bab 23

907 52 0
                                    

Sakit hati! Dia... Dia tak sangka yang dia boleh rasa sakit sampai macam ni. Sudah sejam lebih dia menghadap pemandangan bandar ini. Di tempat yang tinggi, dapatlah melihat kecantikan bandar dalam suasana malam yang tenang.

Setelah berasa sedikit tenang. Dia mula melangkah ke arah kereta. Dia ingin pulang ke rumah. Mesti adik adik sudah menunggu. Dan risau kan dirinya.

Farhan... Soal Farhan nanti dia pulang dia minta maaf. Lagipun salah dia sebab buat lelaki itu ketakutan. Macam tak logik bila di fikirkan balik. Lelaki gagah takut akan bunyi letupan. Mungkin ada sebab... Kut. Dia pun ada juga dia takut. Takut kehilangan orang yang dia sayang. Dan... Takut kucing! Meow!

Bush!!!!

Skreet!!!

Bom!

Bunyi lagaan dan seretan kereta menyentak lamunannya.

Tiba tiba dia rasa tak sedap hati. Kenapa! Dia keluar dari kereta dan menuju ke tempat itu. Kelihatan sebuah kereta telah melanggar penghadang jalan dan sebuah lagi telah memecut pergi meninggalkan tempat kejadian.

Lana Qashrina terus berlari. Dia ingin mengeluarkan mangsa yang terdapat dalam kereta tersebut. Tapi terkunci!

Dia melihat sekeliling, mencari sesuatu yang boleh dia buat untuk memecahkan cermin. Tiba tiba, dia terpandang plat kereta tersebut. Rasa hendak pitam. Terus dia mencapai batu yang tak seberapa besar.

"Farhan!!!!!!!" Jeritnya lantang. Dia lihat, mata Farhan seakan tertutup. Di pecahkan lagi sehingga dia mampu menyeluk tangan ke dalam untuk membuka dari dalam.

" Qash...ri...na..." Hanya itu yang dia dengar dari Farhan sebelum mata Farhan tertutup rapat.

" Farhan...." Orang ramai yang mengelilingi tidak di hiraukan. Dia memangku kepala Farhan. Di tepuk perlahan pipi Farhan. Tiada respon!

Setitik air mata menitis mengenai mata Farhan. Mengalir menyelaputi mata kanan Farhan.

" Ada yang dah call Ambulans?" Qashrina menyoal. Dia memandang ke belakang. Seseorang mengangkat tangan.

" Saya. Saya dah call.."

"Terima kasih..." Qashrina mengucapkan lalu dia memandang ke arah Farhan semula. Sapu tangan yang sederhana panjang yang terdapat dalam hoodienya di keluarkan. Tangan Farhan yang berdarah tak berhenti di balut.

Genggaman Farhan di buka. Sebentuk cincin terdapat di dalamnya.

Menitis lagi air matanya. Cincin tersebut di lihat.btertera dengan jelas. Simbul F&Q . Dia tahu maksudnya. Dia tahu...

" Farhan...."

" Kak..." Dia berpaling ke belakang.

" Aizat..."

" Cincin tu untuk akak.. abang Farhan nak bagi pada akak. Dia cakap dekat Aizat... Dia sayang akak..." Luqman Aizat berkata

Dia datang pun sebab tadi, Qatrina minta dia ke kedai. Tapi, dia ternampak kereta Kak longnya pula. Tak sangka, yang Farhan..

" Akak..."

" Minta laluan... Minta laluan..." Rupanya,  ambulan dah sampai. Cincin di tangan, di sarung ke jari tanpa sedar.

Farhan di usung ke dalam ambulan.

" Cik, nak ikut?" Soal salah seorang dari anggota itu. " Tak.. takpe.. saya naik kereta saya..." Ringkas balasan dari Qashrina. Dia tak mahu tinggalkan kereta disini dan menyusahkan Aizat atau adik adiknya.

Hanya pandangan mata saja mengikut pergerakan ambulan. " Kak..." Aizat memanggil kakaknya itu.

" Ya.. kenapa? " Soalnya.

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now