Bab 13

1.1K 70 0
                                    

" Go!" Satu arahan di berikan dan semua anggota mula bertindak. Seperti yang dirancang siang hari tadi.

Suasana sunyi sepi. Satu persatu mula tewas tanpa bunyi.

" Perhati sekeliling dan berjaga jaga. Good luck semua." Farhan memberi peringatan. Kini, semua perlu berjaga jaga jika tidak mahu 'pergi' awal.

Alat penghubung, Akma mati kan. Dia tidak mahu ada yang mendengar apa yang dia perkatakan. Akma mendekati Farhan.

" Awak, ikut saya." Kata Akma. Farhan hanya mengekori. Sampai berdekatan sebuah bangunan yang tersorok. Mereka berdua berjaga jaga. Dia menjengah kepala untuk melihat apa yang terjadi. Nampaknya tiada orang.

Akma memberi isyarat yang kawasan itu selamat. Farhan dan Akma mula masuk ke dalam.

PAP!

Kawasan tiba tiba terang. Lokasi mereka terdedah. Di lihat Lion telah pun melarikan diri menaiki bot untuk pergi melarikan diri. Mereka masih tidak bodoh untuk guna jalan darat. Kerana mereka pasti tahu ada yang mengawal.

"Jangan lari! Kami polis!" Jerit Akma. Dia menebak seorang demi seorang. Ramai yang terlepas kerana menaiki bot untuk pergi. Tapi mereka tidak tahu apa yang menunggu mereka di sana.

"Farhan, bagitahu Marin, mereka sudah bertolak. " Arah Akma. Walau apa pun, dia tahu yang Lion sudah pergi entah kemana. Pihak Marin tidak akan dapat menangkap Lion.

Paling bernasib baik pun, konco konco Lion yang berjaya di tangkap.

" Inspektor, mereka semua telah di berkas. Apa tindakan selanjutnya?" Soal Farhan agak ramai yang berjaya di tahan. Lebih kurang tiga puluh suspek.

" Bawa mereka semua ke balai. Dan suruh anggota yang lain pulang. " Arah Akma. Dia mula berjalan untuk melihat bukti atau petunjuk kegiatan Lion di tempat lain.

" Baik, kawasan ini?" Soal Farhan.

" Saya akan urus kan. Lagi pun, awak juga akan ada di sini, teman saya. " Akma tersenyum di sebalik penutup mulut yang di pakai.

Topi hoodie di turunkan. Terserlah mata unik miliknya.

"Baik lah kalau awak dah cakap macam tu." Farhan berlalu dahulu untuk menyampaikan maklumat.

Akma mula berjalan. Pistol di tangan tidak di lepaskan. Dia masih berjaga jaga takut masih ada musuh yang bersembunyi lalu menyerang hendapnya.

"Datang ke sini segera." Akma berkata melalui alat penghubungnya yang satu lagi.

"Baik, tapi lepas polis yang lain blah baru aku dengan yang lain sampai." Jawab orang itu.

"Herm," Akma hanya mengumam. Dia masih fokus memerhati. Ada yang menarik minatnya. Terlalu pelik. Dia ingin mendekat. Tapi dia abaikan dahulu untuk mengetahui apa yang akan terjadi seterusnya.

Bahu Akma tiba tiba di sentuh. Tersentak Akma dibuatnya. Secara automatik satu libasan kaki di hadiahkan dan tangan itu di pusing.

"Aduh, aduh! Aduh!!! Sakit!! Lepas, lepas , lepas!"

"Eh?"

. . . . . . . . . . . .

"Apa benda ni?" Soalnya.

"Entah, aku masih tak tahu ni alat apa. Untuk apa, nak tolong aku tak?"

"Apa? " Soalnya pelik.

" Tolong aku cari punca benda ni. "

"Boleh, tapi kena pergi tempat tu lagi lah." Jawabnya. Keluhan di lepaskan. Malas!

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now