bab 25

971 50 1
                                    

"hish apesal aku kena naik dengan mamat ni..." Keluh Kaiten kesal. Tangan dia letakkan di dahi. Dia bersandar pada pintu kereta.

" Kasih.. ke aku kena panggil kau Kaiten?" Soalan dari Syafi membuatkan Kaiten sakit hati. Dia malas sebenarnya nak dengar Syafi bercakap.

" Panggil Kaiten je. Dan lagi satu, stop bercakap. Aku nak ketenangan." Kepala Kaiten tergeleng kecil. Dia menjeling ke arah belakang. Dia melihat ke arah tahanan. 'sedap ko tidor eh.. tunggulah nanti kat lokap...'

" Asal aku kena naik dengan kau eh?" Soal Kaiten menyampah. Dia tak suke... Huaaaa

" Mana aku tahu. Kau tak suka ke? Aku suka.." Syafi menjawab selamba. Dia bercakap seperti orang yang tak bersalah.

"Stop lah... Jangan buat aku angin." Kasar sedikit percakapan Kaiten dia bengang. Perlu ke buat dia naik angin?

" Eleh, sikit sikit marah. Sikit sikit marah. Macam apa daaa." Selamba Syafi mengutuk.

Dahulu, ketika belajar di sekolah menengah, Syafi sering kacau Kaiten. Apa je yang Kaiten buat, dia nak buat. Ke mana saja Kaiten pergi, Syafi ada. Bukan sebagai teman atau penolong, tapi sebagai pengacau. Menyusahkan!

" Diam ah!" Kaiten menjeling Syafi sekilas sebelum dia memandang semula ke tepi tingkap.

Syafi hanya buat pekak dan terus membuat bising. Dia menyanyi, bersiul, bercakap sendiri dan kadang kadang bertanya soalan kepada Kaiten. Naik rimas di buatnya dengan bunyi bunyi yang tidak tenteram ini.

" Nasib...."

. . . . . . . . . . . . . . . .

" Qayyum, Laila mana?" Soal Qadri pelik. Selalunya bila dia balik sini, mesti nampak kelibat manusia umpama belangkas berkepit. Ini tidak, belangkas sendirian pula.

" Ada kat atas, tak sihat sangat. " Qayyum hanya memandang sekilas ke wajah Qadri. Dia sedang fokus membuat bubur untuk Laila si jantung hati.

Selepas peristiwa rajuk haritu, mereka dah berbaik lepas Qayyum menceritakan segalaaaaanya kepada Laila.

Laila pula, makin manja semenjak dua menjak ni. Stress kadang kadang dia rasa. Semua kalau boleh, Laila nak dia yang buatkan. Nak rasa dia yang masak lah... Nak suruh belikan itu lah... Tak nak inilah. Pening...

" Ouh.. kau buat apa tu?" Qadri menyoal lagi.

" Buat kapal, tak nampak?" Qayyum membalas sarkastik. Dah nampak kita buat bubur. Dia tanya lagi.

"kau ni! " Belakang Qayyum di pukul sedikit.

" Ish,! Kau datang sini asal? Ada apa ?" Soal Qayyum. Dia malas nak main main. Banyak masalah dalam otak dia sekarang.

" Aku rasa, aku dah jatuh cinta lah..." Belakang di sandarkan ke kabinet dapur. Dia tersenyum sendiri.

" Tersengih macam bangkai tikus, apahal lah kau ni. Cer bagitahu aku, sape yang malang dan buta sangat pilih abang aku ni?" Serius soalan dari Qayyum. Umpama dia memang maksudkan kata katanya. Kalau ikutkan hati, Qayyum nak kutuk abangnya tu lagi, tapi, kesian pulak.

" Tak guna adik aku ni. Mana ada malang! Dia bertuah tau!" Qadri mempertahankan diri. Kalau di fikirkan balik, Memang perempuan itu agak malang. Dapat lelaki dingin, tak romantik. Kuat mengutuk. Haih!

" Yelah yelah... Apa apa aje. Cita cepat."

" Dia seorang yang cantik... Lembut tutur kata... Menutup aurat. Kalau dia malukan, hidung dia mesti merah. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi, comel.. pastu..."

"Eh... Dah dah dah. Nama dia apa?" Potong Qayyum. Dari tadi di sabar nak tunggu keluar nama orang tu. Tapi tak muncul muncul.

" Nama dia.... Saerah Wahidah...."

Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)Where stories live. Discover now