dia dah lama rindu nak borak borak macam dulu.

" Korang tak boleh jumpa Badrul." Farhan menghalang. Sebab?

" Kenapa?" Soal Fakrul tak puas hati. Qashrina masih rilek..

" Sebab ni." Sebuah Fail nipis di letakkan di atas meja Qashrina. Sebelum menyambung bicara. " Black, atau nama sebenarnya Muhd Badrul bin Abdul salah seorang orang kuat bagi..." Dia berhentikan kata katanya sebelum menyambung.

" Lion!" Serentak Qashrina dan Fakrul bersuara.

" La... Korang dah tahu. So, korang tak di benarkan jumpa dia. Aku tak bagi buat masa sekarang. " Farhan memberi amaran. Walau dia tahu, Qashrina dan Fakrul takkan pernah ikut kata kata dia.

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now