bab 19

932 53 0
                                    

"Hah!?"

Bergema suara pekikan sehinggakan Fiqri terpaksa menutup telinganya.

" Jangan jerit!" Bukan Fiqri yang berkata tapi...

" Luk pun sama, jangan jerit. " Fiqri melarang lembut. Budak budak weih. Kalau marah tak pasal pasal dia menangis.

Luk atau nama sebenarnya Lukman Syariff. Di 5L dia di panggil sebagai Luk.

Ahli 5L tak ramai. Dalam 15 orang sahaja. Agensi ini perlu di rahsiakan dari orang luar. Jika di ketahui, habislah...

" Sorry, tapi ini apa benda?" Soal Qismina keliru.

" Aku tak pasti tapi aku rasa ini adalah petunjuk mengenai siapa pembunuh itu. Erm.. boleh Lina tolong cari perkataan ini datang dari mana?" Fiqri meminta pertolongan Lina atau nama sebenarnya Lina Qatrina. Dia telah cuba tapi tak berjaya. Dalam 5L, yang handal mengodam adalah dia dan Lina Qatrina sahaja. Tapi yang paling hebat semestinya Lina.

" A.M.A.G.G.U.L.D.A.N.A.... Kawan...? Hmm..." Sambil menyebut sambil berfikir. Tapi, dia tak tahu! Apakah???

" Lana... Aku nak tanya..." Fiqri bersuara. Dia memandang serius wajah bertopeng Lana Qashrina.

"Apa?" Soalnya kembali.

" Kau pernah ada musuh tak waktu kau sekolah dulu? Maksud aku ... Yang berdendam dengan kau, mungkin?" Soalan dari Fiqri itu membuatkan dia terdiam seketika.

" Aku... Herm.." Buntu seketika untuk menjawab. Dia tak ingat.

" Izman Bakhti." Sebaris nama yang di sebut Luqman Aizat membuatkan Lana Qashrina kaku. Dia terkedu.

" Tak mungkin ... Takkan dia masih lagi marah dengan aku?" Dia mula menyoal pelik. Dengan 5L dia tidak perlu terlalu dingin. Tapi , jangan lah buat dia marah. Buruk padahnya.

" Mungkin juga, dia masih marahkan kau. " Luqman Aizat mula memberi pendapat. Dia kurang faham cerita sebenar. Tapi cukup cerita yang dia tahu buat dia faham situasi.

" Tak, aku tak percaya. Dia tu..." Lana Qashrina mula menunduk. Dia terdiam. Dia tidak boleh teruskan. Cukup dia saja tahu perkara itu.

" Dia tu apa?" Soal Lina Qatrina. Dia pelik bila kakaknya itu diam tiba tiba. Macam ada sesuatu yang menghalang dia bercerita. Wajah yang bertutup tidak kelihatan itu di tatap menunggu jawapan.

" Dah jumpa apa dia cakap?" Lana Qashrina mula mengubah topik. Cuba mengelak dari menjawab soalan yang dia mahu elakkan.

Yang lain menghela nafas perlahan. Tahu yang mereka tidak akan dapat jawapan.

Walau mereka ramai. Yang bercakap cuma beberapa. Sebab, di waktu ini. Tiada yang harus bergurau. Semua perlu serius. Lagi pun, yang lain akan bercakap jika diri mempunyai apa apa yang boleh di lakukan ketika berbincang.

" Aku dah dapat!!" Mereka terus menegak bila Lina Qatrina menjerit.

" Aku dah cakapkan jangan menjerit. " Jelingan tajam dari Fiqri di balas dengan sengihan.

" Apa maksudnya?" Laura Qismina menyoal pula. Walau dia jarang bercakap, dia juga ada perasaan untuk tahu. Tak sabar.

" Gudang lama. Lana, Lana ada ingat apa apa tak?" Lina Qatrina menyoal. Menimbulkan perasaan pelik.

" Kenapa?"

" Sebab Lina rasa, ini ada kena mengena dengan Lana. "

. . . . . . . . . . . . .

" Masih fikirkan pasal tadi??"

" Aizat..." Keluhan di lepaskan bila wajah Luqman Aizat menegur.

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now