Hari ini lain, tidak seperti biasa. Wajah gadis ayu bernama Nadra Aurose yang sentiasa tidak lekang dengan senyuman digantikan dengan wajah tanpa riak. Rakan-rakan kerja yang menegurnya hanya di pandang sekilas sambil berjalan menuju ke ruang kerjanya. Kalau diikutkan perasaannya ketika itu, tempat kerja pun dia tidak mahu jejak. Tapi faktor ekonomi membuatkan dia harus gagahkan juga hatinya untuk menghadap jejaka yang membuat kehidupan mentalnya sedikit terganggu.
"Hai cik 'sayang' ". Berkerut dahi Darris Arrayan apabila sapaannya hanya di balas anggukan malas daripada gadis pujaannya itu, bukan itu sahaja tetapi siap pakej jadual kerjanya pada hari itu dileretkan ke arahnya dan gadis itu masih menunduk menyibukkan diri melakukan kerja lain.
"Nadra? Are you okay?" Soalan Abang Idolanya dibalas dengan anggukan.
' Pergilah cepat, takkan tengok muka kau sekarang, nanti aku nangis'
"No no, kau tak okay ni". Kerusi yang berada di depan meja Nadra diambil dan diletakkan di sisi Nadra sebelum punggungnya diabuhkan disitu.
"Hey, tell me? aku ada buat salah ke? Cepat bagitahu" lemah lembut Darris bertanya, wajahnya berusaha untuk melihat wajah kekasihnya itu. *aik dah declare ke
"Takde papelah". Dua patah perkataan yang keluar dari mulut gadis itu sudah membuatkan Darris tidak senang duduk befikir apa salah yang dia lakukan.
"Awak tak sihat ke Nadra?" Darris masih berusaha mendapatkan jawapan mengapa gadis pujaannya itu seolah-olah mempunyai masalah.
"Boleh tak kalau harini nak half day?" Nadra bertanya sambil menyajikan wajah kosong tanpa riak kepada Darris.
"Why? awak tak sihat ke? jom saya hantar pergi klinik" Darris sudah bangkit dari duduknya, namun reaksi Nadra masih kosong.
'' Don't cry Nadra, nanti selidik dulu, mana tahu dia tak salah, tapi dia baik sangat takkan dia buat aku macam tu, dia tak sekejam tu, tapi aku baru kenal dia' Nadra bermonolog dalaman memikirkan masalah yang baru diterimanya semalam.
"Sihat, tapi ada hal sikit, tapi takpelah tak jadi" Nadra kembali membuat kerja tanpa menghiraukan wajah berkerut-kerut Abang Idolanya.
"Nadra, kalau aku ada buat salah bagitahulah, takpelah take your time, nanti bagitahu tau. Takpe harini half day je, kerja pun tak banyak. Take care sayang" Lembut Darris berbicara sebelum perlahan-lahan berlalu dari meja Nadra ke mejanya. *Mereka bekerja di dalam bilik yang sama kalau lupa*
Hari ini pekerjaan Darris Arrayan agak tidak teratur kerana matanya tidak lekang dari melihat tingkah pujaan hatinya yang hanya tunduk melakukan kerja. Kebiasaannya celoteh gadis itu memenuhi ruangan kerjanya, hari ini suasana agak sunyi. Salah apakah yang dia lakukan terhadap gadis itu? Berdosanya dia jika telah melukakan hati gadis pujaannya itu.
Jam letak menunjukkan jam 12.00 p.m. Nadra sibuk mengemas mejanya. Kerana dia bertekad untuk kerja setengah hari pada hari itu. Kertas memo yang berada di atas mejanya diambil sehelai sebelum menulis sesuatu untuk diletakkan di meja 'Abang idolanya'. Mujur sahaja jejaka itu sudah keluar lebih awal, tidak tahu kemana.
'Sorry, i've something to solve'
-NadraNadra Aurose memandu kereta mini coopernya dengan tenang. Fikirannya masih serabut. Hujan renyai-renyai yang turun ke bumi itu seolah-olah memahami perasaannya. Airmatanya juga perlahan-lahan mengalir ke pipinya. Penat menahan. Dia tidak boleh menatap wajah Abang Idola kesayangannya itu selepas mendapat whatsapp daripada seseorang semalam. Pesanan tersebut sangat mengejutkannya, sekaligus membangkitkan penyakit 'anxiety'nya yang sudah lama berehat. Penyakit itu yang paling dia takutkan ketika dia memiliki perasaan terhadap seseorang.
"Jangan cepat sangat catch feeling dengan Darris, he's mine" pesanan yang beserta dengan gambar Darris menghulurkan bunga kearah seorang perempuan itu masih terngiang-ngiang di minda Nadra Aurose.
Kemana tempat yang harus dia tuju, jika kembali ke rumah fikirannya tetap kosong. Dia tidak tahu hendak kemana. Amerda tidak perlu tahu masalahnya. Dia tidak suka membebankan orang lain untuk mendengar masalahnya. Keretanya dipandu hingga memasuki highway, dia buntu yang dia fikir sekarang hanya kampung halamannya.
Airmatanya dilap hingga tidak meninggalkan kesan. Handphonenya beberapa kali menerima panggilan daripada 'Pakcik Cem' namun hanya dihiraukan.
"Sorry Darris, i need your explanation too, tapi not now"
'Ting Ting Ting'
Pesanan whatsapp daripada nombor semalam."Aku bukan nak burukkan dia, tapi kau belum kenal lagi dia macam mana'"- unknown
"For your information, kitaorang break sebab lepas dia jumpa kau" -unknown
"And i still love him, aku harap kau fikirlah, kita sama sama perempuan"- unknownHanya 'bluetick' yang Nadra mampu balas. Tidak pernah ada dalam falsafah hidupnya untuk merebut kebahagiaan perempuan lain. Jika dulu perkara begitu terjadi, dia anggap perkara biasa kerana masih belasan umur. Tetapi sekarang sudah 27 tahun. Umurnya sudah matang, jejaka itu juga jejaka yang dia idamkan sejak dulu. Perlukah dia lepaskan begitu sahaja tanpa mendengar penjelasannya. Serabut fikirannya. Jika dia pulang ke kampung ibu bapanya juga akan membebel tentang isu perkahwinannya yang belum ada khabar, tempoh tiga bulan berbaki seminggu. Dia sudah redha untuk menerima pilihan ibu bapanya tanpa mendengar penjelasan abang idolanya. Begitulah Nadra Aurose, dia tidak suka serabutkan fikirannya, dia suka mengambil jalan singkat.
Selepas beberapa jam, dia akhirnya tiba di halaman rumah ibu bapanya. Tempat dia membesar. Tidak pernah ada masalah berat yang perlu difikirkan jika berada di dalam rumah itu. Kerana semuanya akan menjadi baik-baik sahaja. Wajahnya ditilik beberapa kali di cermin keretanya. Mujur sahaja matanya jenis tiada kesan nangis. Jam menunjukkan jam 9 malam. Dia tiba agak lambat kerana faktor pemanduannya yang perlahan dan jalan yang agak sesak.
"Assalammualaikum" tombol pintu dibuka kerana tidak berkunci Puan Nadia dan Encik Aidi yang sedang menonton televisyen sambil menjamah goreng-gorengan memandang serentak ke arah anak gadisnya yang tiba mengejut itu.
"Waalaikumsalam, ya Allah Nadraa! bilanya kamu balik ingatkan bunyi kereta tumpang lalu je tadi" bebel puan Nadia ketika Nadra menyalam tangan ibunya itu.
"Haah, ni dah kenapa tiba-tiba balik" soalan Encik Aidi membuatkan Nadra tersenyum kelat.
"Yela, balik KL baliklah macam ni"
"Eh eh, merajuk pula dah, sini makan jemput-jemput ni" pelawa Encik Aidi sambil ke tepi sedikit untuk memberikan anak gadisnya ruang untuk duduk walaupun masih banyak ruang yang boleh diduduk.
"Uyoo, rajinnya mak masak jemput jemput kentang malam malam macam ni" Nadra teruja sambil mengambil jemput-jemput tersebut dan cecah di sambal kicap.
"Eh mak memang rajin okehh"
"Sebab tulah ayah sayang" tambah Encik Aidi.
"Elehhh gedikkk!" tiga beranak itu tertawa bahagia. Kan dah kata di dalam rumah itu tidak akan ada kesedihan. Lupa sebentar Nadra tentang masalahnya.
Di situasi yang lain pula, Darris masih berusaha mendail nombor Nadra, namun masih tiada respon mahu diangkat. Jejaka itu mengeluh. Aku buat salah apa Nadra?
YOU ARE READING
Darris Arrayan
Romance"Wei, tadi aku lalu sebelah abang idola wei, Ya Allah hensem gilerrrrr!" -Nadra Aurose. "Kau ni, asal jumpa aku je cakap pasal abang idola kau, tapi bila aku tanya kau kata rahsia, cuba cakap siapa nama dia?" -Dellisa Amerda. Nadra Aurose; Bagi gadi...