" sayang!!! Ouhh sayang!! Bangun!! Kita nak keluar ni!!! " Farhan menjerit di sebelah telinga Qashrina.
Dia sudah bangun Sebenarnya, tapi pura pura tidur. Tak nak keluar. Sebab? Nak pergi hospital lagi. Rawatan dia perlu di teruskan.
Sudah seminggu dia berkahwin dengan Farhan. Tanggungjawab sebagai isteri masih belum di laksanakan lagi. Farhan sudah berjanji, dia tidak akan menyentuh dirinya sehingga dirinya betul betul sihat. Dia terharu..
" Tak nak!!!" Qashrina menjerit kecil bila tubuhnya diangkat dan di letakkan di dalam tab mandi. Memuncung mulutnya bila di paksa.
" Haish, sayang nii. Kita nak keluar nak pergi buat rawatan dia, kalau tak rawat macam mana nak sihat. Lepas siap awak punya rawatan tu, kita pergi jalan jalan. Kita pergi makan.. pastu saya bawak awak pergi mall pastu.. bla bla bla.. " sambil mandikan Qashrina, Farhan bercakap. Serius banyak, sampai nak menyampuk pun tak boleh, setiap kali nak menyampuk, dia akan siram dengan air. Kain basahan di badan di buka sebelum tuala kering dia ambil dan di balut di badan si isteri.
Mulut Farhan masih belum berhenti membebel. Qashrina memutarkan bola matanya ke atas. Dalam dukungan suami, dia tak tahu macam mana nak bagi senyap.
Haa
Cupp
Satu kucupan lama di berikan di bibir Farhan. Membuatkan Farhan terdiam seribu. Langkah kaki turut sama berhenti.
" Sa.. sa.. sayang.. sayang.. err " tergagap gagap Farhan nak berkata.
" Banyak sangat bercakap, suruh berhenti tak dengar. Sekarang ni abang.. saya sejukkk, nak pakai bajuuu" manja saja dia bercakap. Saja nak mengusik suaminya. Muka Farhan yang merah membuatkan dia ketawa kecil sebelum satu lagi kucupan di berikan di pipi kanan Farhan.
" Ish, sayang ni.. dah dah, ada yang kena terkam nanti. "
Qashrina hanya ketawa lepas. Seronok dapat mengusik. Farhan tersenyum senang. Seronok melihat isterinya ketawa. Cantik saja, lagi lagi matanya itu. Bersinar sinar.
. . . . . . . . . . . . . . . . .
" Abang.. balik ya? Nanti abang malu sebab tolak saya guna kerusi roda ni. " Perlahan saja dia berkata. Dia sebenarnya tak biasa keluar tanpa pakai lens. Matanya itu berwarna unik. Bila orang tengok, dia jadi takut pulak.
Sifatnya yang berani, tegas dan tak kesah dengan keadaan sekeliling hilang entah ke mana. Di ganti dengan perasaan takut, malu dan rendah diri.
" Haip, mana ada abang malu. Bangga lagi ada alah.. sebab.. abang ada isteri yang cantik.. manis je.. kerusi roda ni? Eleh.. sayang patut bangga tau sebab pernah duduk atas ni. Ada yang dah hidup lama tapi tak pernah duduk pun. " Gurauan di belakang ayatnya membuatkan Qashrina menggelengkan sedikit kepalanya.
Kerjayanya sebagai polis dan spy sudah lama di tinggalkan. Insyaallah, jika dia sehat.. dia hanya akan meneruskan kerjayanya di syarikatnya sahaja. Buat masa ni, syarikat utama di jaga sepenuhnya oleh osen. Anak syarikat yang lain, di jaga oleh Aizat dan di bantu osen.
" Banyak la abang, sekarang? Kita nak makan dekat mana? Nak KFC boleh? " Soalnya. Lebih tepat, cuba nak bodek. Lama dah dia tak makan. Sebab tak boleh makan. Banyak kolesterol.
" Boleh.. tapi, tak boleh lebih dua ketul. " Pesan Farhan.
" Dua ketul jer? Boleh laa janji boleh makan. " Dia paling minat gila gila dekat KFC. Walaupun McD lebih ramai yang suka. Seleranya tetap untuk KFC. Dulu, dua ketul tak cukup. Paling sikit 4. Paling banyak dia pernah makan 11. Banyakkan dia makan.
Sedang menunggu untuk Farhan membeli, dia menunggu di meja. Dia memandang sekeliling.
Farhan tiba tiba datang dan menghulurkan ayam. Mata Qashrina bersinar.
YOU ARE READING
Miss Hoodie , Mr Captain (COMPLETED)
RomanceMenjadi seorang polis adalah cita cita serta tanggungjawab yang besar dan keseronokan bagi Akma. Tapi, tidak pada umi dan abah Akma yang sering risau akan dirinya. Jadi, abah mengambil keputusan untuk mengajar Akma seni mempertahankan diri sebelum m...